Halia merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai rasa pedas, memberi aroma wangi dan sebagai penambah rasa dalam masakan. Dari segi perubatan pula halia sering diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia.
Halia terbukti mempunyai banyak khasiat lebih-lebih lagi buat wanita. Ada sebabnya tersendiri amalan makan atau minum air halia setiap hari, sangatlah digalakkan buat wanita terutamanya untuk kecantikan diri dan kesihatan dalaman tubuh.
*Kajian yang dilakukan oleh penyelidik Universiti Michigan yang diterbitkan di American Association of Cancer Research menunjukkan bahawa halia dikatakan mampu menghapuskan serta menghentikan sel kanser daripada terus merebak, terutamanya bagi kanser ovari yang menjadi pembunuh senyap bagi wanita.
Amalan minum air halia dengan madu setiap hari dikatakan dapat membantu meredakan tekanan dan memulihkan kesihatan dalaman badan.Ia mampu membuatkan wajah serta tubuh tampak segar, membantu melancarkan perjalanan darah sekaligus menaikkan seri wajah dan menyerlahkan kecantikan semulajadi.
Halia mengandungi unsur yang membantu melancarkan sistem metabolisme serta memecahkan lemak dalam tubuh secara semulajadi. Minum air halia juga mampu mengurangkan nafsu makan dan sesuai untuk wanita yang sedang diet.
Halia juga dipercayai membantu menghilangkan masalah bau badan. Malunya bila badan dah lawa, muka cantik tapi badan pula berbau. Untuk atasi masalah ini, amalkan minuman halia bersama teh setiap hari, atau pun kunyah halia yang ditumbuk hancur.
Jika mengalami masalah percernaan seperti perut kembung, cirit birit atau kejang akibat senggugut di bahagian perut ketika datang bulan cuba minum air halia panas. Ia berkesan untuk mereda dan merehatkan usus seterusnya mengatasi masalah ini.
Halia membantu membuang angin dan toksin di dalam badan.Caranya adalah hiris halia dalam satu atau dua inci dan rendamkan di dalam air panas bersama uncang teh ( teh hijau lagi bagus) tanpa gula. Biarkan selama dua minit dan boleh minum setiap hari. Amalkan ini setiap hari pasti angin dalam badan dapat dibuang dan badan pun kembali segar.
Wanita yang nak kekal awet muda, amalkan makan halia selalu.Halia kaya dengan kandungan antioksidan yang mampu melawan radikal bebas. Ia juga mempercepatkan proses pembaharuan dalam badan, melindungi dan memperbaiki sel-sel, sekali gus melambatkan proses penuaan.
Buat ibu hamil terutamanya yang sedang mengalami fasa ‘morning sickness’, halia selamat digunakan semasa kehamilan terutamanya berkesan untuk melegakan loya.
Paling penting buat ibu menyusu, halia dianggap sebagai galactagogue yang merangsang pengeluaran susu. Satu kajian yang diterbitkan pada 2016 menyimpulkan bahawa penggunaan halia membantu meningkatkan susu ibu pada awal postpartum.Malah aroma halia dapat membantu mengurangkan tekanan emosi, melegakan dan menenangkan minda ibu yang menyusu badan
Banyak lagi sebenarnya kelebihan halia ni untuk kesihatan dan kecantikan diri buat wanita. Tak rugi jika diamalkan selalu, setiap hari.
Memahami kesibukan wanita dan mak-mak sekarang, ada cara lebih mudah untuk menikmati khasiat yang terkandung dalam halia ini. Dengan GoodMorning VHalia, hanya perlu bancuh dan nikmati GoodMorning VHalia secara suam atau sejuk! Ia juga boleh dinikmati sebagai minuman atau pengganti makanan (sesuai untuk mereka yang ingin diet atau sibuk).
GoodMorning VHalia dihasilkan dengan 18 jenis bijirin penuh. Hasil kajian menunjukkan amalan pemakanan bijirin penuh membantu meningkatkan kesihatan keseluruhan. Kebaikan bijirin penuh termasuk mengurangkan risiko strok, diabetes ‘type 2’, sakit jantung, kanser usus, dan membantu mengawal berat badan dan mengurangkan keradangan.
GoodMorning VHalia juga mengandungi 9 ramuan unik yang membantu memberikan rasa selesa pada tubuh.
Antara ramuan yang terkandung dalam minuman ini ialah:
Kebaikan Minuman GoodMorning Vhalia
GoodMorning VHalia sangat sesuai dijadikan minuman harian untuk seisi keluarga. Boleh beli secara online mahupun di farmasi dan pasaraya terpilih.
Untuk maklumat lanjut boleh layari Website GoodMorning , Facebook GoodMorning 18 Grains dan Instagram GoodMorning 18 Grains.
Peluang Dapatkan Sampel VHalia secara PERCUMA*: