Halia merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai rasa pedas, memberi aroma wangi dan sebagai penambah rasa dalam masakan. Dari segi perubatan pula halia sering diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia.

Halia terbukti mempunyai banyak khasiat lebih-lebih lagi buat wanita. Ada sebabnya tersendiri amalan makan atau minum air halia setiap hari, sangatlah digalakkan buat wanita terutamanya untuk kecantikan diri dan kesihatan dalaman tubuh.

Antara Khasiat Halia Buat Wanita:

1. Menghapuskan Sel Kanser

*Kajian yang dilakukan oleh penyelidik Universiti Michigan yang diterbitkan di American Association of Cancer Research menunjukkan bahawa halia dikatakan mampu menghapuskan serta menghentikan sel kanser daripada terus merebak, terutamanya bagi kanser ovari yang menjadi pembunuh senyap bagi wanita.

2. Redakan Tekanan & Naik Seri Wajah

Amalan minum air halia dengan madu setiap hari dikatakan dapat membantu meredakan tekanan dan memulihkan kesihatan dalaman badan.Ia mampu membuatkan wajah serta tubuh tampak segar, membantu melancarkan perjalanan darah sekaligus menaikkan seri wajah dan menyerlahkan kecantikan semulajadi.

3. Menurunkan Berat Badan

Halia mengandungi unsur yang membantu melancarkan sistem metabolisme serta memecahkan lemak dalam tubuh secara semulajadi. Minum air halia juga mampu mengurangkan nafsu makan dan sesuai untuk wanita yang sedang diet.

4. Hilangkan Bau Badan

Halia juga dipercayai membantu menghilangkan masalah bau badan. Malunya bila badan dah lawa, muka cantik tapi badan pula berbau. Untuk atasi masalah ini, amalkan minuman halia bersama teh setiap hari, atau pun kunyah halia yang ditumbuk hancur.

5. Redakan Senggugut & Masalah Pencernaan

Jika mengalami masalah percernaan seperti perut kembung, cirit birit atau kejang akibat senggugut di bahagian perut ketika datang bulan cuba minum air halia panas. Ia berkesan untuk mereda dan merehatkan usus seterusnya mengatasi masalah ini.

6. Buang Angin

Halia membantu membuang angin dan toksin di dalam badan.Caranya adalah hiris halia dalam satu atau dua inci dan rendamkan di dalam air panas bersama uncang teh ( teh hijau lagi bagus) tanpa gula. Biarkan selama dua minit dan boleh minum setiap hari. Amalkan ini setiap hari pasti angin dalam badan dapat dibuang dan badan pun kembali segar.

7. Anti Penuaan

Wanita yang nak kekal awet muda, amalkan makan halia selalu.Halia kaya dengan kandungan antioksidan yang mampu melawan radikal bebas. Ia juga mempercepatkan proses pembaharuan dalam badan, melindungi dan memperbaiki sel-sel, sekali gus melambatkan proses penuaan.

8. Kurangkan Rasa Loya

Buat ibu hamil terutamanya yang sedang mengalami fasa ‘morning sickness’, halia selamat digunakan semasa kehamilan terutamanya berkesan untuk melegakan loya.

9. Penggalak Susu Ibu

Paling penting buat ibu menyusu, halia dianggap sebagai galactagogue yang merangsang pengeluaran susu. Satu kajian yang diterbitkan pada 2016 menyimpulkan bahawa penggunaan halia membantu meningkatkan susu ibu pada awal postpartum.Malah aroma halia dapat membantu mengurangkan tekanan emosi, melegakan dan menenangkan minda ibu yang menyusu badan

Banyak lagi sebenarnya kelebihan halia ni untuk kesihatan dan kecantikan diri buat wanita. Tak rugi jika diamalkan selalu, setiap hari.

GoodMorning VHalia

Memahami kesibukan wanita dan mak-mak sekarang, ada cara lebih mudah untuk menikmati khasiat yang terkandung dalam halia ini. Dengan GoodMorning VHalia, hanya perlu bancuh  dan nikmati GoodMorning VHalia secara suam atau sejuk! Ia juga boleh dinikmati sebagai minuman atau pengganti makanan (sesuai untuk mereka yang ingin diet atau sibuk).

GoodMorning VHalia dihasilkan dengan 18 jenis bijirin penuh. Hasil kajian menunjukkan amalan pemakanan bijirin penuh membantu meningkatkan kesihatan keseluruhan. Kebaikan bijirin penuh termasuk mengurangkan risiko strok, diabetes ‘type 2’, sakit jantung, kanser usus, dan membantu mengawal berat badan dan mengurangkan keradangan.

GoodMorning VHalia juga mengandungi 9 ramuan unik yang membantu memberikan rasa selesa pada tubuh.

Antara ramuan yang terkandung dalam minuman ini ialah:

  • Halia Buluh : Halia Buluh kaya dengan antioxida dan mengandungi Gingerol dan Shogaol yang dapat memperbaiki penghadaman, memanaskan badan, meredakan loya, menggalakkan peredaran darah, mengawal diabetis, melambatkan penuaan, mengurangkan kejadian selsema dan anti-inflamasi.

  • Quinoa Merah : Ia adalah sumber protein baik dan kaya dengan antioksida dan serat makanan yang tinggi bagi membantu pergerakan usus.
  • Fibersol-2 : Ia telah dipatenkan dan merupakan serat larut air yang unik diperolehi daripada jagung.Ia dapat membantu meningkatkan pengambilan serat dan pergerakan usus, membantu mengawal gula darah, kolesterol dan tekanan darah.
  • Prebiotic Inulin : Adalah sejenis serat larut air bagi membantu pergerakan usus, meningkatkan pembiakan bakteria baik dan menguatkan sistem imunisasi.
  • β-Glukan : Sejenis serat larut yang mambantu menurunkan gula darah tinggi, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi.
  • Kurma : Mengandungi vitamin, mineral dan serat makanan, dan baik untuk proses penghadaman.
  • Lutein :Meningkatkan fungsi penglihatan.
  • Aquamin F (Kalsium) : Membantu menguatkan gigi dan tulang.
  • Lesitin : Mengekalkan kesihatan saluran darah dan jantung, meningkatkan fungsi dan perkembangan sel otak.

Kebaikan Minuman GoodMorning Vhalia

GoodMorning VHalia sangat sesuai dijadikan minuman harian untuk seisi keluarga. Boleh beli secara online mahupun di farmasi dan pasaraya terpilih.

Untuk maklumat lanjut boleh layari Website GoodMorning , Facebook GoodMorning 18 Grains dan Instagram GoodMorning 18 Grains

Peluang Dapatkan Sampel VHalia secara PERCUMA*:

  • Like & Follow Facebook GoodMorning 18 Grains
  • DM GoodMorning 18 Grains dengan menyertakan kod MWVHALIA19
  • Pihak GoodMorning akan menghubungi anda untuk penghantaran sampel.