Ralit menempuh liku-liku hidup, tanpa sedar umur semakin berganjak dan masuk dunia 35-40 tahun. Yang mana waktu inilah ada sesetengah kejadian berlaku tanpa disangka-sangka.
Namun siapa kita untuk menghalang ujian yang tiba, jalan terbaik reda dan bersedia menerima apa saja kemungkinan yang berlaku. Seperti yang dikongsikan Puan Ainul Mardhiah di laman facebook miliknya, umur 35 tahun – 40 tahun ialah umur dimana kebanyakan kita mula diuji.
Masuk Saja Umur 35-40 Tahun
Ujian boleh datang dari ibu bapa (jatuh sakit, kematian), atau dari pasangan hidup (perceraian, jatuh sakit, pergaduhan) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.
Memang bermula 35 tahun – 40 tahun, Allah akan memanggil kita pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Allah selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya.
Orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarga dan pasangannya, berjimat menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti.
Orang yang kurang bijak tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap panggilan Allah malah tetap leka dengan keseronokan dunia, berkumpul dengan rakan-rakan dan kurang memberi perhatian kepada suami/isteri/anak-anak.
Usia 35 – 40 ini menjadi lebih menarik apabila al-Quran di dalam surah “al-Ahqaaf ayat 15” ada menyebut tentang itu. Allah berfirman yang bermaksud,
Ads
“Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhan ku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepada Mu).”
Ada segelintir golongan yang sudah berumur 50 tahun, 60 tahun, malah 70 tahun, masih memikirkan kereta Sportnya, tanaman Duriannya, ternakan kerbaunya, harta2nya, anak2 dan cucu-cucunya. Alangkah baiknya jika apabila sudah berumur, masa diisi untuk mendengar Kuliah Agama, ibadat di Masjid, Umrah, Haji dan sebagainya.
Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta diluar, sedangkan rumah tangga yang halal dibiar berantakan.
Ada yang rasa macam masih sihat, walaupun sahabat2, sedara-mara ramai yg sudah meninggal, kadangkala tanpa disangka. Itu semua hanya menjadi bahan cerita “ehh, tak sangkaaa…muda lagi, sihat je nampak, boleh meninggal…”
Amatlah menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih ralit dibuai perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri.
Ads
Nafsu memang tak pernah tua. Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita.
Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan pulang.
Sehinggalah tiba saat roh kita diheret dan diseret kembali merengkuk di hadapan Tuhan.
Kita hidup di dunia, tidak lama.. Rasulullah, Sallallaahu alaihu wasallam, telah bersabda:
Ads
“Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, dan sedikit orang yang bisa melampaui umur tersebut”. [HR. Ibnu Majah: 4236].
Kalau sekarang kita rasa 35 – 40 tahun atau 70 tahun itu lama, bagaimana setelah alam barzakh atau akhirat juga kita dibangkitkan dan hidup dalam waktu yang sangat lama, SATU HARINYA = RIBUAN TAHUN…
Ingat, ketika itu tak ada yang berguna kecuali amal baik kita..
Oleh karena itu, lihatlah diri Anda, sudahkah kita mempersiapkanny.?!
Allah ta’ala berfirman (yang artinya):
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah, dan LIHATLAH DIRI MASING-MASING apakah yang sudah ia PERSIAPKAN untuk KEHIDUPAN ESOKNYA”. [Al-Hasyr:18]
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Balut dengan kain kanvas, lelaki ini selamba bawa mayat ibu ‘bersiar-siar’ naik kereta. Namun tindakannya itu akhirnya terbongkar apabila ditahan pihak polis.
Lelaki Ini Bawa Mayat Ibu ‘Bersiar-Siar’
Seorang lelaki di Tennessee, Amerika Syarikat diberkas polis kerana membalut mayat ibunya dengan kain kanvas dan membawanya ‘bersiar-siar’ menaiki trak ke seluruh negeri itu, lapor akhbar New York Post kelmarin.
Thomas Henshall Jr., 37, ditahan polis di Pusat Perubatan Jabatan Hal Ehwal Veteran di Nashville Sabtu lepas kerana membawa mayat ibunya dari daerah Hamilton sambil berhenti seketika untuk mengisi minyak, makan dan minum bersama teman wanitanya.
‘Bersiar-Siar’ Naik Kereta
“Dia mendakwa ibunya telah membunuh diri dan mayatnya ditemui di sebuah kawasan hutan di Chattanooga,” kata polis Nashville.
Suspek turut memberitahu polis bahawa dia mengambil teman wanitanya pada pagi Sabtu lepas dengan mayat ibunya yang sudah berada di dalam kenderaannya sebelum mereka berhenti seketika untuk makan, minum dan mengisi minyak.
Polis berkata, pasangan kekasih tersebut kemudiannya bersiar-siar sejauh 209 kilometer dari Pusat Perubatan Jabatan Hal Ehwal Veteran Nashville serta melalui beberapa buah hospital dan agensi pihak berkuasa.
Balut Dengan Kain Kanvas
Suspek memberitahu pegawai penyiasat bahawa ibunya, Danielle Bowen, 60 menembak diri sendiri ketika berada bersebelahan dengannya.
Bagaimanapun, suspek dilaporkan memberitahu kekasihnya bahawa dia menemui mayat ibunya di sebuah kawasan hutan.
Dia gagal memberitahu polis bagaimana ibunya boleh mendapatkan pistol tersebut.
Henshall didakwa atas kesalahan gagal melaporkan mayat ibunya dan mengganggu bukti polis.
Dia dipenjarakan di Nashville, manakala ikat jamin ditetapkan sebanyak AS$80,000 (RM334,638). – AGENSI
Mingguan Wanita: Lelaki ini mungkin kurang sihat mentalnya, jika tidak mana mungkin dia sanggup lakukan perkara sebegini. Membawa mayat ibu yang telah meninggal dunia bersiar-siar bukanlah satu tindakan yang normal.
Melancong dengan anak kecil memang kena banyak bersabar. Lagi-lagi bila anak yang sentiasa aktif dan cergas. Biasanya kita akan dengar ibu bapa merungut untuk bawa anak-anak melancong bersama mereka dengan alasan susah diuruskan dan dengan pelbagai ragam.
Untuk memastikan percutian anda lebih seronok, rancangan secara teliti percutian anda bersama keluarga. Kerana perancangan yang lebih awal mampu mencipta pengalaman yang indah buat anda dan keluarga. Tetapi ada juga ibu bapa yang bimbang untuk membawa anak-anak yang masih kecil untuk melancong.
Sebagai ibu bapa kita perlu peka tentang anak-anak mereka. Berikan perhatian sepenuhnya kepada keperluan dan kehendak anak-anak anda. Pastikan percutian anda diisi dengan aktviti yang menyeronokkan dan sesuai untuk anak-anak anda.
Bercuti bersama anak-anak jangan terlalu terikat dengan jadual perjalanan yang mungkin anda telah rancangan dan sediakan. Ini memang berbeza dengan percutian solo ataupun bersama pasangan anda. Perlu bijak menyesuaikan aktiviti yang boleh dilakukan oleh anak-anak.
Untuk ibu bapa yang gemar melancong pada musim cuti sekolah dan “peak season”, cuba elak melancong pada waktu-waktu dan musim sebegini kerana dapat menjimatkan kos perjalanan anda dari segi kos pengangkutan dan penginapan.
Sebagai ibu, mestilah persiapan dari segi pakaian, kelengkapan dan di mana lokasi percutian juga merekalah orang pertama yang akan pilih. Sesuaikan jenis percutian yang anda dan keluarga ingin lawati dengan mengenalpasti aktiviti apa yang harus dilakukan ketika bercuti. Paling penting, tempat yang dikunjungi itu adalah tempat yang sesuai untuk dilawati oleh seisi keluarga dan sesuai dengan bajet percutian yang disediakan.
Ikuti kupasan lanjut “Ragam Anak Bercuti” dalam Mingguan Wanita Talkshow di Astro Prima 105 dan Prima Hd 121, jam 11.00 pagi hingga 12 tengah hari bersama pengacara Siti Elizad, Raden bersama tetamu jemputan Faradine Nordin dan seleberiti, Zarina Zainuddin.
Untuk Sebarang komen dan pandangan tentang kupasan ini, boleh hubungi talian Teman Wanita anda di 03-89389647 atau komen terus di sosial media Mingguan Wanita seperti Facebook, Instagram dan Twitter.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Banyak sebenarnya yang anak-anak boleh belajar daripada seorang mak. Apatah lagi figura seorang mak memainkan peranan besar dalam kehidupan anak-anaknya.
Setiap perlakuannya menjadi contoh tauladan terbaik buat rujukan anak-anak, dalam pelbagai perkara. Termasuklah aspek bab penjagaan dan mengemas rumah. Apa yang anak-anak biasa lihat dari kecil, itulah yang akan dicontohi apabila mereka membina kehidupan berkeluarga kelak. Apabila mak dah tiada, memori itulah yang menjadi ingatan manis buat mereka untuk dikenang dan menjadi ikutan.
Perkongsian daripada Puan Nurlia Mohd Normungkin antara amalan mak-mak kita juga yang boleh dijadikan panduan;
Ada 3 benda saya belajar dari arwah Mak:-
1.Pinggan Mangkuk
Pinggan mangkuk untuk kegunaan family dalam rumah sebolehnya jangan tangkap muat. Kalau raikan tetamu kita kalut keluarkan pinggan mangkuk cantik, sebenarnya di rumah pun sama. Tak kisah la plastik/ kaca tapi make sure kalau boleh seragam.
Biasa kalau ada anak kecil kita prefer plastik kan. Mahal/ murah tak jadi isu, tapi biarlah sedap mata memandang. Yang sebenarnya family dalam rumah ni lagi kena raikan. Takkan tunggu tetamu datang baru suami/ anak- anak dapat merasa guna pinggan cantik kan. Mak dulu pinggan Pyrex kaler coklat dia guna untuk pakai harian.
Kata Abah,
“Buat apa simpan. Dah beli guna. Bukan boleh bawa mati pun..”
2. Telekung Bersih Cantik
Pastikan telekung kita bersih dan cantik. Mampu beli yang mahal, belilah. Bila nak jumpa orang kita beria pilih baju cantik, siap make up bagai tapi nak mengadap Allah kenapa tak boleh cantik jugak kan. Tetiba jadi berkira dan cincai saja.
Janganlah pakai telekung yang dah bertahi lalat, dah kuning dan kusam. Murah pun takpe asalkan bersih. Mak dulu telekungnya sentiasa bersih. Kalau tak sebab reput/ kain dah jarang memang boleh guna lagi. Bila Mak meninggal saya wakafkan telekung- telekung dia yang masih elok di surau- surau.
3. Cuci Sejadah
Sejadah. Ada masa sejadah perlu dicuci. Jangan biarkan berbau kepam. Macam mana kita nak perkara lain pun cantik dan elok, sama jugalah dengan sejadah. Nak menghadap Allah jangan ambil mudah. Sampai masa kalau perlu tukar baru, tukarlah. Baju boleh beli dan tukar, kenapa sejadah tak bolehkan.
Beberapa hari lepas saya beli set pinggan mangkuk ni memandangkan set pinggan mangkuk Ikea yang kami guna seharian dah banyak yang sumbing/pecah. Incik suami suggest beli yang baru. Senang, tetamu datang pun guna yang ni, orang dalam rumah pun pakai juga yang ni.
Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Memang ada benarnya pesanan ini, setiap harta yang kita beli, gunakanlah sebaiknya dan tak perlu simpan kerana sayangkannya. Sekurang-kurangnya ia beri manfaat pada diri kita dan orang lain yang menggunakannya.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.