Kecantikan

Patutlah Scha Alyahya Sentiasa Kelihatan Cantik, Ini Rupanya Rahsia Kekal Jelita

Share

Bio-essence, jenama penjagaan kulit terkemuka di Malaysia baru-baru ini telah menganjurkan tayangan perdana filem aksi Mission Impossible Fallout yang bertempat di MBO, The Starling Mall,Petaling Jaya. Bagi memeriahkan tayangan perdana tersebut, penampilan istimewa daripada Duta Bio-essence, tak lain tak bukan selebriti terkenal yang juga isteri kepada Awal Ashaari, Scha Alyahya.

Penampilan cantik menawan penuh elegan Scha pada majlis tersebut ternyata menjadi tumpuan para tetamu yang hadir.Peminat Scha dan tetamu lain yang terdiri daripada rakan-rakan media serta rakan peruncit jenama ini turut berpeluang untuk menyaksikan filem aksi kegemaran ramai yang ditunggu-tunggu itu bersama-sama.

Dalam diam Scha sebenarnya merupakan duta kepada jenama Bio-essence telah lebih dari 10 tahun. “Memang benar saya sudah menjadi duta kepada produk ini lebih daripada 10 tahun. Kalau nak diikutkan banyak produk lain cuba melamar saya untuk menjadi duta produk mereka. Tetapi saya setia dengan Bio-essence kerana mereka adalah produk pertama yang mempercayai saya untuk menjadi duta kepada jenama mereka di awal pembabitan saya dalam dunia seni,”

Akui Scha lagi produk Bio-essence merupakan jenama pilihan terbaik untuk kulitnya. 

“Saya mempunyai kulit yang sangat sensitif, sebelum menerima tawaran untuk menjadi duta kepada produk ini, saya cuba produk yang diberikan. Setelah beberapa bulan baharu saya yakin untuk terus menggunakannya dan menerima tawaran sebagai duta jenama ini. Bio-essence sangat berkesan terhadap kulit saya. Pada saya dalam memilih produk penjagaan kulit yang paling penting ia berkesan dan tidak melekit.”

Mengagumi Serum Double Ration Bio-Gold yang berkesan mensasarkan tanda-tanda penuaan kulit seperti kekusaman dan garis halus. Serum ini mempunyai gabungan kuat Golden Serum dan Golden Oil yang mengandungi kesan anti-oksidan unggul yang dapat membantu memerangi radikal bebas sekaligus memberikan kesan semulajadi kulit yang berseri.

“Apabila usia meningkat pori-pori semakin besar dan menyebabkan kulit kusam serta boleh menyebabkan jerawat tumbuh. Gold water ini dapat membantu menutup pori-pori wajah. Antara produk lain yang menjadi pilihan saya adalah Facial Mist. Selain itu rangkaian Tanaka dan semua rangkaian produk Bio-essence memang sangat sesuai dengan kulit saya. Saya dapat rumuskan produk ini adalah yang terbaik untuk orang Asia.”

Tak hairanlah Scha punya kulit wajah yang cantik dan menawan selama ni. Rupanya dah lebih 10 tahun menggunakan produk Bio-essence.

Sebelum tayangan berlangsung, Scha yang memang disenangi Oleh para peminatnya sempat beramah mesra dengan tetamu-tetamu yang hadir. 

Published by
Shahrina Azlin