Gaya rambut Afro memiliki peminatnya yang tersendiri. Paling seronok apabila minat dan gaya ini dikongsi bersama anak tercinta. Anak-beranak ini tampil dengan gaya rambut Afro dan mereka tular di media sosial.
Sudah tentu rambut dengan gaya ini memerlukan disiplin dan penjagaan yang rapi agar rambut kekal sihat dan cantik pada kedudukannya. Patutlah rambut afro dua beranak ini kembang elok, Benny Harlem dan anaknya sanggup luangkan waktu untuk buat syampu sendiri.
Anak Warisi Genetik Rambut
Di Washington, Benny Harlem bukan saja dikenali sebagai pendandan rambut paling berjaya yang terkenal di Instagram, tetapi dia juga pemegang World Guinness Records sebagai individu memiliki gaya rambut tertinggi di dunia dengan ketinggian 20.5 inci..
Sebenarnya, model lelaki berpangkalan di California itu menjadi terkenal pada 2016 ketika gambar gaya rambut Afro yang mengagumkan menjadi tular di media sosial.
Ads
Anak perempuannya, Jaxyn jelas mewarisi genetik rambutnya dengan beberapa gambar gaya rambut menarik menjadikan gadis itu turut popular di media sosial.
Guna Syampu Sendiri
Portal Oddity Central melaporkan Harlem menjadi penyokong gaya rambut semula jadi dan menanamkan rasa cinta sama pada anak perempuannya sejak kecil.
Ads
Untuk memastikan rambut mereka sentiasa nampak segar, Harlem mendedahkan dua beranak itu menggunakan syampu yang dibuat sendiri menggunakan bahan semula jadi.
“Saya lihat rambut kita seperti tumbuhan. Sebahagian besar tumbuhan memerlukan bahan semula jadi untuk tumbuh dan terus hidup, dan sejujurnya, jiwa dan tubuh kita memerlukan perkara sama.
“Keluarga saya buat syampu sama seperti kami luangkan masa membuat makanan. Itu dinamakan disiplin,” katanya.
Ads
MW: Tak kisahlah gaya rambut apa yang jadi ikutan, paling penting rambut harus disyampu bersih dan dijaga baik agar ia tidak berbau dan rosak. Betul tak?
Sumber: myMetro
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pangkat, duit dan harta hanya pinjaman masa hidup di dunia Kalau Allah nak tarik balik sekelip mata je. Nanti mati duit berlanak pun bukan boleh bawa masuk kubur. Jadi janganlah sombong sangat ye, di sisi Allah kita semua sama. Yang membezakan kita hanyalah AMALAN.
Allah tidak hanya menduga manusia dengan kesusahan sebaliknya Allah juga menduga seseorang insan yang dikehendaki dengan kesenangan, pangkat dan bakat atau kebolehan luar biasa. Sebab itu, ada di kalangan kita terfikir mengapa orang yang zalim masih hidup dalam kemewahan, masih gah dengan pangkat besar dan sangat berpengaruh.
Adakah golongan ini tidak mendapat balasan? Sebenarnya itulah ujian yang Allah berikan. Golongan ini leka dan kufur dengan segala nikmat yang Allah berikan. Jika mereka bersyukur dan berbuat kebaikan dengan harta yang Allah kurniakan, mereka akan selamat. Namun jika sebaliknya, balasan di akhirat kelak menunggu golongan sebegini.
Ustaz Ahmad Dusuki dalam ceramahnya yang bertajuk Hidup Tak Mulia Dengan Harta & Jawatan mengajak kita mengambil pengajaran kisah Qarun yang tidak pernah puas menambah kekayaan.
Akhirnya Qarun yang sombong dan tidak bersyukur itu tenggelam dengan hartanya dalam perut bumi. Ia adalah balasan Allah kepada Qarun. Kisah ini disebut dalam surah Qashash ayat 76 sehingga 82 dan surah Al-Ahzab ayat 69.
Dalam ceramahnya yang dimuat naik Ar-Rahman TV di Youtube, Ustaz Ahmad Dusuki menegur sikap golongan yang terlalu mengejar kekayaan.
“Cuba tanya diri kita sendiri, turun pagi balik gelap. Apa yang kita kejar dalam hidup? Ada orang jawab, saya kejar duit ustaz. Bila duit banyak saya akan jadi mulia. Rasulullah ajar sahabat, hidup tidak mulia dengan duit.
“Jangan sibuk nak pandang luaran manusia, Allah tak pandang muka kamu, bangsa kamu, kemuliaan kamu. Allah tak tanya kamu dari bangsa mana? Tapi yang Allah pandang adalah hati kamu dan jasad kamu itu sendiri,”ujar beliau.
Justeru, kita sebagai manusia usah ragu-ragu dengan keadilan Allah SWT. Allah Maha Pencipta, Allah lebih mengetahui segalanya. Tidak perlu kita memikirkan balasan untuk orang yang zalim sebaliknya lebih baik kita memfokus kepada kelemahan diri kita. Perbaiki kelemahan, jalinkan hubungan yang erat dengan keluarga dan kenalan serta yang paling penting, jaga hubungan kita dengan Allah. Insya-Allah segalanya akan dipermudah.
Jika kita mengenali orang yang sombong ini, sebaik-baiknya berikan teguran dan nasihat dengan cara yang lembut namun tegas. Jika golongan tersebut tetap tidak berubah, usah pening memikirkan mereka. Usah makan hati dengan sikap angkuh mereka. Orang sombong orang yang rugi, mereka ini syok sendiri kononnya bagus dalam serba serbi. Mereka tidak sedar sikap yang angkuh ini membuatkan orang di sekeliling jauh hati. Orang yang sombong biasanya dikelilingi dan dirapati oleh insan yang suka mengampu untuk kepentingan diri.
Di suatu masa, Allah mungkin akan menguji golongan sombong ini dengan penyakit atau kesusahan di dunia. Saat susah dan sakit, adakah orang-orang yang mengampunya akan setia dan membantunya?
Sudah banyak pengajaran di sekeliling kita, berapa ramai orang yang angkuh akhirnya hidup papa kedana dan kehinaan. Justeru, jangan jadi orang yang sombong. Jaga akhlak dan bersedekah.
Bantu keluarga dan insan yang memerlukan. Jika kita bijak, kongsi ilmu dengan masyarakat. Jika kita berpangkat besar, sentiasa merendah hati dan bergaul dengan semua lapisan tanpa memilih bulu. Kita akan lebih disayangi dan dihormati. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah.
Bebel sebab sayang, bebel sebab amanah. Sayang semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Telefon pintar Huawei nova 7 Series kembali dengan lebih bergaya dan lebih hebat dilengkapi Huawei AppGallery. Jika sebelum ini anda menggunakan Google Playstore. Tak perlu nak risau dengan masalah aplikasi hilang, sebab dengan adanya AppGallery ini, mudah untuk anda muat turun aplikasi kegemaran. Lagi-lagi Huawei AppGallery merupakan aplikasi mobil ketiga terbesar yang mempunyai 390 juta pengguna sebulan di seluruh dunia.
Dengan menggunakan Phone Clone pula segala data di telefon lama misalnya, nombor telefon, SMS, panggilan masuk keluar, note, rekod suara, kalener, gambar, muzik, video, dokumen malah aplikasi boleh dipindahkan ke telefon Huawei nova 7 Series dengan mudah.
Jangan bimbang, dengan Huawei AppGallery anda boleh membuat perkongsian skrin yang lebih baik ketika sesi panggilan video malah memindahkan fail hanya dengan satu sentuhan menggunakan Huawei Share. Dengan adanya Nova & AI Assistant, anda cuma memerlukan hanya 1 aplikasi bagi menggantikan 2 aplikasi yang digunakan Google.
Huawei email juga mempunyai paparan yang lebih komprehensif untuk Gmail, Outlook malah Yahoo Mail. Dengan percuma penyimpanan data sehingga 50GB selama 12 bulan di Huawei Cloud Storage.
Telefon pintar ini juga dilengkapi dengan Huawei Music, Huawei Reader dengan percuma buku digital dan buku audio termasuk buku luar negara, Huawei Welink dan Huawei Calender. Malah Huawei Quick App yang mana kesemuanya disimpan di Cloud, dengan permainan video yang meluas.
Anda juga tak perlu risau dengan masalah privasi dan sekuriti kerana Huawei AppGallery mempunyai pensijilan industri dan keselamatan terbaik di bawah CC EAL5.
Pengguna boleh menggunakan FindApps mencari aplikasi kegemaran. Aplikasi Huawei FindApps juga merupakan satu hub untuk membantu anda mencari aplikasi yang diperlukan dan mengarahkannya ke sumber sepatutnya.
Jadi mudahlah untun anda mencari aplikasi popular seperti Facebook, Telegram, WhatsApp, Instagram dan lain-lain. Malah boleh menebus ganjaran dan hadiah di Pusat Hadiah Huawei AppGallery dan menangi Huawei Point.
Nak tahu informasi terkini, anda tak perlu pun keluar rumah. Baik bermain permainan video mahupun membeli belah atau nak tahu perihal kesihatan. Segalanya ada di hujung jari.. dalam telefon pintarlah. Ini yang Huawei nova 7 Series tawarkan untuk anda.
1. Dalam Huawei AppGallery anda boleh muat turun WhatsApp, Facebook, TikTok. 2. Boleh juga bershopping online dengan telefon pintar Huawei nova 7 series. Boleh muat turun aplikasi Shoppe, Lazada malah Caring untuk anda dapatkan apa yang dihajati. 3. Nikmati video, drama malah permainan kegemaran dengan Huawei nova 7 Series. Sambil bersantai pun boleh layan K-drama di aplikasi Huawei Video, Viu dan DimSum.
1. Tak kira sama ada anda pengguna iOS ataupun Android – Huawei Phone Clone ini tetap serasi dengan telefon pintar anda tanpa mengira jenama. 2. Muat turun secara percuma di Google Play atau Apple Store dengan pemindahan pantar sehingga boleh mencapai kelajuan 1GB dalam seminit. Yang mana, gambar, video, senarai nombor telefon dan fail-fail lain boleh dipindahkan dengan mudah dan selamat melalui rangkaian keselamatan penyulitan tanpa wayar. Tiada sokongan dalam simpanan awan. Tiada lagi bebanan kepada cekera keras. 3. Huawei Phone Clone juga tidak memerlukan Wi-Fi atau data – Hanya menggunakan kod QR atau lokal hotspot pada telefon pintar baharu. Sedia untuk melakukan pindahan.
Selain daripada Huawei AppGallery, berikut merupakan antara sebab kenapa anda mesti memiliki HUAWEI Siri nova 7 yang baharu ini!
HUAWEI Siri nova 7 hadir dengan tiga variasi warna menawan; Space Silver, Crush Green dan Midsummer Purple, unik dengan perincian cahaya yang lebih bersinar dalam perpektif yang berbeza.
Dengan telefon pintar Huawei yang sedikit berat dan menyukarkan untuk dipegang, Huawei nova 7 Series ini dilengkapi dengan ciri-ciri perisian dan perkakasan yang direka dengan minimalis-centric.
Membolehkan ia menjalankan fungsinya dengan lebih laju, malah inilah yang membuatkan telefon pintar ini lebih ringan dan nipis. Penting untuk setiap orang miliki kamera telefon terbaik.
Malah, inilah yang dilihat sebelum membeli telefon pintar. Huawei nova 7 Series ini disokong kuasa pemprosesan Kirin 820’s dan keupayaan AI yang hebat. Membolehkan gambar yang dirakam menghasilkan kualiti terbaik. Ini kerana adanya, 64MP Quad AI Kamera.
Sokongan mode dual kamera ini membolehkan video dirakam bersama, depan dan belakang. Kamera belakang dilengkapi kanta makro untuk rakaman close-up. Jadi dapatlah anda merakam momen yang lebih indah.
HUAWEI nova 7 Series ini dilengkapi dengan bateri 400mAh dengan 40W Huawei SuperCharge menjadikan telefon pintar, Huawei nova 7 Series ini melakukan kerja-kerja pengecasan sehingga 70% dalam 30 minit.
Ia dilengkapi dengan teknologi 5G, dengan harga yang sangat berbaloi. Dengan rekaannya yang menarik, kualiti foto premium malah keupayaan rakaman video terbaik, Huawei nova 7 Series ini dilancarkan dengan harga RM1,499 ke atas. Siri telefon pintar ini juga hadir dengan aplikasi panggilan video MeeTime.
Jadi, setelah mengetahui segala kehebatan Huawei nova 7 Series ini apa lagi yang anda bimbangkan. Tentunya anda teruja menanti kehadiran Huawei nova 7 Series di pasaran Malaysia.
Jom, tontonkan video ni untuk mengetahui 7 Kelebihan Huawei nove 7 Series ini selanjutnya.
Tahniah! buat pelakon Farah Nabilah, 28 dan suami, Mohamed Amirul Yunus yang berkongsi berita gembira kehamilannya di media sosial. Pagi tadi, Farah sudah pun membuat imbasan jantina bayi dalam kandungannya yang kini berusia 19 minggu.
Dan doktor menjangkakan, Farah akan melahirkan pada akhir Oktober atau awal November depan.
Akuinya, yang tak menyangka dirinya bunting pelamin. “Alhamdulillah, rezeki datang awal.” Bagaimana pun, dia dan suami tidak kisah dengan jantina anaknya. Yang penting, bayi dalam kandungannya kelak membesar dengan sihat.
“Alhamdulillah, perasaan saya dan suami sudah tentu berasa sangat gembira dan teruja nak sambut kelahiran anak pertama kami.” Ucapnya yang juga memohon peminat mendoakannya agar segala urusannya dipermudahkanNya.
Seperti sesetengah wanita hamil yang lain, Farah juga alahan pada awal trimester.
“Saya alah santan dan ayam. Saya rasa geli dan tak boleh makan ayam pun. Alhamdulillah, sekadang dah okay.”
“Bab mengidam, semua makanan saya teringin nak makan. Waktu PKO, saya pernah menangis sebab tak dapat apa yang saya mengidam.”
Dalam pada itu, ada yang dapat mengagak apabila melihat gambarnya di media sosial yang nampak akan pertambahan berat badannya.
Walhal waktu itu, Farah belum mengumumkan berita kehamilannya, ada di kalangan peminat malah teman yang DM bertanyakan di instagram. Jawabnya tenang, agar meminta mereka bersabar. Pasti akan diumumkan juga berita gembira itu.
A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on
Sebenarnya, Farah sedar akan kehamilannya sekitar awal Mac lalu. Waktu itu, sekitar 8 Mac lalu, dia sudahpun setkan plan mahu berbulan madu ke Maldives bersama suami.
Sebaik mendapat tahu dirinya hamil, iaitu beberapa hari sebelum berangkat. Hatinya dah jadi gundah gulana. Bimbang tak dapat pelepasan untuk ‘terbang’.
“Takkanlah nak batalkan penerbangan dan percutian.” Apa pun dia bersyukur, dengan nasihat doktor, dia dibenarkan menaiki kapal terbang.
Farah yang popular dengan lakonannya dalam drama Titian Cinta ini, mendirikan rumah tangga dengan suami yang juga seorang juruterbang sebuah syarikat penerbangan terkenal pada 20 Disember tahun lalu.
Saat sebelum isterinya dijemput Illahi, arwah yang berusia 27 tahun sering memuat naik video kenangan bersama anak syurga mereka termasuk menyatakan kerinduan terhadap Wan Hayder sebelum mengikut jejak anaknya itu asbab masalah sakit yang sama.