Kalau biasanya anda berbuka dengan kuih manis-manis, kali ini mungkin mak-mak boleh tukar selera buat Potato Cheezy Stick pula. Menu ini memang sesuai buat anda yang gemar makan kentang.
Haaa… apa yang best, Puan Azua Eida ini bongkar cara nak hasilkan Potato Cheezy Stic yang tak lembik jadinya. Ok, jemput godek tengok bahan-bahan yang diperlukan dulu.
Resepi Potato Cheezy Stic
Sebabkan kentang banyak, so kita buat Potato Cheezy Stick. Guna bahan apa yang ada kat rumah saja sebab tetiba je rasa nak buat dengan anak-anak sebelum prepare masak lauk berbuka.
Bahan-bahan:
7 biji kentang
Keju mozarella atau cheesedale
Tepung gandum
Secubit garam
Breadcrump
Sebiji telur
Cara Nak Buat:
Rebus kentang hingga empuk. Saya rebus 7 biji kentang.
Disebabkan tak ada keju mozarella. Saya letak cheesedale je 4 keping.
Lenyekkan sampai lumat dan sebati.
Masukkan 1sb tepung gandum + secubit garam.
Uli sampai doh jadi macam ni.
Bentukkan ikut suka. Jika suka bulat, boleh bulatkan dan boleh tambah keju kiub masukkan kat dalamnya. Lagi cheezzyyy.
Salutkan dengan telur. Saya guna sebiji telur sahaja. Tak perlu garam. Tujuannya supaya breadcrumb melekat sahaja.
Salut dengan breadcrumb… ok siapp!
Tunggu goreng je nanti.
NOTA:
Jika terlalu lembek, boleh tambahkan tepung. Agak-agak la yer.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Mudah Tutup Fungsi ‘Off Facebook Activity’, Elak Aktiviti Online/Offline Diketahui
Rupanya apabila anda melayari media sosial, facebook boleh kesan aktiviti yang mak ayah lakukan di platform media sosial walaupun anda sudah tak lagi melayarinya. Jika tidak mahu aktiviti diketahui baik ketika online atau offline, gunakan cara ini untuk matikan fungsi ‘off facebook activity’ mak ayah.
Ini yang dikongsikan Nur Aliah Mohd Nor, bagaimana menutup ‘Off Facebook Activity’ yang menghalang facebook dari mengesan aktiviti yang kita lakukan di media sosial.
Ini Cara Mudah ‘Off Facebook Activity’ Anda
Masih ramai yang tak tahu Facebook boleh monitor dan track segala aktiviti yang kita buat walaupun waktu itu kita tak buka pon facebook.
Jangan risau! Ianya tidak bahaya pon. Tetapi semua aktiviti offline kita di rekodkan. Contoh kalau kita buka website Maybank ke, CIMB ke, semua facebook tahu. Termasuklah berapa kali kita login dan berapa lama kita guna website itu.
Ni di panggil sebagai “Off Facebook Activity”.
Nak biarkan ON boleh, atau nak OFF pon boleh. Terpulang pada anda ya. Jadi ini step bagi siapa yang nak OFF pada “Off Facebook Activity” :
1. Klik Profile Settings
2. View Privacy Shortcuts
3. Pergi ke Your Facebook Information
4. Klik View or clear your off-Facebook activity
5. Klik clear history
6. Klik more options
7. Klik Manage Future Activity
8. Tick OFF dekat Future off-Facebook activity
9. Done!
Cara nak OFF dia pon bukan kemain susah sebab kena masuk ke dalam dan dalam baru jumpa button OFF ni.
By the way. Betul ke Facebook boleh akses data pengguna? Jawapannya adalah YA dan TIDAK.
YA iaitu Facebook memiliki maklumat penggunaan aplikasi kita.
TIDAK iaitu mereka tidak mencuri data kita. Sebaliknya, data ini telah dipersetujui di antara kedua-dua pihak Facebook dan aplikasi kedua untuk tujuan pengiklanan ataupun “personalized ads”.
Rujuk Panduan Bergambar ‘Off Activity Facebook’, Elak Facebook Monitor Aktiviti Online/Offline Mak Ayah
Jelaskan?
Anyway, dekat gambar bawah ini Lia ada tunjukkan step by step yang lebih jelas untuk rujukan korang ya.
Minta tolong sampaikan berita dan info ni pada keluarga dan kenalan kita ye sebab mungkin masih ramai yang belum tahu. #Share laju-laju!
Baca sini : Cara delete akaun facebook, bila pemiliknya dah meninggal dunia
Sumber/Foto : Nur Aliah Mohd Nor, yang juga berkongsi ilmu mahal dan info kewangan yang terkini di sini, https://t.me/nuraliahmohdnor. Ada 32 ribu orang dalam tu. Klik sini sekarang
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Kami Sudah Menerima Bahagian Masing-Masing..’ Izreen Azminda Mohon Netizen Hormati Kehidupannya
Hebat sungguh dugaan yang terpaksa dihadapi oleh Izreen Azminda,33 apabila memilih hidup sebagai isteri kedua, tahun lalu. Ketika kontroversi memuncak, sana-sini orang mencaci, menghina dan menjatuhkan hukum. Hakikatnya, tiada kata yang dapat didustakan, jodohnya sudah ditakdirkan bersama suami orang yang juga pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30, atau Ude. Walaupun tidak lagi hidup bermadu selepas Ude menceraikan isteri pertama, Intan Liana Saleh, Mac lalu, namun api kebencian netizen masih tidak mampu dipadamkan sepenuhnya.
Memetik laporan dari Berita Harian, Izreen berkata perkara itu adalah ujian yang paling berat diterimanya selama lebih 12 tahun bergelar sebagai anak seni yang hampir membuatkan dirinya menyembah bumi.
Anggap Ujian Hidup
Akui Izreen atau nama penuhnya, Izreen Azminda Aznam, 33, apa yang dilaluinya dianggap ujian hidup.
“Inilah ujian paling berat diterima selama lebih 12 tahun menjadi anak seni… Mungkin boleh saya simpulkan sebagai kifarah hidup.”
“Kun Faya Kun, jadi, maka jadilah ia.
“Saya, suami dan pihak di sana mungkin pernah melakukan kesilapan, jadi kami ditimpa dengan ujian hidup.
“Jujurnya, saya terlalu sibuk bekerja sepanjang lebih satu dekad, ada kala saya alpa dan lalai dengan perintah Tuhan. Allah pemberi rezeki dan Dia boleh merentapnya sekelip mata.
“Allah menjentik saya supaya kembali mengingati dan mendekatkan diri dengan-Nya. Mulanya, saya berat menerima ujian ini, tetapi saya harus reda,” katanya.
Berfikiran Positif
Berfikiran positif, Izreen berkata, Allah mungkin menarik rezekinya, tetapi dirinya dianugerahkan dengan suami.
“Begitu juga pihak di sana… Allah menarik suaminya, tetapi memberikannya dengan rezeki melimpah ruah.Itu yang diinginkan selama ini, Allah menunaikannya. Kami sudah menerima bahagian masing-masing… Allah Maha Adil,” katanya.
Wanita kelahiran Kangar, Perlis itu berkata, bohonglah jika dia mengatakan rezekinya tidak terjejas akibat kontroversi yang melandanya itu, tetapi Allah menyelamatkannya.
“Mana-mana selebriti yang dilanda kontroversi pasti berdepan kesan buruk terhadap kerjaya. Tetapi saya bersyukur, kehidupan saya masih sama, ada saja rezeki lain yang diberikan.
“Allah membuka jalan lain untuk saya mencari rezeki. Masih ada rezeki untuk saya menyelesaikan perbelanjaan diri dan keluarga.
“Saya percaya Allah menimpakan saya ujian sebelum memberi kebahagiaan. Tidak semua manusia diberikan ujian seberat saya, jadi berterima kasihlah kepada Tuhan kerana tidak melalui perjuangan yang pahit ini,” katanya.
Mengambil keberkatan hari baik dan bulan baik pada Ramadan al-Mubarak ini, Izreen berkata, dia sudah mengosongkan hatinya untuk memaafkan netizen yang pernah menjatuhkan hukum serta melemparkan fitnah terhadapnya dan keluarga.
“Ada yang mempertikaikan kenapa saya pula beriya-iya memaafkan netizen, sedangkan saya dilihat bersalah? Tidak berdosakah apabila kita memaki hamun, mencarut dan membuat fitnah?
“Ada masanya saya malu melihat mereka yang mengutuk dan menghina saya, seperti tiada lagi keampunan. Mereka tidak berada dalam kehidupan saya dan Ude,” katanya.
Izreen berkata, banyak perkara tidak didedahkan demi menjaga maruah dan aib.
“Bagi saya dan suami, kami tidak perlu berkongsi kisah luar atau dalam kain, siapa betul dan salah, biarlah waktu yang menentukannya.
“Menghukum orang tanpa tahu kebenarannya adalah berdosa. Jadi, tidak perlulah terlalu taasub dan emosi terhadap kehidupan orang lain. Tolong hormati kehidupan kami,” katanya.
Tambah Izreen, ibunya selalu berpesan supaya memaafkan sesiapa saja, biarpun dalam keadaan yang cukup sulit.
“Ibu berpesan, apabila memaafkan orang ketika hati sedang marah dan memberontak, insya-Allah, saya beroleh ketenangan dan kesabaran.
“Ya, saya melakukannya, saya kosongkan hati, maafkan semua orang. Saya rasa puas dan tenang selepas itu. Katalah apa saja, saya tidak mahu ambil kisah lagi.
“Saya juga akan menutup ruangan komen dalam laman Instagram buat selama-lamanya. Saya tidak mahu melihat perbalahan, keji mengeji dan komen ‘sampah’ lagi. Saya tidak suka bangsa sendiri mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya, sedangkan saya lihat mereka adalah kaum ibu dan mempunyai anak-anak,” katanya.
Mahu Jadi Isteri Terbaik
Pelakon yang mencipta nama menerusi drama Isabella dan Juvana itu berkata, dia bahagia menjalani kehidupan bersama suaminya, biarpun sudah hampir enam bulan hidup dalam kecaman.
“Saya mahu menjadi isteri yang terbaik buatnya. Keruntuhan rumah tangga sebelum ini menjadi pengajaran terbesar buat saya dan Ude. Kami bukan saja mahu memperbaiki kekurangan, malah ingin menjadi insan lebih baik untuk kehidupan baharu ini.
“Saya akui, dulu saya dan bekas suami terlalu sibuk bekerja. Bayangkan, saya terbang ke Korea Selatan sehari selepas bernikah. Kami tidak banyak masa bersama.Saya percaya, masa itu emas dan ia amat berharga bagi setiap perkahwinan. Dulu, kami sentiasa sibuk dan berjauhan,” katanya.
Pada bulan puasa ini juga, Izreen berkata, dirinya tidak terlalu sibuk dan mahu mengambil peluang menjalani tanggungjawab sebagai isteri menyiapkan juadah berbuka dan bersahur.
“Saya lihat suami suka makan di rumah. Dia pula tidak cerewet dalam soal makanan, asalkan pedas.
“Ude suka lauk kering, saya pula berkuah. Jadi, saya kena menyiapkan beberapa jenis masakan. Ude paling suka asam pedas ayam. Saya sendiri masih belajar masak asam pedas orang Johor.
“Saya memang suka memasak jika tiada kerja. Saya mahu ambil kesempatan ketika tidak sibuk bekerja dengan mencuba pelbagai resipi pada Ramadan ini,” katanya.
Sempena Bulan Ramadan ini, Mingguan Wanita doakan yang terbaik buat kehidupan pasangan ini. Banyakkan bersabar dan semoga terus cekal menghadapi segala ujian yang melanda.
Sumber: bharian
Foto Owee Ah Chun
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Kuih Seri Muka Ikut Sukatan Cawan, Tak Susah Pun Nak Buat
Kuih seri muka memang ramai ‘pengikutnya’. Ramai yang menganggap membuat kuih tradisi seperti kuih seri muka susah. Sebenarnya tak susah mana pun asalkan kita tahu tip yang boleh dipratikkan ketika memasak.
Seperti resipi yang dikongsikan oleh SuiSan Aliezsha hanya menggunakan sukatan cawan. Mudah sangat nak buat! Jom kita buat kuih seri muka ikut sukatan cawan. Gerenti menjadi dan rasa pun sedap.
RESIPI KUIH SERI MUKA IKUT SUKATAN CAWAN
Bahagian bawah
3 cawan pulut
2 cawan santan
Secubit garam
Cara membuat:
- Cuci pulut toskan.
2. Masukkan santan dan garam.
3. Kukus dalam talam selama 25minit kemudian angkat.
4. Penyek-penyek hingga padat.
Bahagian atas
1 cawan tepung gandum
2 cawan santan
1 1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air pandan (kisar daun pandan)
1 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
Secubit garam
Tak Susah Pun Nak Buat
Cara membuat:
- Masukkan semua bahan-bahan.
2. Kisar hingga adunan halus.
3. Kemudian masukkan ke dalam pulut yang telah dipadatkan.
4. Kukus 30 minit.
5. Siap untuk dihidang.
Kredit: SuiSan Aliezsha
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI