“Patutlah Lambat Sembuh, Beri Ubat Tak Ikut Dos,” Lagi Mudaratkan Kesihatan Anak

Share

Bila anak demam atau tidak sihat, mak-maklah orang yang paling risau. Nak-nak kalau lambat sembuh, ubat dah habis sebotol tapi tetap belum ‘kebah’.

Biasanya kalau anak tak sihat, klinik atau hospital jadi rujukan untuk berjumpa dengan doktor dan mengetahui tentang masalah kesihatan anak.

Ada juga mak-mak ni, bila dah nampak anak aktif balik, terus tak bagi ubat. Kononnya dah sihat. Tapi, hairannya, dalam tiga empat hari selepas itu anak mula tidak sihat balik. Rujuk doktor, rupanya mak-mak bagi ubat tak ikut dos.

Inilah yang perlu mak-mak ambil tahu, jangan fikir anak dah sembuh dengan hanya makan ubat sekali dua terus berhentikan. Tidak ikut apa yang doktor sarankan. Kena faham betul-betul apa yang diterangkan oleh doktor ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Petua Anak Demam, Batuk, Selesema, Mandikan 3 KALI SEHARI, Buang Haba Panas

Pesan Doktor, Jangan Pakai Tuala Basah Atas Kepala Anak Demam, Elak Risiko SAWAN

Info Lagi menarik DI SINI

Lambat Sembuh, ‘Skip’ Ubat

“Itulah, saya dah cakap pada dia, doktor. Kena beri ubat tu sampai habis!”

Ada seorang kanak-kanak dibawa ke klinik saya minggu lepas, kemudian dibawa sekali lagi minggu ini. Kata si ibu, dah diberi ubat, tapi tak sembuh-sembuh.

Saya pun bertanya pada si ibu, berapa banyak, berapa kali, berapa hari ubat diberi. Saya nak tahu sama ada dos ubat yang diberi cukup atau tidak.

Bila si ibu beritahu bagaimana dia beri ubat, ternyata ada dos ubat yang diberi pada anaknya itu, kurang dari saranan. Antibiotik pun tak cukup hari.

“Ha! Dah cakap dah kena habiskan antibiotik tu, tapi dia tak ikut” ujar si suami.

“Dia dah tak demam, saya berhentilah ubat. Takut bagi lama sangat, ada side effect pula.” kata si ibu pula.

Nampak macam si ibu tak berapa faham tentang kepentingan beri ubat ikut dos. Maka, saya terangkan dengan cermat tentang perkara itu.

Kena Ikut Saranan Doktor

“Bahaya kalau tak ikut dos, kan doktor?” soal si suami pada saya, kemudian jeling pada isteri.

Saya terangkan tentang kerintangan antibiotik dan kesan buruknya pada kesihatan.

Kerintangan antibiotik ni sesuatu yang perlu kita elakkan.

“Itulah, doktor. Isteri saya yang tak beri ubat ikut dos,” kata si suami.

Ketika tu saya dah rasa terganggu dengan sikap si suami yang seolah-olah nak letak kesalahan ini di bahu si isteri.

“Kalau dah tahu isteri tak beri, kenapa awak tak tolong beri? Kan benda ni tanggungjawab bersama.” kata saya.

Sebenarnya, apabila doktor bertanya soalan, biasanya untuk mencari punca masalah (kesihatan), bukan untuk mencari pesalah. Jadi, tak perlu terlalu defensif atau akusatif.

Menjaga anak yang sakit adalah tanggungjawab ibu dan bapa. Sama-sama kena pikul sebab ia amat meletihkan jasmani dan rohani. Jangan letak beban itu hanya pada isteri.

Mingguan Wanita : Mak ayah kena bagi ubat ikut dos yang diberikan, lebih-lebih lagi ubat antibiotik yang perlu diambil mengikut hari yang ditetapkan. Jangan nak skip-skip ubat.

Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan dan Perubatan

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora