Terlebih berjaga pada waktu malam, selalu membuatkan wanita kerap lapar dan suka makan lewat malam. Kadang nak paksa tidur pun tak selesa bila perut kosong, akhirnya pilihan yang ada anda terpaksa sumbat makanan walau lewat malam. Tapi mungkin juga beberapa faktor ini berkait…
Ketika kepala penuh masalah, alternatif dicari untuk menimbulkan rasa gembira. Makanan akan membuatkan seseorang berasa kenyang dan puas hati. Lama-kelamaan makan menjadi tabiat dan akan menyebabkan kenaikan berat badan yang banyak.
Otak tak dapat membezakan rasa haus dengan lapar. Jadi sebelum mencari makanan pada waktu malam, minumlah air kosong dahulu. Jika masih juga lapar, barulah mencari makanan yang sesuai pula.
Makan tidak tetap atau makanan yang diambil pada waktu siang tidak memuaskan kehendak diri. Ya, inilah jadi dorongan buat anda rasa lapar pada waktu malam. Cara atasi, anda perlu sediakan makanan dari rumah atau beli makanan yang disukai dan bawa sebagai bekalan di pejabat. Aturkan juga untuk makan lima kali sehari dengan jumlah kalori sebanyak 400 kalori sahaja setiap kali makan.
Jika anda suka makanan manis pada waktu pagi, tengah hari dan petang, badan anda pasti akan ketagih gula. Akibatnya pada waktu malam, ibu hamil teringin makanan manis atau berkarbohidrat. Gantikan gula dalam makanan dengan buah-buahan dan mengunyah gula-gula getah ataupun mendisiplinkan diri untuk elak makan makanan yang bergula.
Amalkan makanan berserat tinggi, minum air kosong secukupnya dan lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki setiap hari. Percayalah amalan ini boleh melawan rasa lapar pada waktu malam hari.
Haaa… tetapi kalau anda kerap sangat tidak dapat melawan rasa lapar, anda boleh consult dengan doktor sebab risau pula jika ada masalah lain.
Ramai yang diet dengan cara elak sarapan, sudahnya makan waktu malam berlebihan sebab pagi dah kelaparan. Salah tu, cara terbaik adalah jangan skip sarapan pagi, tengah hari dan elak makan malam!
Seeloknya ambil makanan sumber protein pada waktu malam supaya tengah malam anda tak masuk dapur cari makanan.