Ibu ini, Firda Ashaary berkongsi petua elak bihun yang dimasak cepat basi. Misalnya, masak di malam hari, esok basi dah bila nak makan. Sayanglah kalau dah basi awal.
Nak tak nak terpaksalah buang. Walaupun bihun itu masih banyak lagi dalam kuali. Dah jadi satu pembaziran pula. Sekarang kan ekonomi gawat. Pembaziran sebegitu sangatlah tidak bagusnya.
Bolehlah mencuba petua elak bihun cepat basi sebagaimana yang dikongsikan ibu ini. Petua menumis yang betul pun boleh jadi punca makanan kekal elok dan tahan lama.
Bihun Masak Malam Esok Basi
Pernah tak korang tertanya,
“Ehh kenapa bihun yang aku goreng malam, pagi esoknya dah basi? Atau goreng pagi, malam dah basi?”
Okay, cer check balik. Korang tumis cili kisar dulu ke masuk ayam, daging atau udang dulu?
Sepatutnya, untuk mengelakkan cepat basi. Lepas korang tumis bawang putih, korang kena masukkan ayam, daging atau udang tu dahulu sebelum masukkan cili kisar.
Masak sampai kering air yang keluar dari bahan-bahan tadi tu. Haa baru masukkan cili kisar, kicap, sos cili, sos tomato bagai tu.
Insya-Allah menu goreng-goreng korang akan tahan lama. Tak cepat basi. Tak kisah la bihun, mi atau kuewtiau.
Masak malam, tak habis makan pun boleh simpan buat sarapan esok pagi.
Bukan kedekut tau,
Tapi jimat!
Sumber/Foto : Firda Ashaary #SuffianSuffiya #KisahAku
Bihun goreng daging untuk bentaraGuru sebelum berangkat pulang ke saranghae. Ehh sarang.
Baca sini : 8 Kesalahan Goreng Bihun Yang Mak-mak Pernah Buat Dalam Tak Sedar, Sebab Tu Keras, Hancur Dan Tak Kenyal
Lagi Petua Elak Masakan Cepat Basi
Selain petua menumis ayam dahulu sebelum masuk cili kisar, ada lagi amalan yang boleh mak-mak cuba untuk elakkan masakan jadi cepat basi.
- Sebelum masak cucilah tangan bersih-bersih dahulu. Agar semasa memasak, jari jemari tidak mengandungi bakteria yang boleh menyebabkannya masuk ke dalam makanan.
- Begitu juga dengan peralatan dapur. Selepas menggunakannya, cucilah dengan bersih.
- Begitu juga semasa hendak digunakan. Jika ada waktu, cuci dan rendam dengan air panas untuk membasmi kuman pada peralatan memasak. Termasuk pisau, kuali, sudip malah papan pemotong.
- Pastikan permukaan meja dapur juga bersih sebelum dan selepas memasak. Begitu juga saluran paip, dinding malah lantai. Begitu juga kain pengelap peralatan dapur.
- Elakkan menggunakan senduk memasak untuk merasa makanan berkali-kali. Ini pun boleh jadi punca bakteria tersebar dengan cepat.
Semoga bermanfaat.
Follow Mingguan Wanita di Telegram, Instagram, TikTok, Twitter dan Youtube untuk mendapatkan berita terkini dan artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI