Patutlah Anak Umur 2 Tahun Ke Bawah, Orang Tua Usia 65 Ke Atas Kena Cucuk Vaksin Pneumococcal! Ini Sebabnya

Share

Penting rupanya mengambil suntikan vaksin pneumococcal bagi anak berumur dua tahun ke bawah dan warga emas berusia 65 tahun ke atas. Jika selama ini, ramai mak ayah yang tak tahu mahupun tertanya-tanya perlu ke cucuk vaksin pneumococcal, mohon baca penjelasan lengkap perkongsian oleh Dr Mohd Nizam Ishak ini.

Perlukah cucuk vaksin pneumococcal?

Alhamdulillah..baru diberi masa dan ruang untuk menulis sedikit info buat siapa yang masih tertanya-tanya pasal vaksin pneumococcal ni. Pertamanya..di Malaysia, vaksin ni masuk lagi optional..tak termasuk dalam program rutin vaksinasi kebangsaan. So, kena keluarkan duit sendiri.

Perlu ka tak perlu bergantung kepada;

✓ Pemahaman kita apa sebenarnya penyakit pneumococcal ni? Penyakit apa ni? Bahaya ka?

✓ Apa pentingnya atau fungsi vaksin ini dalam mencegah penyakit pneumococcal??

Penyakit Pneumoccocal

Penyakit ini disebabkan jangkitan bakteria ‘streptococcus pneumonei’.Bakteria ni ada banyak strain (jenis) ~ 90…tapi lebih kurang 20 strain, yang akan menyebabkan jangkitan yang teruk!

Jangkitan bakteria ini akan menyebabkan:

✓ jangkitan paru-paru – sesak nafas
✓ jangkitan selaput otak – sawan, lumpuh
✓ jangkitan kuman dalam darah!
✓ sinusitis
✓ otistis media (jangkitan telinga) – pekak

Terutamanya pada kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke bawah, orang tua-tua yang berumur lebih 65 tahun..atau orang-orang yang berpenyakit kronik seperti kencing manis!

Pernah dengar baby yang meninggal sebab jangkitan paru-paru?

Pernah dengar baby yang tarik sawan disebabkan jangkitan pada otak? Dan kesannya lumpuh atau lembam?

Atau orang tua-tua yang balik dari haji, dimasukkan ke dalam ICU disebabkan jangkitan paru-paru atau jangkitan dalam darah?

Mungkin disebabkan jangkitan bakteria lain, tapi bakteria Streptococcus pneumoniae ini salah satu ‘punca utama’ kepada jangkitan-jangkitan teruk ini!

Bagaimana bakteria ini merebak?

Melalui titis-titis batuk atau bersin daripada pesakit-pesakit pneumoccocal dan juga daripada PEMBAWA!

Pembawa ini bermaksud, seorang yang ada kuman ini pada hidung dan mulut, tapi tak terkena jangkitan atau tak ada sebarang simptom! Dan boleh merebakkan kuman ini pada orang lain.

Bayangkan, hari raya yang ramai sanak saudara,tetamu,sayang cium baby kecil, baby yang sihat wal’afiat..2-3 hari lepas tu..baby start demam, kena tahan wad ICU!!

Nak cerita dekat sini, jangkitan pneumococcal ni adalah jangkitan yang teruk, yang memberi komplikasi yang teruk, dan mungkin menyebabkan kematian!

Apa Fungsi Vaksin?

Vaksin ni adalah sebagai pertahanan barisan hadapan untuk mencegah jangkitan kuman streptococcus ni. Mencegah!!tak sempat pun lagi kuman nak merebak, dah kena bunuh dengan antibodi!!

Disebabkan jangkitan pneumoccocal ni memberi kesan & komplikasi yang teruk, sebab tulah adanya vaksin ini dan digalakkan pengambilan vaksin ini!

Kalau setakat demam selsema biasa..tak perlu la vaksin-vaksin bagai!!

Harap..masih boleh faham..

Ada orang tanya.

kalau kena jangkitan, bagi la antibiotik tak boleh ka?

Kena faham juga yang bakteria ini mempunyai strain-strain yang kuat dan tahan pada antibiotik.Sebab tu, kadang-kadang ada budak-budak yang masih demam, walaupun diberi antibiotik!Kenapa perlu tunggu untuk dirawat, kalau boleh dicegah?

kalau cucuk vaksin ni, TAK akan kena jangkitan paru-paru dah ke Dr??

Masih ada risiko jangkitan kuman dari jenis bakteria lain dan dari strain Streptococcus pneumoniae yang lain, yang tidak termasuk dalam vaksin.

Berbalik pada soalan..so perlu ka tak perlu vaksin ni?
Kalau boleh nak cakap perlu untuk semua!

Tapi pada pendapat peribadi, vaksin ini sangat perlu.

✓ Pada golongan-golongan yang mampu, sila teruskan sebab jangan menyesal bila dah terlambat.

✓Untuk anak-anak yang selalu kena jangkitan paru-paru selalu masuk ward..please & please amik.

✓ mak ayah kita yang dah berusia..nak pi haji/umrah..cucuk dulu vaksin ni selain meningococcal vaksin.

#drnizam

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak ayah yang berkemampuan, ambillah suntikan Vaksin Pneumococcal pada anak untuk demi kesihatan mereka.

Sumber: Dr Mohd Nizam Ishak

Published by
Suhaidah Abd Wahab