
Memandangkan Perintah Kawal Pergerakan semakin ketat, jadi kita di rumah kenalah bijak memilih menu untuk memasak. Jadi bagi meminimumkan kita berkunjung ke kedai atau pasaraya tak salah kita memasak sendiri roti di rumah.
Jom cuba resipi memasak roti yang dikongsikan oleh Datin Fadzilah atau lebih mesra dengan panggilan Tok Mak yang juga pemilik akaun Facebook Fadzilah Zilah yang cukup mudah.

RESIPI ROTI PUTIH

Bahan-Bahan:
350gm tepung roti
150gm tepung gandum
300ml air
11gm yis
2 sudu besar gula
2 sudu besar butter
1 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
Cara Memasak menggunakan Breadmaker:
1.Masukkan air,tepung,yis, butter, garamm gula dan susu tepung
2. Kemudian masukkan mangkuk pengadun set fungsi nombor 1
3. Masakkan roti lebih kurang 2 jam 45 minit
P/S: Jika hendak letakkan kismis atau bijan setelah breadmaker menguli 10 minit boleh masukan kan.

Inilah masanya anda menunjukkan skil memasak kepada ahli keluarga tersayang.
Selamat mencuba!
Terima kasih Datin Fadzilah Zilah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Mudah Jeli Kelapa Buah-Buahan & Jeli Oren, Boleh Sediakan Waktu ‘Birthday Party’ Anak Nanti

Isi Kandungan
ToggleJeli Kelapa buah-buahan dan Jeli Oren ini bukan sahaja cantik malah sangat sesuai mak-mak sediakan sebagai pemanis mulut ketika ada majlis tertentu, seperti Birthday Party anak nanti. Malah boleh ‘pancing’ anak-anak yang tak suka makan buah-buahan dengan jeli berwarna-warni ini. Cara buat jeli ni pun mudah sangat, boleh libatkan anak-anak tolong buat sekali bersama-sama.
Berikut merupakan perkongsian resipi oleh Puan Yasmin Karim sebagai rujukan;
Jeli Kelapa + Buah-Buahan Campuran
Bahan-Bahan:
1 peket serbuk konyaku
100 gram atau 1/2 cawan gula tebu organik
900ml air kelapa muda (air dari 1 kelapa setengah)
Buah-buahan ikut suka berapa banyak nak letak
p/s: Min guna gula tebu organik bukan sebab hipster tau, tapi sebab sedap. Bila buat sirap dengan gula tebu organik rasa dia macam air tebu dan tak terlalu manis potong kaki.
Cara Membuat:
1. Boleh kerah anak-anak tolong susun buah-buahan dalam acuan. Min suka guna silikon senang keluarkan. Beli dekat mr diy je.
2. Gaul dulu serbuk konyaku dengan gula tebu. Kalau tuang terus dalam air mendidih dia akan jadi berketul.
3. Dah gaul tuang serbuk konyaku dalam air kelapa yang dah dididihkan. Tuang sikit-sikit dan whisk sampai habis.
4. Dah larut semua gula cepat-cepat tuang bancuhan dalam acuan.
Min suka guna buah-buahan yang firm macam blueberry, strawberry dan kiwi sebab bila nak keluarkan dari acuan senang dan cantik.
Jeli Oren
Bahan-Bahan:
5 biji oren
100 gram gula
1 peket serbuk konyaku
Air Masak 300ml

Cara Membuat:
1. Perah jus oren.
2. Keluarkan serat-serat oren daripada kulit oren.
3. Didihkan air dan jus oren.
4. Masukkan gula dan serbuk konyaku.
5. Bila gula dah larut sendukkan bancuhan tu dalam kulit oren.
6. Masukkan dalam peti ais lebih kurang sejam dan bila dah keras boleh potong dan serve.
Enjoy!
Selamat Mencuba! Semoga bermanfaat.
Sumber: Yasmin Karim
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip Buat Biskut Raya Untuk Mak-Mak ‘AMATUR’ Dari Adun Sampailah Membakar, Baru MENJADI!

Masuk saja bulan Ramadan, mak-mak tentu dah fikir nak buat biskut raya kan! Tahun ni boleh dikatakan harga biskut raya pun boleh tahan juga, jadi lebih baik buat snediri baru puas hati.
Namun, tak semua mak-mak ‘rajin’ nak buat biskut raya. Bimbang tak menjadi, keras, hangus, kembang dan sebagainya. Daripada membazir, lebih baik beli saja.
Bagi mak-mak yang baru belajar nak buat biskut raya tahun ini, boleh dapatkan panduan ini, mungkin ia boleh membantu dan jadikan biskut raya ‘terpaling’ sedap yang pernah buat, kan!
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Baking Powder VS Baking Soda, Jadikan Kuih, Biskut Kek Lebih Gebu, Rangup Atau Mengembang!
Oven Rosak, Jangan Risau Bakar Biskut Raya Guna Kuali Saja, MOLEK Kejadiannya!
Buat Biskut Raya, Panduan Buat Mak-mak
Beberapa tip yang bukan setakat untuk mak-mak amatur tapi boleh dijadikan panduan buat semua. Maklumlah, ada masanya sukatan dah betul tapi tetap tak jadi. Boleh rujuk panduan ini.
1) Gunakan mentega yang agak sejuk kerana jika menteganya terlalu lembut, ia akan cepat cair – akibatnya biskut menjadi leper dan gelap.
2) Jangan gunakan telur saiz besar kerana kandungan putih telur yang lebih. Putih telur pula mengandungi air. Itu yang membuat biskut terlalu kembang dan susah nak garing walaupun dibakar lama.
3) Jangan pukul telur terlalu lama bila membuat biskut kerana ia akan menambah angin ke dalam doh – mengakibatkan biskut gelembung ketika dibakar.
4) Jika menggunakan mesin pengadun, jangan pukul terlalu lama ketika masukkan tepung, jika tidak ‘gluten’ daripada tepung itu akan membuat biskut menjadi keras.
5) Selalu ‘rehatkan’ doh sebentar sesudah diadun. Jangan terus mencanai atau membakarnya. Jika membuat chocolate chip, selalu ‘rehatkan’ doh di peti sejuk selama lima hingga 10 minit dahulu sebelum membakarnya.
6) Apabila doh sudah siap diadun, bahagikan ia kepada beberapa bahagian untuk disejukkan dan ‘direhatkan’. Jangan ‘rehatkan’ kesemua doh itu dalam satu mangkuk. Ambil satu persatu doh yang mahu digunakan. Sebab jika kita gunakan semua dohnya sekaligus, doh itu akan mula keluar minyak – menjadikan biskut cepat gelap walaupun baru sahaja dibakar.
7) Jika membakar biskut chocolate chips, tidak boleh oles loyang dengan mentega. Harus gunakan baking paper atau parchment paper. Jika tidak, biskut chocolate chips itu akan kembang, leper dan cepat hangus.
8) Bagi biskut seperti makmur, sugi dan yang lain yang kita inginkan hasilnya garing, harus gunakan loyang yang dioles dengan mentega.
9) Pastikan ketuhar sudah dipanaskan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mula membakar biskut atau kek.
10) Jika membakar biskut beberapa loyang sekali gus, lebih baik gunakan fungsi kipas di ketuhar. Jika ketuhar tidak ada fungsi kipas, tukar posisi loyang itu sesudah 10 minit dibakar – yang di atas ditukarkan ke bawah dan yang bawah dinaikkan ke atas dan sebagainya.
11) Jangan tinggalkan biskut di atas loyang terlalu lama sesudah keluarkan dari ketuhar. Biarkan ia di atas loyang itu selama 3-5 minit sahaja dan kemudian pindahkan ke atas ‘cooling rack’. Setiap biskut akan ada wapnya (condensation) bila sudah dibakar dan apabila diletakkan di atas ‘cooling rack’, wap itu akan kering. Itu yang membuat biskut itu lebih garing dan tahan lama.
12) Pastikan biskut benar benar sejuk sebelum dimasukkan ke botol.

13) Untuk biskut yang mengandungi ‘peanut butter’, lebih baik jika ianya disimpan di peti sejuk kerana ‘peanut butter’ itu mungkin akan membuat biskut menjadi cepat tengik.
Mingguan Wanita : Moga ia memberi panduan buat mak-mak yang nak buat biskut raya tahun ini ye.
Kredit: Maz Samad
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat Kaya Karamel Guna Empat Bahan, Boleh Jadikan Inti Atau Sapuan Roti

Isi Kandungan
ToggleDalam tempoh PKP ini, mak-mak terlebih rajin nampaknya. Ramai yang asyik mencari resipi baru untuk dicuba. Apa kata cuba resipi kaya karamel ini yang telah dikongsikan oleh Nur Adlina di laman fb miliknya (fb: https://www.facebook.com/nuradlina.badarudin.9). Sangat mudah memasaknya malah bahannya gerenti ada di dapur rumah kita. Hanya empat bahan je!
Kaya karamel ini sedap dimakan bersama roti, roti jala, lempeng dan roti canai. Malah menurutnya, ia juga sesuai dijadikan inti apam balik, apam Tokyo atau pau.
Kiranya kalau buat banyak sekali gus, boleh simpan di dalam peti sejuk dan keluarkan bila nak guna. Sukatan adunan ini menghasilkan lebih kurang 1.5 liter kaya karamel. Sekiranya ingin masak dalam kuantiti yang lebih sedikit, sukatan bahan-bahan boleh dibahagi dua ye.
Bahan-bahan Kaya Karamel:
10 biji telur
500 ml/gram gula pasir
500 ml/gram santan kotak
Secubit garam
Cara Membuat:
1. Mula-mula masak gula di dalam kuali hingga cair. Ketepikan.
2. Bahan-bahan lain dicampurkan sekali, pukul sebati dan tapis.

3. Masukkan ke dalam kuali berisi gula karamel tadi dan masak menggunakan api yang kecil serta sentiasa kacau sehingga adunan agak pekat. Tutup api, tapi jangan berhenti mengacau sehingga adunan agak sejuk sedikit supaya tidak berketul.
4.Apabila sejuk, bolehlah disimpan di dalam bekas dan simpan di dalam peti ais. Sedap dimakan dengan roti. Selamat mencuba!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI