Laksa utara sedap dinikmati sememangnya bergantung pada kuah laksa yang sedap. Nak dapatkan kuah laksa utara sedap pun ada petuanya.
Chef Shukri atau nama sebenarnya, Ahmad Shukri Amiruddin berkongsi petua menyediakan kuah laksa yang sedap. Penting untuk mendapatkan pati kuah yang pekat dan membangkitkan aroma kuah laksa itu sendiri.
“Macam saya pernah bagitau dulu. Petua untuk masak Laksa yang sedap guna ikan Termenung jangan guna ikan kembung. Hari ni saya masak 10 kilo ikan untuk berniaga esok
.”Cara nak dapatkan pati kuah laksa yang sedap lagi pekat.
Mana geng 02 ni? Masuklah. Esok p merket ( pasar) beli ikan termenung buat laksa. Orang Utara ni cukup pantang sebut laksa. Layoq kat depa esok depa p carilah laksa.
Petua ni last sekali Chef bagi untuk laksa yang paling sedap adalah “Laksa yang orang belanja…”
Mingguan Wanita : Haa.. dah tau cara buah kuah laksa sedap kan. Bolehlah cuba ya.
Sumber/Foto : Ahmad Shukri Amiruddin
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW