pati fanta hijau

Bagi memudahkan kerja mak-mak sewaktu sewaktu bulan puasa mahupun raya, bolehlah sediakan stok pati air siap-siap.Bila tetamu datang, tinggal tambah air dalam pati, letak ais dan boleh terus hidang.Tak lah berebut-rebut dan lambat nak buat air nanti.

Jika selalu asyik hidang air sirap je, boleh cuba kelainan sediakan air fanta hijau ni. Rasanya sebiji macam rasa air fanta yang dijual cuma takde rasa gas.

Menariknya buat pati  ni lebih jimat, sebab sukatan ini boleh dapat sehingga 5 1/2 botol air mineral yang saiz 1.5 liter.

Berikut cara untuk menghasilkan pati Air Fanta Hijau perkongsian daripada Puan Amy Anuar sebagai panduan;

Pati Air Fanta Jimi Asmara Menari Chacha

“Suka minum air fanta tak? Tapi air fanta tu banyak sangat gas kan? Manis pulak tu. Kalau tambah air kang jadi tak sedap la pulak. Dah bukan air gas namanya.”

“Apa kata buat sendiri je. Manisnya pun boleh ejas. Gasnya pun tak tajam macam fanta dalam botol.”

Ads

“Nah KekMi share resepi pati air Fanta Hijau untuk buat stok kat rumah. Kalau ada tetamu datang dah tak payah nak masak air gula lagi dah. Tuang je pati ni tambah air masak letak ais batu. Siap.”

Bahan-Bahan:

3 kg gula pasir
1.5 liter air
330 ml Oren Sunquick (Original sahaja. Botol kecil)
1 botol pewarna hijau apple Star Brand
1 botol perasa pisang Star Brand
*Star Brand je tau. Kalau brand lain tak berapa nak jadi
Daun pandan disimpul

*Gunakan periuk yang besar atau tinggi untuk memasak air

Ads

Pati Air Fanta Hijau Sedap, Tinggal Tambah Air Letak Ais, Siap!

Cara Membuat:

1. Tuangkan air, daun pandan dan gula ke dalam periuk dan masak atas dapur hingga gula larut dan air mendidih.
2. Masukkan Oren Sunquick dan biarkan ia merenih sebentar.
3. Masukkan pula pewarna epal hijau.

Pati Air Fanta Hijau Sedap, Tinggal Tambah Air Letak Ais, Siap!4. Bila dah didih tutup api dan masukkan perasa pisang. Jaga-jaga akan ada sedikit percikan sewaktu proses ini.
5. Secubit garam untuk penambah rasa. Tak nak takper.
6. Biarkan sejuk. Hanya tambah air sahaja bila nak minum. Masukkan ketulan ais.

Ads

Pati Air Fanta Hijau Sedap, Tinggal Tambah Air Letak Ais, Siap!

Nota kaki:

  • Boleh add on Asam Boi, Limau Kasturi, Lemon, atau Daun Pudina sebagai penambah rasa. Ikut kreativiti masing masing.
  • Ini adalah pati yang sangat pekat. Memang menggunakan kuantiti gula yang banyak. Kalau bukan pati, satu sudu gula pun dah cukup untuk satu cawan.
  • Pati ni boleh dapat sehingga 5 1/2 botol air mineral yang saiz 1.5 liter.
  • Boleh #Share untuk rujukan. Mana tahu nak buat untuk majlis kenduri kawen ke, harijadi ke, bertunang ke kan. Biar air tu lain daripada yang lain.

Selamat mencuba!

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak, dah boleh sediakan stok pati air fanta hijau ni siap-siap. Bukan apa memudahkan kerja sewaktu berbuka dan hari raya nanti. Bila orang datang rumah tinggal tambah air dan ketulan ais je.Boleh terus hidang. Senang!

Sumber: Amy Anuar

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI