‘Patah tangan janganlah pergi mengurut, jumpa bomoh.’ Cacat kemudian hari, menyesal jadinya. Bertindak biarlah menurut akal fikiran.
Tidak dinafikan masih wujud segelintir mak ayah yang masih percayakan bomoh daripada doktor. Kadang-kadang sudah berjumpa dokto tetapi akhirnya memilih untuk meneruskan rawatan dengan bomoh.
Patah Tangan
Ketahuilah, patah tangan dengan terseliuh itu jauh bezanya. Ikuti perkongsian Dr Arisman MD ini dan hadam baik-baik perkongsiannya:
Patah tangan kemudian jumpa bomoh untuk pecahkan simen.
Saya berjumpa senario yang mana seorang perempuan berusia jatuh tergelincir kemudian patah tangan.
Dia berjumpa dengan doktor di hospital kemudian dipastikan patah tangan dan dipasangkan simen selama beberapa minggu.
Apabila dia balik ke rumah beberapa hari, dia merasa tidak selesa dan sedikit sengal-sengal. Tiada gejala lain yang serius.
Ads
Seperti kebanyakan kita yang suka mencuba “rawatan kampung”. Saudara mara pula cuba membantu dengan memberi nama dan nombor telefon bomoh-bomoh atau orang yang boleh merawat patah tulang ini untuk cantum balik dan sembuh tanpa simen.
Kita sudah basi dengan situasi begini kan dan ia turut berlaku dalam keluarga terdekat kita sendiri. Betul?
Jumpa Bomoh
Dipendekkan cerita, dia pergi ke satu tempat dan tukang atau bomoh itu pergi buka simen pada tangan yang patah itu dan mulakan rawatannya.
Pesakit tadi balik ke rumah dan beberapa hari, tangan yang patah itu semakin sakit. Dia bercadang untuk mendapatkan x-ray di klinik swasta kerana saudara maranya suruh periksa x-ray lagi.
Saya tanya “kenapa tak pergi semula ke tukang bomoh tu puan?”
“Bomoh tu tak pandai tengok x-ray. Dia tak tahu dalaman ni. Lepas saya buat x-ray ni baru anak saya bawa pergi jumpa bomoh tu semula.” katanya.
Krik krik krik.
Saya masih tak faham. Buat x-ray dan percaya pada diagnosis si doktor, tapi tidak percaya dengan rawatan doktor. Sebaliknya jumpa bomoh untuk rawatan ajaib mereka.
Menyesal Jadinya
X-ray beliau menunjukkan kedudukan tulang patah sudah semakin lari. Jari-jari pesakit sudah ada yang kebas dan lemah. Boleh jadi sudah mencederakan saraf atau pembuluh darah disampingnya semasa proses rawatan dengan mengurut pada tempoh hari dengan si bomoh itu.
Saya berdoa semoga ia dapat dipulihkan dan tidak jadi cacat.
Ads
Nak salahkan si bomoh ke kalau macam tu? Ada yang berani? Atau sekadar berdiamkan diri sahaja kemudian jumpa doktor semula untuk rawatan seterusnya.
Pesanan saya: Jika patah tangan tu, janganlah pergi mengurut atau pergi jumpa tabib/bomoh. Bahaya. Cacat kemudian hari, menyesal hingga ke mati.
Mingguan Wanita : Kadang-kadang orang keliling juga main peranan dalam mendapatkan rawatan perubatan. Sebaiknya berjumpalah dengan doktor atau dengan mereka yang lebih pakar sebelum menyesal kemudian hari.
Macam-macam hal yang berlaku segalanya demi duit. Menjadi adat di India, pihak pengantin atau keluarga perempuan perlu menyediakan duit hantaran sewaktu melangsungkan perkahwinan. Namun malang bagi wanita ini, apabila buah pinggangnya dijual tanpa disedari akibat kegagalan menyediakan duit hantaran secukupnya.
Kejadian yang dilaporkan berlaku di Kolkata baru-baru ini, seorang Polis di Bengal Barat menahan seorang lelaki kerana menipu isteri sendiri,malah menjual satu ginjalnya disebabkan gagal membayar wang hantaran berjumlah 200,000 rupee (RM12,200).
Jual Sebelah Buah Pinggang
Wanita terbabit, Rita Sarkar, 28, mendakwa suaminya Biswajit Sarkar yang dikahwini 12 tahun lalu bersama abang ipar menipunya untuk menjual sebelah ginjal dan mencuri organ berkenaan ketika dia menjalani pembedahan apendiks.
“Suami dan keluarga mentua sering menyeksa saya dan mendesak wang itu dibayar.
“Kira-kira dua tahun lalu saya mula mengalami sakit perut teruk dan apabila suami membawa saya ke hospital swasta di Kolkata, saya dimaklumkan ia akibat masalah apendiks yang perlu dibuang melalui pembedahan.
“Bagaimanapun, sakit saya semakin teruk selepas pembedahan itu dan suami mengarahkan saya tidak memaklumkan sesiapa mengenai pembedahan di Kolkata berkenaan. Saya merayu berulang kali untuk mendapat rawatan lanjut tetapi tidak diendahkan,” katanya.
Ginjal Kanan Tiada
Menurutnya, ibu bapanya akhirnya membawanya ke hospital lain kira-kira tiga bulan lalu di mana doktor mendapati ginjal kanannya tiada. Perkara itu disahkan selepas dia mendapat pandangan kedua doktor hospital berbeza.
Dia memfailkan laporan polis terhadap Sarkar dan abang iparnya Shyamal serta ibu mentua, Bularani. Inspektor Udayshankar Roy mengesahkan dua lelaki terbabit ditahan, tetapi Bularani melarikan diri.
Katanya, Shyamal dan Sarkar mengaku menjual ginjal itu kepada seorang ahli perniagaan di Chhattisgarh.
Perempuan yang bergelar isteri kerjanya tak akan pernah habis. Tak kiralah suri rumah atau yang bekerjaya, mereka tetap kuatkan semangat uruskan hal anak-anak dan kemas rumah agar teratur dan indah di mata suami.
Namun adakah para suami sudi selami dan belai kaum isteri untuk hilangkan penat lelah kaum mak-mak. Kalau ya, macam mana cara yang anda gunakan?
Haa… untuk pengetahuan bersama demi menjaga hati orang rumah, jom baca perkongsian manis daripada Ustaz Ebit Lew.
Layan Isteri Macam Ratu
Anak-anak menjerit melompat tengok ayah jadi Chef. Diaorang tak tahu yang ayah dia lagi melompat-lompat dalam hati sebab dapat bagi bidadari tercinta berehat. Paling happy layan yer wahai bidadariku sayang nak makan apa. Wahai bidadariku nak minum apa…
Berdiri di sebelah dan layan bidadari dan anak-anak. Ada masa bawa berdating berdua dan kita jadi tukang masak. Ada masa bawa ke Paramount dan saya serve bidadari tercinta sendiri.
Bahagia sangat. Senyuman bidadari yang takde masa rehat. Tak tahu masa bila berehat. Masa bila makan. Buatkan coffee paling sedap dalam dunia..kerana dari tangan orang yang kita cintai dan sayangi…senyumannya teramat penting dalam hidup saya. Wajahnya penat atau sedih buat hati saya resah. Ya Allah bahagiakanlah hatinya. Cintai dan sayangilah dirinya..
Wahai suami berilah isteri yang tercinta berehat. Rasailah tugas mereka. Ada yang puluh tahun memasak melayan keluarga kerana Allah. Kita bahagiakanlah mereka kerana Allah. Cintai dan sayangi mereka kerana Allah.
Suami, Tolonglah Isteri
Fahami isteri kita. Tolong beri mereka cuti. Beri juga mereka masa makan. Beri mereka masa tidur. Masa nak mandi. Masa nak berehat. Masa nak belajar. Masa nak solat dan mengaji. Masa nak cari ilmu. Ketua keluarga yang baik akan buat kerja paling berat. Yang senang beri ahli keluarga dulu. Yang berat kita ambil. Barulah cinta dan sayang hari demi hari semakin mekar. Setiap hari jatuh cinta kerana Allah.
Tak penting pandangan orang. Tetapi membuat hati pasangan gembira dan bahagia ialah perintah Allah. Orang gaji pun ada cuti rehat. Isteri ialah Anugerah dan Amanah dari Allah. Ingatlah seorang ketua akan dikat tangan diakhirat. Ikatan itu takkan terlepas jika kita aniaya dan zalimi isteri kita. Isteri saksi paling penting buat seorang suami ketua keluarga untuk masuk syurga.
Nabi saw ialah manusia paling mulia selamanya. Rasullullah saw paling cinta dan sayang pada isteri dan keluarganya. Beliau teramat sayang pada orang yang sayang pada keluarga. Itulah maruah seorang lelaki bimbing pasangan dan anak-anak masuk syurga.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Walaupun mak-mak bekerja, ada masanya mak pun kena tambah ilmu. Baik ilmu bisnes, masakan, jahitan mahupun mengaji. Dalam sebulan itu tentu mak-mak perlu ke kelas sekali dua.
Susahnya hati kalau terpaksa bawa anak sekali. Takut anak meragam dalam kelas. Tapi kalau dah terpaksa nak tak nak, kena bawa jugakan.
Menjadi impian ramai ibu-ibu untuk menghadiri kelas-kelas yang ditawarkan dari masa ke masa. Bukan mudah bagi ibu-ibu yang mempunyai anak kecil untuk menghadiri mana-mana kelas. Kebanyakan kelas tidak menyediakan kemudahan untuk anak-anak kecil.
Namun, masih ada kelas, kursus yang ‘baby friendly’, menyediakan kemudahan bilik untuk ibu atau memberi kelonggaran membawa anak ke dalam kelas.
1. Sedia Keperluan Anak Secukupnya
Pastikan semua keperluan anak disediakan dengan mencukupi. Pakaian, kain untuk mengelap, lampin, kain lapik sekiranya anak mahu tidur, snek kudapan untuk anak, air minuman, dan juga bahan-bahan aktiviti untuk anak, seperti buku atau mainan.
2. Susu Dan Tidurkan Anak
Anak kecil juga penat. Oleh itu, pastikan ibu mengambil kira masa untuk susukan dan tidurkan anak. Sekiranya dia letih dan tidak dilayan, anak akan merengek dan bising. Ini akan mengganggu tumpuan kita dan ibu-ibu lain.
Lampin perlu ditukar dengan kerap, sekiranya berpeluh semasa bermain dengan kawan-kawan, ia perlu ditukar, agar anak lebih selesa untuk tidur. Bonus bila anak tidur di dalam kelas, kita boleh memberikan tumpuan yang lebih.
3. Serah Pada Orang Lain Bukan Solusi
Jangan pernah tinggalkan anak kepada orang lain. Selain dari isu keselamatan anak, tabiat meninggalkan anak ini sedikit sebanyak menyusahkan orang lain. Terdapat kelas/kursus yang menyediakan bilik untuk ibu yang disediakan dengan layar putih yang menayangkan secara langsung dari dewan utama kelas.
Perlu di ingat, itu ialah bilik untuk ibu-ibu, bukan nursery untuk anda tinggal anak anda manakala anda menikmati kelas dengan selesa dalam dewan utama. Sudah lumrah kanak-kanak akan bermain dan berlari apabila bertemu rakan sebaya. Tidak terkecuali anak-anak kita.
Namun, sekiranya ada ibunya di situ, kelakuan kanak-kanak boleh dikawal sebaiknya. Ibu-ibu lain perlu membahagikan tumpuan antara kelas dan menjaga anak masing-masing, adakah perlu bagi mereka mebahagikan lagi tumpuan menjaga anak kita, supaya kita boleh bersenang-senang menuntut ilmu?
4. Buku Yang Sesuai Diamkan Anak
Bagi kanak-kanak yang agak besar, adalah bijak untuk membawa buku-buku bacaan yang sesuai ataupun buku rampaian/aktiviti untuk memenuhkan masa mereka.
5. Mak Banyakkan SABAR
Bersabar. Menghadiri kelas bersama anak-anak memang agak memenatkan jiwa raga. Oleh itu, bersabarlah dalam menuntut ilmu. Semoga dapat pembalasan Allah yang sewajarnya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!