Kalau dalam peti tak ada paste cili kering itu maknanya anda memang jenis jarang masak! Sebab masakan orang Melayu ni kebanyakannya guna cili kisar.
Tetapi sesetengah orang buat paste cili kering ni tak tahan lama, seminggu pun dah berkulat. Nah, godek rahsia maak ni.
Tambah pula tinggal beberapa hari lagi nak menyambut bulan Ramadan, jadi tak salah kalau mak-mak mula get ready dengan siapkan bahan-bahan yang mudahkan kerja di dapur untuk masak nanti.
Petua daripada Puan Al Ulfah II ni salah satu, cara buat paste cili kering yang sangat mudahkan mak-mak waktu nak masak sahur dan berbuka lebih cepat.
Bahan-bahan:
Cili kering
Bawang besar
Bawang putih
Garam
Minyak
Ads
Cara Buat Paste Cili Kering:
Potong cili buang biji.
Cuci dan rebus cili.
Sejukkan cili , blend cili dgn air n campurkan sedikit minyak nk bg hancur biji cili yg “terlepas” (ada) masa cuci.
Ads
Masa blend cili masukkan bawang besar dan putih.
Kemudian masakkan cili tanpa tumis dengan minyak (nak tumis pun boleh, ikut selera masing-masing) bagi cili agak-agak kering.
Ads
Masukkan garam. (kak guna garam kasar)
Sejukkan cili dan masukkan dalam bekas-bekas dan simpan di tempat sejuk beku. Tahan berbulan-bulan.
Nak guna keluar kan. Mudah ke payah?
Nota: Kena masukkan bawang putih dalam cili kisar ebab ini boleh bertindak sebagai anti kulat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tak baik betul penulis blog yang buat cerita palsu tentang Datuk Seri Siti Nurhaliza. Tahu tak penyanyi kesayangan Malaysia ini sedang dalam berpantang. Orang perempuan ini kalau berpantang, dia kena dalam keadaan tenang. Tak boleh stress.
Bila stress, macam-macam boleh jadi. Syukurlah Datuk Seri Siti Nurhaliza ini kuat dan tabah orangnya. Tengok sajalah masa sesi memperkenalkan nama Aafiyah hari itu pun, beliau kuat berlama-lamaan melayan para tetamunya dalam senyuman yang tak lekang di bibir.
Inikan pula berita palsu yang boleh mengelirukan para peminat beliau. Sebagai nak menjelaskan keadaan, Datuk Seri Siti tegaskan hal ini semula dalam instagram miliknya.
“Assalamualaikum semua. Ingatkan waktu berpantang, bolehlah berehat tapi tak mengapa, saya perlu jelaskan sesuatu supaya tidak ada orang yang keliru dengan berita palsu ini.”
Ini berita palsu yang Datuk Seri Siti maksudkan.
“Berita PALSU ini terdapat di dalam sebuah blog dengan tajuk lain tetapi apabila kita klik PAUTAN YANG BERKENAAN, akan keluar berita yang memaparkan wajah saya dengan ejaan nama Sita Nurhaliza.”
SAYA DENGAN INI MENAFIKAN SEKERAS-KERASNYA BERITA TERSEBUT (jika dirujuk pada saya). SAYA TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN BERITA PALSU TERSEBUT.
“Apakah tujuan yang cuba dibuat oleh pihak yang menulis berita tersebut, saya tidak pasti namun menggunakan wajah saya dan nama Nurhaliza telah MENGUNDANG KEKELIRUAN DAN MENIMBULKAN PERTANYAAN BANYAK PIHAK mengenai KESAHIHAN berita tersebut.”
Saya berharap agar pihak yang membuat berita palsu ini segera memadamkan wajah dan nama saya SEPERTIMANA YANG TERTERA DALAM PETIKAN DI BLOG TERSEBUT.
Jika perkara ini berlanjutan, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan YANG SEWAJARNYA YANG DIPERUNTUKKAN DI BAWAH undang-undang YANG BERKAITAN.
Haa.. kan Datuk Seri Siti dah bagi warning tu. Baiklah pemilik blog berkenaan padamkan segera. Mingguan Wanita berharap kelak, Datuk Seri Siti dapat jalani sesi berpantang dengan tenang disamping si comel pipi merah, Siti Aafiyah.
Cara ibu anak 7 ini menguruskan pakaian sekolah anak dan baju kerja suami isteri sememangnya cukup sistematik. Kalau mak-mak tak boleh tiru sampai seminggu, boleh cuba ikut kadar hari yang mampu. Apa yang dikongsikan oleh Puan Zuera Burn adalah cara beliau.
Nanti mak-mak boleh ambil idea dan olah ikut kesesuaian keluarga. Sebab itu mak-mak pun kena jadi kreatif juga macam Zuera ini. Sebab cara yang dipraktikkan ini memang takkan buat anak-anak susah hati apatah lagi kelam kabut bila nak ke sekolah di pagi hari.
Panduan yang dikongsikan ini sebenarnya lebih menjimatkan ruang dan menjimatkan masa mak-mak dari melipat pakaian. Konsep gantung dan buh label ikut jumlah hari dipakai lebih sistematik dan lebih mudah diurus.
Apa pun kerajinan ibu anak 7 ini sememangnya Mingguan Wanita cukup salute. Moga mak-mak lain diberi kelapangan untuk istiqamah sebegini.
Sediakan baju sepasang sehari dan cukup untuk seminggu. Kalau saya 5 pasang seorang lah dan bila 5 orang jadilah 25 pasang seminggu. Tahun depan 30 pasang untuk anak-anak. Sila jangan pengsan dulu ya.
Ok ni tips semasa menggosok. Sila buat pengkhususan setiap kali buat apa-apa tugas contohnya bila gosok kain gosok semua kain jer dan bila gosok seluar gosok seluar saja baru lebih cepat dan sistematik lah kerja buat kita.
Saya buat macam ni : baju, seluar, tie, singleo bila anak-anak dah siap mandi ambil 1 hanger. Siap ada semua kat situ kan senang.
Untuk baju suami dan saya pun siap-siap dah macam baju anak-anak juga tapi untuk diri sendiri special sikit sebab bila nak pakai tu tetiba eh eh nak pakai tudung ni lah tak nak lah yang tu (standard bagi wanita lain jugak kan) so saya dah siap sangkut dan iron semua tudung tu.
Kalau tak muat tempat sangkut guna cara ni : pembuka tin tu letak situ. Hehehe.. jimat ruang kan?
Ni kalau ada ruang anda boleh letak macam ni. Kemas, tersusun dan cantikkan?
Atau wujudkan satu bilik atau ruang persalinan macam ni pun okay kan.
Kaedah ni pun menarik tau. Tulis hari so anak-anak tak tertukar lah. Sila cuba baru tahu sesuai ke tak.
Tips untuk jimat masa. Sebab saya nak spend masa untuk suami dan anak-anak kalau hari cuti so tak nak lah nanti hari cuti tapi kita terlalu sibuk dengan nak urus rumahtangga. Jadi kena kemas time yang diorang sibuk atau tiada di rumah.
Hari terakhir kerja contohnya pantai timur cuti Jumaat jadi hari Khamis lah kan…
Balik kerja hari khamis tu ..
1. Perkara pertama adalah kutip semua baju dan basuh. Pastikan semua siap termasuk baju putih.
2. Lepas tu kemas semua bahagian utama iaitu ruang tamu, ruang rehat,l epas tu semua ruang dan bilik yang memang tak digunakan kecuali bilik tidur. Kemas, lap habuk dan sapu tak termasuk vacum dan mop.
3. Lepas tu bersiap lah untuk dinner kan? Sambung malam pula.
4. Malam boleh sidai baju. Kalau pakai dryer memang terus boleh siap lah.
5. Malam juga boleh lah kemas bilik.
7. Esok pagi bangun jer boleh terus sinsing lengan.
8. Sapu semua ruang, vacuum dan mop
9. Okay dah siap pun kemas sebab semua dah siap-siap semalam kan. Jadi bolehlah masuk dapur dengan tenang siapkan breakfast dan siapkan bahan untuk minggu depan pula.
10. Kalau anda bijak merancang masa yang diambil lebih kurang 1-2 jam jer untuk cuci, packing dan siap masak untuk tengah hari pula sambil kemas-kemas dapur dan peti sejuk.
11. Lepas tu boleh sambung lipat baju, gosok baju dan sediakan pakaian untuk minggu depan juga.
Siap untuk seminggu.
Saya pun ada anak kecik baru 10 bulan masih lagi boleh buat dengan gangguan si kecil.
Eh silap…saya anak 7 boleh buat takkan uols baru anak 2-3 takleh buat. Sentap lah sentap. Sebab bila tak amal rajin sekarang nanti malas tu sampai lah ke tua.
Ada saja anak dah 4 kemas tempat tidur pun malas.
Bertabahlah mak mak sekalian. Memang macam tu pun. Kalau suami tolong layan dan tolong kemas sekali memang bertuah lah mak-mak sekalian.
Rahsia sado Zuera ini rupanya cuma amalkan zikir waktu mengemas dan memasak. Ini katanya,
Sambil kemas-kemas Sambil masak-masak
Berzikirlah. insyaAllah.. Boleh bantu anda hilang stress.
Berita gembira buat peminat pasangan diraja ini, Kate Middleton yang merupakan isteri kepada Putera William, telah selamat melahirkan anak ketiga pasangan itu di hospital di London,semalam.Bayi lelaki pasangan ini dilahirkan pada 11.01 pagi waktu tempatan dan seberat 3.8 kilogram.
Menariknya, meskipun baru sahaja melahirkan anak, wajah Kate Middleton tampak sungguh berseri-seri, cergas dan anggun dengan memakai dress rona merah cili, malah manis mengukir senyuman serta memberikan lambaian mesra buat para peminat, rakyat dan media yang setia menunggu diperkarangan hospital.
Terdahulu, Putere William dan Kate Middleton, memilih untuk tidak mengetahui jantina bayi dengan lebih awal.Jantina bayi hanya diketahui ketika hari kelahirannya.
Kenyataan Istana Buckingham menyatakan, William berada di sisi isterinya ketika Kate melahirkan pewaris kelima takhta Britain itu di Hospital St Mary di barat London.Dua lagi anak mereka, George dan Charlotte turut dilahirkan di hospital berkenaan.
“Ratu, Duke of Edinburgh, Putera Charles, Duchess of Cornwall, Putera Harry dan anggota kedua-dua keluarga dimaklumkan dan gembira dengan berita itu.
“Kate dan anak berada dalam keadaan sihat,” menurut kenyataan istana.
Bayi lelaki yang masih belum diberi nama itu merupakan cicit keenam Ratu Elizabeth dan berada di belakang George, Charlotte, William dan datuknya, Putera Charles, sebagai pewaris takhta.
Nama bayi ini akan diumumkan dalam beberapa hari lagi. Dijangka, nama-nama seperti Arthur, Albert, Frederick, James dan Philip antara nama ramalan bayi yang bakal dipilih oleh pasangan diraja ini.
Cukup menyayat hati kemalangan tragis antara dua buah kereta yang berlaku semalam, dua maut manakala empat lagi cedera yang melibatkan Proton Saga dan Nissan Sentra.