Lumrah hidup berpasangan, pasti ada kurang dan lebihnya. Malahan sering kita merasakan pasangan kita bukan seperti yang diidamkan selama ini. Walaupun kita menganggap pasangan bukanlah yang terbaik tetapi tidak mustahil dia mampu menjadi pasangan yang sempurna jika kita cuba menerima baik dan buruknya.
Sebenarnya pasangan yang sempurna hadir bila kita yang lebih banyak memberi, bukannya ketika kita mencari. Oleh itu hargailah pasangan yang berada di sisi mak, ayah di kala susah dan senang.
Fahamkan perkongsian Firdaus Shakirin ini :
Pasangan kita itu mungkin tidak sama macam pasangan orang lain…
Tapi itu tidak bermakna dia tidak boleh menjadi yang terbaik untuk diri kita…
Tak perlu cuba membandingkan seseorang yang mencintai, menyayangi dan mengasihi diri kita dengan yang lain… Dalam hidup ini, jangan terlalu cuba sangat untuk mengejar kesempurnaan kerana kesempurnaan itu tiada pada manusia…
2 kunci dalam perhubungan kita dengan si dia:
1. Cari persamaan
2. Raikan dan hormatilah perbezaan
Mungkin ada yang kata, pasangan kita ini cerminan kepada diri kita… Jika benar seperti yang dikata, maka jika pasangan tidak solat, maka anda pun tidak solat… Jika pasangannya panas baran, maka anda pun panas baran…
Cermin sifatnya memantul…
Apa yang ada pada diri kita, ianya tetap sama di dalam cermin yang kita lihat… Namun realitinya berbeza…
Ada yang memiliki pasangan tidak solat, tapi dia solat… Dia sentiasa menegur pasangannya untuk solat… Ada yang memiliki pasangan panas-baran, tapi dia jenis bersabar… Dia sentiasa cuba bersabar bila pasangannya hilang kawalan…
Artikel Berkaitan:
Jangan Salahkan PASANGAN Kalau Rumahtangga TAK Bahagia Sebab Jodoh Dari Allah
Tanggungjawab Kepada Keluarga, Terlalu Memilih, Lambat Jodoh Bukan Kehendak Kita
Jodoh itu sebenarnya bersifat melengkapi…
Kekurangan pasangan dilengkapi dan diisi dengan kelebihan yang ada pada diri kita sendiri… Justeru itu, lengkapilah sesiapa pun yang jadi pasangan kita pada hari ini dengan sifat-sifat serta sikap-sikap yang kita miliki pada diri kita sendiri supaya perhubungan itu mampu diteruskan dan dikekalkan hingga ke syurga Allah SWT.
Pasangan yang sempurna hadir apabila kita memberi, bukan mencari…
Sumber: Firdaus Shakirin
MW: Sebaiknya hargailah pasangan anda dan terimalah segala kekurangannya. Lengkapilah antara satu sama lain, barulah rumahtangga kekal bahagia.