Pasangan Suami Isteri Viral Buat ‘Eksperimen Sosial’ Ditahan Polis!

Share

Di kala negara sedang bergelut menangani penularan covid-19 serta berusaha mematuhi SOP yang ditetapkan demi kebaikan bersama mengekang virus ini, namun terdapat segelintir di antara kita yang mementingkan diri sendiri malah berbangga melanggar SOP.

Dalam setiap perbuatan kita, fikirkan lah kesannya pada masa akan datang.Tindakan pasangan suami isteri melakukan ‘eksperimen sosial’ masuk ke beberapa kedai dan makan di kedai tanpa melengkapkan dua dos vaksin membawa padah apabila mereka ditahan polis semalam.

Ditahan Di Rumah

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, penahanan pasangan suami isteri berusia 35 dan 36 tahun itu dilakukan pukul 5 petang semalam di rumah mereka di Bandar Putera 2, dekat sini.

Katanya, penahanan dibuat susulah pihaknya menerima aduan berhubung penularan medium media sosial pemilik akaun bernama Mujaheeda Soleha yang memuat naik kenyataan berkisarkan tentang ekperimen sosial mereka.

“Pemilik akaun juga turut memuat naik kenyataan yang telah mendatangkan ketakutan dan kegentaran kepada orang awam.

“Kedua-dua mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil polis,” katanya.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 269 dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan selain Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia.

Patuhi SOP

Sehubungan itu, Shamsul Amar menegaskan orang ramai diminta agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menjalani kehidupan harian, sebagai usaha bersama untuk membendung penularan wabak Covid-19.

Semalam perkongsian seorang wanita di laman sosial Facebook tentang ‘eksperimen sosial’ yang dilakukan bersama suaminya untuk melihat sama ada boleh makan di kedai tanpa melengkapkan dua dos vaksin, dikecam orang ramai.

Menerusi satu tangkap layar perkongsian tersebut yang tular di laman sosial sejak semalam, wanita berkenaan dilihat dengan bangga menceritakan kejayaannya dan suami pergi ke beberapa premis termasuk kedai makan tanpa sebarang masalah.

Baca Lagi Di sini :

Dr Izzar Nasihat Ambillah Vaksin “Kita Melindungi Orang Lain Yang Tak Boleh Divaksin”

‘Kalau Penyuntik Ikut SOP, Mustahil Terlupa Tekan’ Dr Say Shazril Persoal ‘Vaksin Angin’

Aktiviti Ziarah Raya Langgar SOP, Norman Hakim, Abby Abadi DiKompaun RM 2000

Vaksin Covid-19 Sebabkan Hasil PCR Jadi Positif, Sebenarnya Ini Puncanya

Mingguan Wanita : Dalam setiap perbuatan kita, fikirkan lah kesannya pada masa akan datang.

Sumber : Kosmo

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT WANITA : https://t.me/bangkitwanitaMW

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab