Pasangan Suami Isteri TERTUA Di Dunia, Usia Perkahwinan Cecah 79 Tahun!

Share

Bukan mudah mengekalkan jodoh yang panjang pada masa yang sama suami isteri diberikan kesihatan yang baik.

Jika di Malaysia, kita ada pasangan suami isteri tertua dan memiliki jodoh panjang iaitu Tun Dr Mahathir dan Tun Siti Hasmah yang mencecah 64 tahun usia perkahwinan mereka. Manakala di luar negara sepasang suami isteri di Ecuador menjadi pasangan yang paling lama berkahwin apabila usia perkahwinan mereka sudah mencecah 79 tahun.

Pasangan Suami Isteri Tertua Dunia

Julio Ceasar Mora, 110, dan isterinya, Waldramina Maclovia Quinteros, 105, turut diiktiraf sebagai Guinness World Records sebagai pasangan suami isteri tertua hidup di dunia.Mora dilahirkan pada 10 Mac 1910, manakala Quinteros dilahirkan pada 16 Oktober 1915.

Mereka bertemu ketika cuti persekolahan di majlis perkahwinan kakak dengan sepupu mereka, menurut kenyataan Guinness World Records. Selepas tujuh tahun berkawan akhirnya mereka berkahwin pada 7 Februari 1941.

Bagaimanapun, perkahwinan itu hanya dihadiri rakan rapat sahaja kerana keluarga mereka menentang perkahwinan itu.

“Penyatuan keluarga dengan kasih sayang, saling menghormati, jujur dan pendidikan yang tepat berdasarkan nilai keluarga adalah kunci untuk hidup sihat,” kata pasangan itu dalam kenyataan mereka.

Pesara Guru

Kedua-duanya adalah adalah pesara guru dan mempunyai lima anak, yang semuanya berkelulusan kolej dengan 11 cucu, 21 cicit dan sembilan cuit. Bagaimanapun, anak sulung mereka meninggal ketika berusia 58 tahun.

Salah seorang anak perempuan mereka, Aura Cecilia mengatakan ibu bapanya selalu menonton filem dan teater bersama-sama, berkebun dan makan malam bersama keluarga dan rakan-rakan.

Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini mereka tidak dapat berkumpul kerana pandemik Covid-19.

Baca Lagi Di Sini:

68 Tahun Kahwin, Pakai Baju Sedondon Tips Suami Isteri Kekal Bahagia

MW:Tahniah buat pasangan suami isteri ini. Hampir 80 tahun hidup bersama menempuhi ‘asam garam’ dalam perkahwinan, ia bukan satu perkara yang mudah. Semoga diberikan kesihatan yang baik buat keduanya.

Sumber: Hmetro

Published by
Suhaidah Abd Wahab