Bukan mudah mengekalkan jodoh yang panjang pada masa yang sama suami isteri diberikan kesihatan yang baik.
Jika di Malaysia, kita ada pasangan suami isteri tertua dan memiliki jodoh panjang iaitu Tun Dr Mahathir dan Tun Siti Hasmah yang mencecah 64 tahun usia perkahwinan mereka. Manakala di luar negara sepasang suami isteri di Ecuador menjadi pasangan yang paling lama berkahwin apabila usia perkahwinan mereka sudah mencecah 79 tahun.
Pasangan Suami Isteri Tertua Dunia
Julio Ceasar Mora, 110, dan isterinya, Waldramina Maclovia Quinteros, 105, turut diiktiraf sebagai Guinness World Records sebagai pasangan suami isteri tertua hidup di dunia.Mora dilahirkan pada 10 Mac 1910, manakala Quinteros dilahirkan pada 16 Oktober 1915.
Mereka bertemu ketika cuti persekolahan di majlis perkahwinan kakak dengan sepupu mereka, menurut kenyataan Guinness World Records. Selepas tujuh tahun berkawan akhirnya mereka berkahwin pada 7 Februari 1941.
Bagaimanapun, perkahwinan itu hanya dihadiri rakan rapat sahaja kerana keluarga mereka menentang perkahwinan itu.
Ads
“Penyatuan keluarga dengan kasih sayang, saling menghormati, jujur dan pendidikan yang tepat berdasarkan nilai keluarga adalah kunci untuk hidup sihat,” kata pasangan itu dalam kenyataan mereka.
Pesara Guru
Kedua-duanya adalah adalah pesara guru dan mempunyai lima anak, yang semuanya berkelulusan kolej dengan 11 cucu, 21 cicit dan sembilan cuit. Bagaimanapun, anak sulung mereka meninggal ketika berusia 58 tahun.
Ads
Salah seorang anak perempuan mereka, Aura Cecilia mengatakan ibu bapanya selalu menonton filem dan teater bersama-sama, berkebun dan makan malam bersama keluarga dan rakan-rakan.
Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini mereka tidak dapat berkumpul kerana pandemik Covid-19.
MW:Tahniah buat pasangan suami isteri ini. Hampir 80 tahun hidup bersama menempuhi ‘asam garam’ dalam perkahwinan, ia bukan satu perkara yang mudah. Semoga diberikan kesihatan yang baik buat keduanya.
Terujanya bila lalu di kawasan rumah orang kaya. Rumah besar, kereta tersusun dan siap ada kolam renang lagi. Terus berangan kalaulah dapat rumah seperti itu.
Tapi, tak semua inginkan rumah macam orang kaya. Ada yang hanya nak rumah biasa-biasa saja, asalkan ada tempat berlindung. Mungkin terfikir bila dah tua nanti, yang tinggal rumah besar hanya suami isteri saja.
Masing-masing ada pandangan sendiri. Dapat rumah kecil syukur, diberi rumah yang besar pun atas rezekinya. Perkongsian daripada Anne Soon ini ada benarnya.
Masa anak kecil seronoklah rumah besar tapi bila anak dah besar, ada kehidupan sendiri, dah tentu orang kaya yang ada rumah mewah pun nak jual rumah, kalau boleh dapat rumah kecil dan hidup senang-tenang saja.
Terfikir juga dulu, mungkin orang kaya nak jual rumah sebab masalah kewangan. Tapi sebenarnya tak semua nak jual rumah sebab ada masalah kewangan. Ada banyak je faktor lain
Salah satunya sebab SUNYI. Ye sunyi..
Dulu, tiap kali berkunjung kat rumah orang kaya kaya yang nak jual rumah, dalam hati berkata kata, apa lagi orang ni nak, rumah dah sebesar alam, ruang tamu je dah sebesar padang bola, puas la kalau anak anak berguling guling
Selesa sungguh!
.
Lagi pula siap kolam renang jacuzzi bagai, tak perlu pergi bercuti, kat rumah dah ada semua. Kalau kata birthday anak atau ada majlis, boleh jemput jiran setaman la orang kata punya la luas rumah nya. Bertingkat tingkat.
Laman belakang rumah atau depan rumah, kalau kata malam malam bosan, nak barbeque, nak panggil kawan bermain muzik. Semua lengkap.
.
Bab dapur tak payah cerita la, dapur basah dapur kering, wajib ada. Keluasan? Gambarannya kalah tempat masak chef.
.
Bilik tidur, bilik air, berbilik bilik. Tak berebut bilik air la orang kata kalau nak tercirit ke apa. .
.
Seronok kan?
Bila Tua Bukan Jadi Keutamaan
Tapi, itu kata kita yang belum “duduk” di tempat mereka.
Rupa rupa nya , bila dah meniti usia tua,
.
“Kemasyuran, kekayaan” semua nya bukan jadi keutamaan lagi dah…
Keluhan mereka biasanya mesti macam ni: Kalau la masa boleh diputar kembali, tak nak la kami rumah besar besar ni Anne, penat!
Aku yang dengar ni, aik! Kenapa pulak. Tak bersyukur ke?
Sebenarnya, masa muda, kami dulu buat “silap”, punya la nak bagi anak-anak selesa, beli rumah besar besar. Bilik kalau boleh satu anak satu bilik.
Usia muda kami tak enjoy sangat, kami bekerja keras untuk kumpul kekayaan.
.
Sampai beli rumah besar, semua untuk anak anak sekali. Tapi kami lupa, bila dah besar, anak anak dah ada kehidupan masing masing
Tak mahunya lagi mereka nak hidup dengan ibu ayah. Rumah yang dibeli kebanyakan tiada penghuni
Rumah bertingkat tingkat, satu bilik je yang kami guna. Dah tua tua, penat nak turun naik tangga. Sudah nya bilik bibik jer la yang paling selesa.
Dekat dengan dapur, nak makan minum pon senang. Kereta pon kami dah banyak jual. Tinggal yang asas je untuk keperluan harian.
Bersusun susun kereta siapa lagi nak drive? Nak ke mana sangat di usia tua? Tak larat dah nak memandu sendiri. Jadi bertambah “lapang” la depan rumah.
Sekarang kami nak simple simple je hidup, sederhana. Ada masa boleh jalan, boleh menikmati hidup seadanya tanpa perlu memikirkan banyak perkara. Nak balik tinggal di rumah kami yang lagi “kecil”. Yang sesuai dengan kehidupan berdua.
Lama dah rumah tu “kosong”. Nak menikmati hidup di kampung pula.
Ish! Panjangkan keluhan mereka?
Sentiasalah Bersederhana
Aku yang tadi elok-elok nak jadi sekaya kaya nya dah berubah fikiran. Patut la orang selalu pesan kita kena bersederhana dalam setiap perkara kan?
Tak dengar kata sangat kenapa Anne oi? Nak nyesal di masa tua? Patutla sis nak rumah corner lot nak ada kolam renang suamiku bantah. Disuruhnya booking hotel ada kolam.
Nak beli kereta baru pun suami bantah. Guna apa yang ada. Cukup yang boleh ke sana sini saja.
Oh, rupanya dia dah “tua” dulu. Baru aku faham. Selama nya ni aku cakap dia kedekut saja. Adehh! Ampunn suamiku!
Nah kalau korang nak “merasa” berada di tempat mereka, korang boleh la beli rumah ini. Ada 11 bilik semua nya. Nak parking 10 kereta depan rumah pon boleh.
Founder & jutawan bolehla beli. Semoga kita sentiasa bersederhana dalam setiap perkara.
Ni bukan kata beli rumah besar salah okey. Terpulang pada diri. Mampu apa salah nya.
Mingguan Wanita : Masing-masing ada pandangan tersendiri. Tapi, kita sebagai hambanya, bersyukur dan bersederhana dengan apa yang ada.
Peritnya bila dalam sebuah perkahwinan itu cuma suami saja yang boleh bersuara. Bila isteri minta haknya, suami kata ‘Saya kan suami..’ ‘Awak tu isteri, dengarlah cakap suami.” Pedihnya makan hati hidup dengan suami semacam ini. Lebih parah, suami nampak macam acuh tak acuh, tapi ke mana pun isteri pergi dia mahu ambil tahu sampai jejak lokasi isteri dari telefon bimbitnya.
Ini bukan kisah yang direka, inilah adalah kiriman cerita dari seorang isteri bernama Eja yang tak tahan hidup bersama suami yang terlalu Ego. Kisah Eja ini dikongsikan oleh Puan Diyana Tahir, pengasas Ehati.
Kata Puan Diyana, “Setiap lelaki pasti mempunyai ego masing-masing tetapi apa yang membezakannya adalah tahap keegoan mereka. Harini saya nak kongsikan kisah tentang seorang isteri yang menderita disebabkan ego suaminya.
“Anda juga mempunyai suami yang ego? Jom kita ikuti kisah puan ini. Semoga ia menjadi iktibar kepada semua.”
Suamiku Alim, Tapi Egonya Pada Isteri Tinggi Melangit
“Nama saya Eja. Saya sudah berkahwin selama 5 tahun dengan pilihan keluarga saya. Suami memang seorang yang baik dan alim. Selalu pergi masjid, sedekah dan ambil berat terhadap orang susah lebih-lebih lagi anak-anak yatim.
Tapi satu je kekurangan dia yang menyebabkan saya menderita selama saya menjadi isteri dia. Suami seorang yang sangat EGO. Saya faham memang setiap pasangan ada kekurangan masing-masing tapi sikap egonya yang terlampau tinggi menyebabkan kami selalu bergaduh.
Suami memang jenis susah nak cakap ‘I love you’ sebab katanya kasih sayang tu tak boleh ditunjukkan hanya dengan kata-kata. Yang penting perbuatan tu.. Saya tak setuju dengan pendapat dia sebab saya dah terbiasa dibesarkan dengan perkataan ‘I love you’ dengan keluarga saya. Suami selalu rasa geli dan meluat bila saya cakap ayat tu.
Isteri Rimas.. Suami Jejak Lokasi Di Handphone & Pantau Mesej
Saya selalu rasa suami tak sayang saya bila dia ego nak cakap perkataan tu.. tapi yang peliknya, suami sangat mengongkong saya sehingga location saya pun dia selalu track dengan handphone dia.. whatsapp saya pun dia nak pantau. Dia scan barcode whatsapp dan pantau segala mesej saya dari jauh, memang dah takde privacy langsung dengan dia.
Apa yang membuatkan saya lebih terkilan bila saya hilang semua kawan-kawan saya. Dia paksa saya tinggalkan kawan-kawan yang sentiasa ada susah dan senang dengan saya. Memang rasa takde ‘life’ langsung puan.. Hidup saya dengan anak-anak dan dia sahaja.
Lebih teruk lagi bila saya kena update apa yang saya buat di pejabat kepada dia. Nak masuk toilet pun kena inform dia.. Cara pemakaian saya dan pergaulan saya semua kena ikut dia. Selalu sangat saya dan dia bergaduh disebabkan perangai dia ni tapi macam biasa mesti kena dengar cakap dia, asyik dia je yang menang!
Saya tak diberikan peluang untuk beri pandangan atau mempertahankan diri saya. Ayat yang dia selalu guna “Awak kan isteri saya kena la dengar cakap saya!”. Meluat betul saya dengar kata-kata tu puan..
Saya Ini Patung Ke?
Bila saya suruh dia buat tanggungjawab dia mesti dia balas “Isteri kena dengar cakap suami, taat suami”. Sakit betul hati saya bila dia cakap macam tu. Habis tu saya takde hak bersuara? Saya ni patung ke takde perasaan dan takde pendapat sendiri..
Lama kelamaan saya pilih untuk mendiamkan diri dan memendam rasa. Saya dah takde sesiapa untuk bercerita. Keluarga pun jauh di utara, kawan-kawan semua saya dah putuskan hubungan.
Saya yang selalu beralah bila berlaku perselisihan faham. Saya juga yang kena minta maaf pada suami kalau saya mengguriskan hati dia tapi bila dia buat salah dengan saya, memang saya merajuk ke buat muncung sedepa ke, dia buat tak tahu tahu je sampai saya beralah dan pujuk hati sendiri. Saya selalu berdoa supaya dia akan berubah.
Puan, apa lagi saya nak buat dengan rumahtangga saya? Saya cuba menerima keegoan suami dan mencintai dia tapi semakin lama rasa sakit yang saya dapat. Bagaimana nak berdamai keegoan suami saya? Kalau tahu keadaan akan jadi macam ni, saya tak terima dia dulu”. – Luah Puan Eja kepada saya.
Terlalu ramai wanita yang bergelumang dengan masalah SUAMI EGO ini tetapi tidak tahu nak buat apa. Ada yang berhadapan dengan masalah ini sehingga akhir hayatnya. Apa pandangan anda tentang isu keegoan ini? Adakah anda juga mangsa keegoan suami seperti Puan Eja?
Pernikahan adalah komitmen seumur hidup, oleh itu berhati-hatilah dalam memilih pasangan hidup. Jika dikurniakan pasangan yang baik, bahagialah kehidupan rumahtangga seperti berada di syurga. Begitulah sebaliknya.
Bukan mudah memilih pasangan sebenarnya kerana kadang kala hubungan cinta yang terjalin bertahun lamanya sekali pun tidak mampu menjamin rumahtangga bahagia selamanya. Berserahlah pada Allah adalah sebaik-baiknya.
Assalamualaikum sahabat followers yang bonda sayangi..semoga hari ini membawa kegembiraan yang berpanjangan..
.
Poster bonda pada pagi ini..
Pernikahan itu merupakan komitmen seumur hidup..!
Dan percayalah bahawa sebuah pernikahan itu sebenarnya tidak seindah video dan gambar-gambar yang kita lihat… Pasti ada turun, naiknya..
.
Kita tidak tahu sebenarnya sudah berapa banyak bahagian videonya yang telah diedit dan kita juga tidak tahu berapa kali bahagian yang dibuang dan akhirnya dipotong. Tahu-tahu video dan gambarnya gah dan cantik dijadikan sebagai moment indah..
.
Kita tidak tahu proses jatuh bangun dan kemelut di sebaliknya..
.
Dan akhirnya… Bila gambar dan video siap diedit yang kita lihat cantik dan mewah itu adalah satu penipuan di sebalik ingin menutup celanya. Dan itulah yang membuatkn ada perasaan pada sesetengah orang yang hendak cepat-cepat bernikah.
Pernikahan Bukan Sekadar Majlis Gilang Gemilang
Ingat ya! Pernikahan bukan hanya dengan sebuah majlis yang meriah… Selepas daripada itulah bermulanya sebuah kehidupan yang sebenar…
.
Jangan hanya melihat pada majlis itu cantik, lancar, bajunya cantik, gambar dan videonya romantik tidak ada kemelutnya..
.
Pastikan kita kenal betul-betul siapa manusia yang akan teman kita sepanjang hayat… Carilah yang betul-betul… Sebab pasangan kitalah yang akan tahu baik, buruk kelakuan kita..
Dapat pasangan hidup yang baik… buat dunia kita seperti di syurga… Tetapi bila sudah tersalah memilih pasangan membuatkan kita seperti di neraka dunia..!
MW: Kebahagiaan rumahtangga bukan hanya diukur kepada betapa gahnya majlis, betapa besarnya rumah atau berapa banyak hartanya. Sebaliknya rumahtangga yang bahagia adalah pasangan yang saling melengkapi antara satu sama lain.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...