Tak sangka masih wujud manusia kanibal di dunia ini, yang ‘berselera’ makan daging manusia malah melibatkan pasangan suami isteri!
Sukar untuk dipercayai, begitulah ungkapan yang sesuai mengenai pasangan suami isteri kanibal yang didakwa membunuh 20 wanita untuk dijadikan sebagai santapan mereka.
Juan Carlos dan isterinya, Patricia masing-masing mengaku terhadap pertuduhan mengamalkan kanibalisme di Mexico.
Lelaki itu dikatakan mempunyai perasaan benci yang melampau terhadap kaum wanita dan gemar menyeksa mereka secara seksual sehingga mati.Lebih teruk, mangsa yang dibunuh dengan tergamaknya mereka akan jadikan sebagai makanan anjing peliharaannya.
“Saya lebih suka anjing saya makan daging wanita-wanita itu daripada biarkan mereka hidup dan bernafas dalam oksigen yang sama dengan saya,” ujar Juan sewaktu disoal siasat oleh pihak berkuasa.
Juan turut mendedahkan dia dipaksa menonton aksi seks ibunya bersama beberapa lelaki dan diarahkan memakai pakaian wanita, suatu ketika dahulu.Penyiksaan itu dikatakan menjadi antara penyebab kenapa dia begitu membenci wanita sehingga sanggup membunuh mereka.
Selain Juan, isterinya, Patricia turut disahkan menghidap masalah mental sejak kecil.Namun, pakar psikiatri mendakwa, pasangan itu masih lagi boleh membezakan perkara yang betul atau salah, sekali gus menolak pengecualian hukuman atas sebab kesihatan mental.
Menurut pegawai psikiatri, Juan turut mendedahkan yang dia akan berterusan membunuh wanita jika dia dibebaskan dari penjara.
Sementara ittu, Ketua Polis Mexico, Alejandro Gomez menyifatkan pembunuhan bersiri yang dilakukan pasangan itu sebagai sesuatu yang menakutkan. Dalam satu pendedahan berlainan, Patricia juga dikatakan pernah memberi arahan supaya Juan memotong kaki mangsa wanita untuk dijadikan sebagai hidangan stik yang dimakan oleh mereka berdua.
Macam-macam hal dan masalah ada di dunia ini. Cukup menakutkan. Semoga kita terhindar daripada segala musibah dan ancaman sebegini.
Sumber: Mstar & Daily Star