Zaman sekarang, semuanya berada di hujung jari. Pergilah mana-mana mesti kita akan nampak orang pegang handphone. Memang tak pernah lekang dan rasa ‘lain macam’ kalau hidup tanpa telefon.
Bukan setakat di tempat awam dengan orang ramai pegang handphone setiap masa, tapi di rumah pun sama, baik suami isteri, adik beradik atau ahli keluarga lain.
Hidup dengan hanya pegang handphone. Buka mata waktu pagi, mesti akan tercari-cari telefon dahulu. Nak tahu berita terkini, kononnya.
Ini belum lagi anak yang pegang handphone, penuh sepanjang hari bermain games online, mak pula sibuk dengan facebook dan suami dengan watsap. Masing-masing mulalah buat hal sendiri.
Keadaan inilah yang boleh membuatkan rumahtangga mula tawar dan semakin menjauh, gara-gara telefon yang menjadi ‘kawan baik’. Kalau dahulu, pasangan boleh bergurau senda, menonton televisyen bersama. Kini, mampu duduk bersama tapi senyap seribu bahasa kerana masing-masing pegang handphone. Sedihnya.
Moga perkongsian daripada Sariah Suhailah ini dapat membuka mata buat pasangan di luar sana agar jangan terlalu ‘taksub’ dengan handphone sampai hubungan suami isteri makin renggang. Ketepikan seketika dan berilah perhatian pada pasangan.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Salah Satu Suami Isteri Bahagia, Kekal Lama Bila Dapat ‘Masuk’ Dengan Keluarga Mentua
Kuatnya Ikatan Perkahwinan Bila Suami Isteri Mampu Harungi 5 FASA UTAMA Dalam Rumahtangga
Info Lebih Menarik Lagi DI SINI
Tadi ada sahabat kongsikan satu gambar. Direnung gambar pasangan suami isteri tapi mata ‘terlekat pada telefon masing-masing.
Lama saya renung, mencari makna yang pastinya menyakitkan kita semua. Dan mencari diri, adakah aku juga seperti ini.
Suka atau tidak, kita perlu akui beginilah rentak rumahtangga pada zaman kini. Keasyikan kita pada kemudahan yang diberikan menjadikan kita seolah-olah tak boleh berpisah dengan telefon.
Nak ke mana-mana wajib ada telefon.
Bila ada senggang waktu, pasti kita nak buka telefon, paling tidak kononnya bolehlah skrol Fb sambil melihat berita yang lalu lalang di sana.
Lebih lagi jika kita bekerja dengan telefon, bisnes online, coaching online dan sebagainya.
Inilah cabaran kita sebagai isteri mahupun suami. Bila telefon di tangan, kita adakala terleka bahawa adanya pasangan kita yang perlukan perhatian dari kita.
Bila dah suami ralit pegang telefon, isteri pun akan senang untuk buat perkara yang sama.
Sudahnya, suasana yang patutnya diindahkan dengan gurau senda menjadi sendu bernokhtah sepi.
Kalau dulu, ibu ayah kita sangat mesra. Mereka banyak masa berbual, berbincang, bercerita. Namun sayang, kita tak warisi.
Bila kita terlalu asyik dengan dunia maya, hidup kita mula tak seimbang. Badan kita mudah rasa lesu, sendi-sendi mula rasa lemah, otot-otot rasa tak bermaya.
Kemudian, ia berjangkit kepada emosi kita. Kita mula rasa serabut, rasa tak lepas, dan kemudian mula tak boleh nak kawal emosi.
Bila emosi mula terganggu, apa yang kita lahirkan melalui kata-kata juga berbeza. Kita akan cepat marah dan mudah nak berkata sinis. Malah, kita juga boleh jadi malas nak bercakap.
Jika dibiarkan, makin hari kita dan pasangan hidup seperti orang asing. Masing-masing buat
hal sendiri, bercakap hanya bila perlu.
Maka, kita perlu buat sesuatu. Belajar memanfaatkan peluang yang ada, belajar menghargai pasangan bukan hanya di hari lahir dan anniversary, belajar mengenalpasti kehendak dan keperluan dan belajar menjadi seimbang.
Zahirnya kita bersama, tapi hati entah ke mana.
Pada zahirnya kita tersenyum, tapi gembiranya tidak dikongsi bersama.
Zahirnya kita ada, tapi seperti tiada.
Moga Allah kuatkan hati kita, bukan untuk menolak kemudahan yang ada, tapi kuat untuk menjadi bijak menggunakannya.
Mingguan Wanita : jangan dibiarkan berterusan seperti ini. Ketepikan dan ambillah masa untuk bersama pasangan. Apa yang ada dalam telefon itu tak akan habis….tapi kita akan rugi bila pasangan tiada lagi di sebelah kita. Hargailah seblum terlambat.
Sumber: Sariah Suhailah
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita