Zaman sekarang, semuanya berada di hujung jari. Pergilah mana-mana mesti kita akan nampak orang pegang handphone. Memang tak pernah lekang dan rasa ‘lain macam’ kalau hidup tanpa telefon.
Bukan setakat di tempat awam dengan orang ramai pegang handphone setiap masa, tapi di rumah pun sama, baik suami isteri, adik beradik atau ahli keluarga lain.
Hidup dengan hanya pegang handphone. Buka mata waktu pagi, mesti akan tercari-cari telefon dahulu. Nak tahu berita terkini, kononnya.
Ini belum lagi anak yang pegang handphone, penuh sepanjang hari bermain games online, mak pula sibuk dengan facebook dan suami dengan watsap. Masing-masing mulalah buat hal sendiri.
Keadaan inilah yang boleh membuatkan rumahtangga mula tawar dan semakin menjauh, gara-gara telefon yang menjadi ‘kawan baik’. Kalau dahulu, pasangan boleh bergurau senda, menonton televisyen bersama. Kini, mampu duduk bersama tapi senyap seribu bahasa kerana masing-masing pegang handphone. Sedihnya.
Moga perkongsian daripada Sariah Suhailah ini dapat membuka mata buat pasangan di luar sana agar jangan terlalu ‘taksub’ dengan handphone sampai hubungan suami isteri makin renggang. Ketepikan seketika dan berilah perhatian pada pasangan.
Tadi ada sahabat kongsikan satu gambar. Direnung gambar pasangan suami isteri tapi mata ‘terlekat pada telefon masing-masing.
Ads
Lama saya renung, mencari makna yang pastinya menyakitkan kita semua. Dan mencari diri, adakah aku juga seperti ini.
Suka atau tidak, kita perlu akui beginilah rentak rumahtangga pada zaman kini. Keasyikan kita pada kemudahan yang diberikan menjadikan kita seolah-olah tak boleh berpisah dengan telefon.
Nak ke mana-mana wajib ada telefon.
Bila ada senggang waktu, pasti kita nak buka telefon, paling tidak kononnya bolehlah skrol Fb sambil melihat berita yang lalu lalang di sana.
Lebih lagi jika kita bekerja dengan telefon, bisnes online, coaching online dan sebagainya.
Inilah cabaran kita sebagai isteri mahupun suami. Bila telefon di tangan, kita adakala terleka bahawa adanya pasangan kita yang perlukan perhatian dari kita.
Bila dah suami ralit pegang telefon, isteri pun akan senang untuk buat perkara yang sama.
Sudahnya, suasana yang patutnya diindahkan dengan gurau senda menjadi sendu bernokhtah sepi.
Ads
Asyik Dengan Dunia Maya
Kalau dulu, ibu ayah kita sangat mesra. Mereka banyak masa berbual, berbincang, bercerita. Namun sayang, kita tak warisi.
Bila kita terlalu asyik dengan dunia maya, hidup kita mula tak seimbang. Badan kita mudah rasa lesu, sendi-sendi mula rasa lemah, otot-otot rasa tak bermaya.
Kemudian, ia berjangkit kepada emosi kita. Kita mula rasa serabut, rasa tak lepas, dan kemudian mula tak boleh nak kawal emosi.
Bila emosi mula terganggu, apa yang kita lahirkan melalui kata-kata juga berbeza. Kita akan cepat marah dan mudah nak berkata sinis. Malah, kita juga boleh jadi malas nak bercakap.
Jika dibiarkan, makin hari kita dan pasangan hidup seperti orang asing. Masing-masing buat
hal sendiri, bercakap hanya bila perlu.
Maka, kita perlu buat sesuatu. Belajar memanfaatkan peluang yang ada, belajar menghargai pasangan bukan hanya di hari lahir dan anniversary, belajar mengenalpasti kehendak dan keperluan dan belajar menjadi seimbang.
Ads
Zahirnya kita bersama, tapi hati entah ke mana.
Pada zahirnya kita tersenyum, tapi gembiranya tidak dikongsi bersama.
Zahirnya kita ada, tapi seperti tiada.
Moga Allah kuatkan hati kita, bukan untuk menolak kemudahan yang ada, tapi kuat untuk menjadi bijak menggunakannya.
Mingguan Wanita : jangan dibiarkan berterusan seperti ini. Ketepikan dan ambillah masa untuk bersama pasangan. Apa yang ada dalam telefon itu tak akan habis….tapi kita akan rugi bila pasangan tiada lagi di sebelah kita. Hargailah seblum terlambat.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Memang ada benarnya untuk melalui kehidupan seharian seorang isteri itu tak mudah. Ada hari-hari yang dilalui dengan penuh penuh ceria dan bersemangat, namun ada juga hari yang dilalui sebaliknya. Penting bagi suami supaya ambil tahu dan peduli sebarang perubahan dengan keadaan isteri, agar rumahtangga lebih harmoni.
Kita tak boleh expect isteri kita hari-hari senyum, hari-hari ketawa, hari-hari ceria, hari-hari gembira.Ada hari dia down juga, ada hari dia moody jugak, ada hari dia emo jugak.
Kita balik keje pun, bukannya hari-hari kita senyum, ada je hari yang kita balik masam muka. Ada je hari yang kita balik, isteri tanya kenapa, kita terus marah dia. Ada je hari yang kita suruh dia diam, jangan bising. Ada je hari yang kita keluar dari rumah tanpa bagitau apa-apa pada isteri.
Ada Perasaan
Kita ada perasaan, isteri pun ada perasaan. Kita ada hari serabut kita, isteri juga ada hari serabut dia. Kita ada hari tension kita, isteri juga ada hari tension dia.
Ada hari dia nak sendiri, ada hari dia nak menyepi, ada hari dia tak nak cakap apa-apa, ada hari dia buat muka.
Ada sesuatu dalam fikirannya, ada sesuatu dalam sanubarinya.
Jangan salahkan dia dan jangan abaikan dia andai dia tak senyum, tak ketawa, nampak tak gembira. Jangan buat-buat pejam mata, tak tanya dan biarkan dia macam tu saja.
Satu pertanyaan dari suaminya mampu mengalirkan airmatanya. Satu ayat dari suaminya mampu menenangkan jiwanya. Satu pujukan dari suaminya mampu memulihkannya.
Ambil tahu, ambil peduli. Isteri takkan selamanya mampu menyembunyikan apa yang dia rasa dan alami, isteri takkan selamanya mampu menipu kita tentang hati dan dirinya. Kehidupan seharian seorang isteri tak mudah.
Mingguan Wanita:Ada benarnya, setuju sangat kehidupan seharian seorang isteri bukannya mudah. Bukannya hari-hari ceria dan positif, ada ketika emosi terganggu menjeruk rasa. Suami memainkan peranan penting dalam ambil peduli pada setiap perubahan tingkah laku isteri ini.
Sebelum ini ramai yang gembira apabila kerajaan mengumumkan terdapat kelonggaran bagi pasangan yang tinggal berjauhan atas faktor kerja untuk merentas negeri.
Namun atas sebab tertentu, kelonggaran ini ditarik balik dan perkara ini pasti mengecewakan pasangan yang berjauhan sejak PKP dilaksanakan. Jadi khas buat pasangan yang berjauhan, bersabarlah mungkin ada hikmah tertentu di sebalik pelaksanaan langkah ini.
Kelonggaran Merentas Negeri Ditarik Balik
Kelonggaran merentas negeri bagi suami atau isteri berjauhan atas faktor bekerja yang diberikan sebelum ini turut ditarik balik oleh kerajaan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia selaras dengan larangan rentas negeri yang dibuat olehnya semalam.
“Tidak kira suami atau isteri (yang berjauhan atas faktor kerja), tiada lagi pergerakan rentas negeri seperti yang saya sebut semalam,” katanya pada sidang media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.
Ditanya mengenai lebuh raya utama menuju ke utara dan ke pantai timur mengalami kesesakan teruk malam tadi, beliau menyerahkan perkara tersebut kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Seperti saya kata sebelum ini, mereka yang lepas balik ke kampung itu belum ada jaminan lepas balik semula ke bandar tanpa dikenakan tindakan oleh polis.
“Mereka berebut-rebut pulang ke kampung malam tadi mungkin ada yang mendapat kebenaran dan juga tidak. Mungkin ada juga yang diarahkan untuk berpatah balik.
“Apa pun kita serahkan kepada PDRM untuk menggunakan budi bicara mereka,” katanya.
Beliau turut difahamkan, tindakan kompaun dan arahan berpatah balik turut dilaksanakan.
“Kita tunggu sahaja berapa jumlah yang dikenakan tindakan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
MW: Tidak dinafikan ramai yang bersedih apabila kelonggaran ini ditarik balik. Namun demi keselamatan bersama, mak ayah harus akur dengan arahan pihak berkuasa.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dugaan di tempat kerja teruk macam mana pun, suami jangan pulang bawa muka masam, kelat. Menjadi suami atau bakal suami yang baik memerlukan usaha, komitmen, dan keikhlasan.
Dugaan Di Tempat Kerja Teruk Macam Mana Pun
Perkahwinan adalah satu ikatan yang suci dan memerlukan komitmen yang tinggi daripada kedua-dua pasangan. Dengan berkomunikasi dengan baik, menghargai dan menghormati isteri, meluangkan masa berkualiti, bertanggungjawab, mengatasi konflik dengan bijak, dan memberi kasih sayang serta sokongan emosional, anda boleh membina perkahwinan yang bahagia dan harmoni.
Ingatlah bahawa perkahwinan adalah satu perjalanan yang memerlukan kerjasama dan persefahaman daripada kedua-dua pihak. Semoga nasihat ini dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan berkeluarga yang lebih bermakna.
1. Teruk mana pun dugaan di tempat kerja, kau tak usahlah pulang bawa muka masam dan kelat. Isteri dan anak-anak di rumah tak sabar nak tunggu kepulangan kau. Kalau asyik muka bengis, lama kelamaan mereka tawar hati. Elok bawa pulang buah tangan.
2. Isteri adalah hati dalam sesebuah keluarga. Jika isteri tak gembira, maka seisi rumah akan turut tak gembira. Anak-anak akan kuat meragam, makan minum tak terjaga, rumah tak terurus, walaupun rumah itu ada pembantu rumah. Jadi, jaga hati isteri baik-baik.
3. Kalau isteri marah, cepat-cepatlah pujuk. Tak usah biarkan isteri keluar rumah dengan hati sedih dan terluka. Di luar sana ramai lelaki baik yang inginkan wanita yang baik-baik, seperti isteri kau. Jadilah lelaki yang terbaik buat isteri kau yang baik itu.
4. Isteri akan cepat syak wasangka jika kau selalu menyembunyikan status perkahwinan. Oleh itu, kalau pergi mana-mana majlis, elok bawa sekali isteri. Kenalkan dia pada kawan-kawan kau. Tapi kalau dia tak mahu ikut, tak usahlah dipaksa. Pujuk elok-elok.
5. Kalau jumpa orang tulis pasal nasihat untuk isteri. Kau jangan pergi tag isteri pada pos tu. Jangan share dekat wall dia. Share kat wall kau sudahlah. Jangan risau, isteri kau baca juga nanti. Kalau kau tag dia, takut dia terkilan.
OK, lima sahaja cukuplah. Orang lelaki ni tak suka membebel dan dibebel.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.