Pasangan OKU selamat berkahwin, hidap Cerebral Palsy bukan halangan cipta bahagia. Majlis perkahwinan pasangan Orang Kurang Upaya (OKU) yang menghidap Cerebral Palsy baru-baru ini menarik perhatian warga maya. Pasangan istimewa itu melangsungkan perkahwinan pada 24 Mei lalu.
Pasangan OKU Selamat Berkahwin
Perkahwinan Muhammad Shahriel Hakimi Hayuddin dan pasangannya, Aireen Natasha Mohd Zahid menjadi tumpuan di TikTok selepas Muhammad Shahriel Hakimi memuat naik video majlis mereka.
Memetik SinarPlus, Shahriel, 25,berkenalan dengan Aireen Natasha, 21, melalui penstriman langsung seorang sahabat di TikTok tiga tahun lalu. Pertemuan di alam maya tersebut menimbulkan perasaan suka terhadap Aireen Natasha.
“Saya kenal isteri melalui live kawan. Ibarat cinta pandang pertama, dari situ saya mula mendekati dirinya. Pada mulanya saya bimbang mendekati kerana takut keluarga belah sana tidak setuju. Alhamdulillah, keluarga saya dan keluarga isteri menerima hubungan kami dengan hati terbuka,” ujar Shah.
Shahriel mengambil keputusan untuk berkahwin, setelah mendapat sokongan dan restu kedua-dua keluarga,
Hidap Cerebral Palsy Bukan Halangan Cipta Bahagia
“Sebulan sebelum majlis, kami telah menyediakan segala kelengkapan dengan bantuan kedua belah keluarga. Kami seperti insan lain yang mahu merasai kebahagiaan. (Selepas video perkahwinan mendapat perhatian) ada yang memberi kata semangat dan ada yang negatif, tetapi saya jadikan ia sebagai motivasi untuk melangkah lebih jauh.
“Alhamdulilah kalau dah jodoh tak kemana.. terima kasih kawan-kawan kerana meriahkan majlis perkahwinan kami berdua”- tulisnya dirungan kapsyen.
“Syukur, orang tua kami memberi sokongan dan kepercayaan kepada kami anak OKU berkerusi roda untuk menjalani kehidupan berkeluarga,” katanya.
Berkongsi mengenai perubahan dirinya selepas berkahwin, Muhammad Shahriel meluahkan rasa syukur dan gembira kerana impiannya untuk hidup bersama insan tersayang tercapai.
“Mestilah gembira… Dahulu buat apa-apa sendirian, sekarang berdua. Selain itu, tanggungjawab juga perlu saya galas dengan baik. Itu yang membantu membuatkan saya lebih matang dan bersemangat untuk berkeluarga walaupun kami banyak kekurangan diri. Yang penting kami syukur selalu,” ujarnya.
Ads
Shah dan isterinya yang kini masih menetap bersama keluarga bercita-cita untuk memiliki kediaman sendiri suatu hari nanti.
“Saya berniaga dalam talian, manakala isteri tidak bekerja. Walaupun saya berstatus OKU dan agak sukar mencari rezeki, tetapi saya berusaha dengan kemampuan diri untuk membahagiakan orang sekeliling.
“Saya juga mahu membuktikan OKU boleh bekerja seperti orang normal. Walaupun pendapatan tidak banyak, saya bersyukur dapat memberi hasil kepada ibu bapa dan kini menanggung isteri.
Saya berharap dapat memberikan keselesaan dalam menyediakan keperluan untuk keluarga kecil kami ini,” katanya sambil mendoakan agar hubungan mereka kekal hingga ke syurga.
Inilah hebatnya Tun Tengku Maimun yang menerima perlantikan itu berkuat kuasa 2 Mei 2019 selaras dengan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.
Anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini berusia 60 tahun pada Julai 2019. Sekali gus menjadikannya Ketua Hakim Negara termuda dalam sejarah lantikan.
Ini Hebatnya Tun Tengku Maimun
Ujarnya kepada pemberita, “Ini bukan suatu jawatan dipohon, tetapi rezeki Allah dan saya percaya walaupun saya junior, senior yang saya ‘langkau’ tidak mempunyai perasaan kurang senang terutama sebagai Muslim, kita percaya sesuatu itu ketentuan Allah.”
Beliau berkelulusan dari Universiti Malaya. Karier Tengku Maimun bermula :
1982 – sebagai pegawai undang-undang di Lembaga Pembangunan Kelantan Selatan (Kesedar). 1984 – menjadi pegawai undang-undang di Majlis Perbandaran Seremban selama 2 tahun. Kemudian sertai Jabatan Peguam Negara di Bahagian Gubalan. 2005 – dilantik sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan. 2006 – menjadi pesuruhjaya kehakiman. 2007 – menjadi Hakim Mahkamah Tinggi. 2013 – dinaikkan pangkat menjadi Hakim Mahkamah Rayuan.
November 2018 – dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan.
Jawatan Ketua Hakim Negara Bukan Satu Tekanan
Hebatnya wanita ini, tak menganggap jawatan yang disandang ini sebagai satu tekanan sebaliknya tanggungjawab yang akan digalas dan dilaksanakan dengan sebaiknya.
Baginya tiada isu jantina. Sama ada lelaki atau wanita, tanggungjawab sama harus dilaksanakan sebaik mungkin..
“Semuanya berbalik kepada rezeki dan saya bersyukur. Dilantik sebagai Ketua Hakim Negara wanita pertama bukan satu isu. Tapi saya menganggap ia sebagai rezeki.”
Suami Dan Anak Jadi Pembakar Semangat
Bagaimana kerjaya dan keluarga boleh dibahagikan dengan seimbang. Beliau yang berkahwin dengan peguam, Datuk Zamani Ibrahim dikurniakan 4 orang cahayamata.
“Saya bersyukur kerana beliau (suami) dan anak menjadi pembakar semangat. Terutama suami yang sering mengingatkan untuk menjadi seorang hakim, legasinya adalah penghakiman yang dibuat.”
Bantuan seorang sepupu yang tinggal bersamanya selama 30 tahun, memudahkan urusannya membahagi waktu antara kerja dan kerja rumah. Itu antara penyumbang untuknya fokus pada kerjaya.
Tidak Ada Masa Tonton TV
Masa beliau banyak difokuskan untuk bekerja. Tidak punya masa untuk menonton. “Kita sebagai hakim tidak punya masa untuk menonton televisyen. Tidak banyak masa untuk buat apa pun. Kita bekerja hingga lewat malam, awal pagi dan seterusnya.”
7 Mei 2019, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Ketua Hakim Negara, Datuk Tengku Maimun.
Pelantikan beliau menggantikan bekas ketuanya, Tan Sri Richard Malanjum.
Sumber/Foto : Sinar Harian, Berita Harian, Harian Metro
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Apabila seorang suami faham amanah dan agamanya, maka berbahagialah insan tersayang yang ada di sekelilingnya. Demikian yang boleh digambarkan dalam kehidupan rumahtangga pelakon Ashraf Muslimyang dianugerahkan 2 orang isteri, Noor Dayana dan Wan Sakinah serta dikurniakan 3 orang anak, Sarah Ashraf, Adam Ashraf dan Anas Ashraf.
Bagi Ashraf Muslim baik isteri pertama mahupun kedua, mereka tetap insan yang cukup istimewa di hatinya. “Mereka adalah wanita yang luar biasa bagiku. Sentiasa memahami perjalanan hidupku yang berwarna warni ini.
“Penguatku dalam ku susah dan senang. Nasihat dan kata-kata mereka buatku berfikir untuk menjadi suami yang lebih baik dan lebih bijak.”
Terima kasih Allah kerana memberi amanah yang besar kepadaku untuk pastikan mereka dan keturunanku menjadi umat yang dekat denganMu.
“Setiap dalam solatku tak pernah tertinggal nama-nama ini dalam doaku. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka dan menjaga mereka seperti orang-orang yang beriman sebelum ini. Amin.”
Itulah doa yang ditujukan buat isteri-isterinya ketika meraikan Hari Wanita semalam.
Doa yang baik-baik ini juga sentiasa Ashraf titipkan untuk penyambung warisannya iaitu tiga orang anak tercinta.
Inilah Harta Dan Amanah Allah Untuk Ku Jaga – Ashraf Muslim
Akui Ashraf isteri-isterinya itulah harta dan amanah Allah untuknya jaga agar menjadi permata yang bersinar dan melahirkan seorang yang soleh dan solehah.
“Merekalah anak-anakku yang amat ku sayangi, Sarah, Adam dan Anas. Walaupun kadang rasa nak bersilat bila dengan korang ni tapi itulah yang mengajarku menjadi seorang ayah yang hebat untuk mereka.”
“Terima kasih mama dan ibu tak pernah penat menjaga dan mendidik mutiara-mutiara kita ini. InsyaAllah syurgalah balasannya nanti.
“Wahai anak-anakku, ayah nak ucapkan terima kasih kerana sentiasa memberi inspirasi kepadaku bila setiap saat melihat karenah-karenah kamu semua (senyum je bila anak buat perangai.. hehehe).”
Dan inilah pesanan Ashraf untuk para ibu bapa yang lainnya. “Pada mereka di luar sana, jagalah anak-anak seperti mana nabi kita Muhammad SAW menjaga dan mendidik anak-anaknya.
“InsyaAllah akan dapat kebahagiaan tak terkira nanti.”
Dah Ada Isteri, Bukan Satu Tapi Dua
Sesungguhnya doa yang baik-baik sebegini, eloklah mak ayah ambil untuk jadikan pedoman. Agar bahtera perkahwinan yang dibina kerana Allah ini biar apa pun cabaran dan rintangannya, akan Allah pelihara dan permudahkan juga.
Malah MW pun bahagia tengok betapa mesranya kedua-dua madu ini, Noor Dayana dan Wan Sakinah. Bergurau bersama sebegini pun dapat merapatkan kemesraan antara mereka.
Bila mana mereka bergurau dengan Ashraf Muslim dengan bergambar berdua dan dikongsikan di IG suaminya. Peluang itu diambil ketika ashraf sedang lena.
“Bukan senang dapat hack IG ayah ni. Apalagi letak gambar kitaorang la pulak. Nak bagi ayah ingat sikit yang dia dah ada isteri, bukan satu tapi dua!”
Mendirikan rumah tangga berpuluh tahun lamanya tidak menjamin bahawa pergaduhan tidak timbul. Seawal perkahwinan, pasangan suami, isteri mencuba untuk memahami antara satu sama lain. Namun sedangkan lidah lagi tergigit, jadi berselisih faham suami, isteri itu adalah biasa.
Tetapi pasti akan berlaku salah faham dan perbezaan pendapat kerana sememangnya hati manusia ini tak sama walaupun bergelar suami, isteri. Hingga kadang-kadang runsing banyak perkara yang membuatkan kita bertengkar dan tidak pernah dapat diselesaikan.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri…
Lumrah naik turun dalam rumah tangga… Ada hari ok, ada hari moody… Ada hari hujan, ada hari panas… Ada hari baik, ada hari berperang… Biasalah, berselisih faham, bertengkar mulut adakalanya disebabkan perkara-perkara yang kecil sahaja yang berlaku antara kita dan pasangan…
Lambat balas mesej atau tak angkat call pun boleh mengundang kepada masam muka…
Namun, masalah-masalah ini mungkin boleh diselesaikan dalam rumah tangga antara suami dan isteri… Berikut adalah senarai masalah yang sukar untuk diselesaikan atau dicari jawapannya…
Masalah-masalah
Antaranya :
1. Menantu mengadu kepada mertua akan salahxlaku anaknya, tapi mertua menyalahkan menantu kembali dan menyebelahi anaknya walaupun terang-terang anaknya melakukan kesalahan.
2. Mertua dan ipar campur tangan dalam urusan keluarga menantu, bila menantu menyuarakan ketidakselesaan ini kepada pasangannya, pasangannya back up orang tua dan adik beradiknya…
3. Menantu tidak sekepala dengan keluarga mertua, tapi pasangan tidak berbuat apa-apa untuk memperbaiki atau memperbetulkannya…
4. Suami tidak menunaikan kewajipan dan tanggungjawabnya dan membiarkan isteri menanggung keluarga kerana isteri juga ada pendapatan sendiri…
5. Suami menghalang isteri daripada berbakti kepada orang tua isteri tanpa sebab-sebab yang munasabah…
6. Suami mencari syurga ibunya sehingga mengabaikan kebajikan isterinya…
7. Seorang suami atau isteri sudah melakukan yang terbaik dalam hubungan tersebut, tapi pasangannya memilih untuk curang dan menyalahkan dia di atas kecurangan itu…
MW: Walaupun sesetengah perkara sukar diselesaikan antara suami, isteri, tetapi berusahalah untuk menjaga hubungan baik dengan pasangan. Memang mustahil untuk mencari kesempurnaan pasangan kerana diri sendiri juga tidak sempurna.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...