Pasangan adalah anugerah yang Allah telah jodohkan untuk kita. Dia melengkapi kekurangan dan kelebihan kita. Ia tak akan jadi kalau dua-dua rasa diri hebat da nterbaik.
Jangan pula terkejut bila ada pasangan yang tak bahagia dengan perkahwinannya. Ada yang brcerai berai bukan sebab tak diberi nafkah atau lalai dalam tanggungjawab. Tapi ada sebab lain.
Inilah yang dikatakan oleh Ustaz Kazim tentang pasangan itu anugerah terbaik seperti yang dikongsikan dalam Sahabat Pencinta Al Quran. Fahami apa yang dikatakan ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Sementara Punya Waktu, Ucapkan Terima Kasih Selalu! “Bila Pasangan Tiada, Tidaklah Diiringi Kekesalan”
Isteri Layanlah Suami Walaupun Poketnya ‘Senipis Bawang’, Tak Perlu Banding Kehidupan Pasangan Lain
Info Lebih Menarik DI SINI
Ustaz Datuk Kazim Elias ada share 4 punca kenapa satu-satu perkahwinan tu tak bahagia.
Sebab duit ke? Sebab rupa? Atau sebab agama semata?
Basuh baju isteri, kemas isteri, masak isteri. Sedangkan isteri ni cuma dituntut untuk layan suami je. Jadi, tak perlu ke isteri buat semua tu? Isteri solehah dia TOLONG buat kerja. Bantu sama membantu. Masing-masing kena faham erti tanggungjawab.
Ustaz siap cakap, semakin suami rasa senang rileks tak buat apa-apa, lagi senang dia lupa tanggungjawab dia.
Benda susah akan senang bila buat sama-sama. Jangan senang je bersama. Bila susah lepaskan pada pasangan.
Nak jaga laki ni senang je bak kata Ustaz Kazim.
1- Bagi makan kenyang-kenyang. Zahir dan batin. Semoga segalanya dikira ibadah. Aamiin ya Rabb.
2- Mana suami tu pergi, ikut! Selagi kita boleh ikut, ikut.
Ramai orang hanya menghargai seseorang lepas seseorang tu meninggal. Jadi, tak best la nak tunggu laki ke bini hang mati pastu baru nak cakap, “takde yang sama macam laki/bini aku dulu.”
Kita memang takkan kenal pasangan kita selagi kita tak kongsi serumah, sekatil, sebantal dengan dia. Mak ayah dia pun takkan kenal dia sedalam kita kenal dia. Sebab tu isteri lagi kenal suami dia dari mak dia kenal dia.
Tapi orang bijak, lelaki soleh, wanita solehah akan selalu menganggap bahawa pasangan itu adalah ANUGERAH.
Ada pasangan tu, bersyukur. Sebab ada ramai lagi yang masih Allah tak kabulkan doanya untuk berpasangan. Jadi, bersyukurlah.
Bukan senang zaman sekarang, nak dapat pasangan yang solat, yang mengaji, yang nafkah tak culas apa semua. Jadi kalau kita dapat pasangan hat gitu, belajar menghargai walaupun dia tak cantik ke boroi ke apa.
Hat boroi, tak lawa, tak comey ke apa, kat situ Allah nak uji kita, siapa antara kita yang paling BERTAQWA. Memilih yang beragama, mengatasi segalanya.
Ye, belajar jadi seorang yang menyenangkan pasangan masing-masing.
Kalau pasangan kita suka sekian-sekian, so kita usahalah untuk memberi sekian ataupun lebih. Yang penting usaha ye, yang lain tu biar Allah yang tentukan. Insyaa Allah.
Ustaz tu share lagi, musibah ni datang dalam 3 bentuk :
UJIAN
Kalau kita rasa dalam kahwin ni asyik musibah je, meh kita tengok perkara ini. Mana satu sebenarnya yang Allah nak tunjuk.
Yang ujian tu adalah untuk orang-orang beriman. Dia bagi contoh, Asiah yang solehah bersuamikan Firaun yang zalim. Tu ujian untuk dia.
Bagi yang Allah uji seseorang tu soleh solehah, solat tak tinggal, mengaji tak miss, puasa penuh tapi bertahun-tahun tak dapat anak. Itu ujian namanya. Dan ujian ini tak lain adalah untuk angkat darjat taqwa dan iman kita lebih tinggi. Bersabarlah dan bergembiralah dengan ujian Allah bagi.
TEGURAN
Yang kedua, musibah yang mai dalam bentuk teguran. Yang ni Allah hantar sebab Allah nak tegur suruh kita balik semula kepada kebaikan.
Contoh, kita dok leka kejar duit sana sini, kaya sana sini, tiba-tiba Allah bagi accident. Takleh dah cari punca rezeki. Tu teguran namanya. Mungkin kita solat tak khusyuk. Kita buat ibadah tapi banyak culasnya. Jadi, Allah nak jentik sikit nak bagi teguran. Nak bagi kita kembali balik pada Dia. Jadi, jangan melatah dok mengata Allah. Allah tak buat benda sia-sia.
BALA
Yang last pulak musibah ni mai dalam bentuk bala atau azab.
Dalam kahwin ni, kalau kita nak ketenangan, kita kena belajar untuk REDHA. Redha apa yang Allah bagi. Redha itu pasangan kita. Redha atas segala ujian Allah.
Kalau satu detik nanti Allah uji takde rezeki jodoh panjang, takde rezeki nak bersama.
“Kalau masih mampu, pegang elok-elok, kalau tak mampu, lepaskan elok-elok.”
Selalulah belajar untuk curi hati suami/isteri. Belajar rebut segala pahala yang Allah nak beri dalam perkahwinan. Belajar jadi orang yang dahagakan pahala
Mingguan Wanita: Terimalah pasangan kita seadanya. Perbaiki diri dan pasangan untuk jadi pasangan yang bahagia hingga ke syurga.
.Sumber: Sahabat Pencinta Al Quran
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita