Pasangan dulu-dulu sudah beranak 2,3 barulah merasa hidup stabil, zaman sekarang lain demandnya jika hendak menyunting anak orang untuk dijadikan pasangan hidup.
Seseorang lelaki seharusnya miliki sekurang-kurangnya kerja yang tetap sebagai bukti dirinya mampu memberi makan anak orang. Miliki juga sekurang-kurangnya sebuah kenderaan agar mudah untuk ke mana, mana.
Dulu dan sekarang lain caranya, namun sebelum berumahtangga pilih dan carilah pasangan yang boleh hidup susah dan senang.
Pasangan Dulu-Dulu
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan fahami apa yang cuba disampaikan:
Ada yang selepas lima tahun berkawin, baru merasa naik kereta baru… Malah, ada juga yang lepas 10 tahun perkahwinan, barulah merasa masuk rumah baru…
Tak ramai yang kahwin, sudah siap serba-serbi, sempurna keperluan. Dan tak ramai yang berumah tangga, terus ada macam-macam harta…
Sudah Beranak 2,3 Barulah Merasa Hidup Stabil
Pasangan dulu-dulu, begitulah kebanyakannya.. Sudah beranak 2, anak 3 barulah kehidupan makin stabil dan semakin baik…
Sempurna itu tidaklah, tapi cukup dengan apa yang ada. Ada makanan untuk makan, ada tempat untuk berteduh dan ada keluarga untuk dibahagiakan semampunya…
Kena buktikan dahulu berharta ke tidak, kena tunjuk dulu mampu ke tidak, kena beritahu dulu kerja apa, gaji berapa, pakai kereta apa…
Jika tidak, macam mana hendak bela anak orang kan…
Betul, memang lelaki patut tunjuk… Lelaki sewajarnya perlu ada usaha ke arah kehidupan yang lebih baik. Malahan, lelaki juga perlu mampu sebelum jadi suami…
Ads
Cuma tak perlu try hard hendak meyakinkan si dia dengan berhutang keliling pinggang… Tak perlu nak nampak hebat dan nampak mewah semata-mata hendak dapatkan cinta seseorang itu untuk jadikan dia teman hidup…
Carilah Pasangan Yang Sepadan
Pasangan kita nanti adalah seseorang yang mampu terima kita seadanya diri kita… Tak lebih, tak kurang, macam mana diri kita itu, apa yang kita ada, itulah yang dia suka…
Perempuan macam ini, insyallah mampu bersabar, mampu tunggu sehingga kita betul-betul stabil untuk beli kereta baru, rumah baru dan letak dia dalam keadaan yang selesa…
Nawaitu berkahwin itu mestilah untuk menyara isteri, menggembirakan isteri dan membahagiakan isteri walau dengan apa cara sekalipun, sekadar kemampuan yang ada… Jangan berkahwin kalau tidak ada nawaitu ni…
Hidup tak mudah, rezeki tak murah kalau nawaitu berkahwin itu adalah sebab nafsu…
Mingguan Wanita : Sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga, carilah pasangan yang memahami dan mampu menerima anda seadanya. Jangan kerana cinta, sanggup berhutang untuk memuaskan hati si dia.
Perasan tak, sebelum kahwin pasangan banyak betul bercakap. Ada sahaja ‘modal’ untuk bercakap , kiranya tak keringa idea betul. Tapi bila dah kahwin dan duduk sebumbung, jrang betul bercakap. Kalau ada pun perkara penting sahaja. Dah tak ada lawak-lawak sebelum ini.
Kenapa boleh macam tu. Biasanya, lelaki yang macam nie. Betul tak? Bukan nak salahkan lelaki yang bergelar suami. Namun, tak semua yer. Ada gak suami yang terlebih-lebih cakapnya, sampai tak terlayan isteri.
Ini ada perkongsian daripada Redza Zainol yang oleh dijadikan panduan untuk suami isteri.
Setiap kali mak saya masuk ke kereta, ada saja cerita yang dia akan kongsi dengan ayah saya.
Masa tu saya masih bersekolah rendah, jadi faham juga apa yang mak saya cerita pada ayah saya.
Setiap hari, ayah saya cuma akan dengar dan kadang-kadang dia akan mencelah untuk tanya 1-2 soalan. Banyak masanya dia angguk saja.
Bila saya dah beristeri, saya pula alami perkara yang sama. Ditakdirkan saya dan isteri kerja di tempat yang sama.
Setiap hari, bila masuk saja ke dalam kereta mulalah isteri saya bercerita itu dan ini.
“Bang, tau tak kat klinik tadi punyalah banyak pesakit. Nak buat tu lagi, nak buat ni lagi. Tak sempat nak habiskan makanan tu tadi.”
“Ada pesakit ni, dia datang tapi tak tahu apa-apa pasal pembedahan yang dia kena buat. MasyaAllah, macam mana tu bang. Memang tepuk dahi.”
“Pastukan, ada pesakit ni dah tua. Sweet je suami dia teman datang ke klinik. Umur dah 70.”
Cerita tu akan bersambung-sambung dengan bermacam cerita yang kita suami ni pun tak terfikir apa kepentingan semua cerita ni.
Lama-lama, muka isteri saya yang tertekan tu pun jadi tenang dan mula tersenyum. Masa ni dia akan mula bercerita pasal anak-anak dan perkara lain.
Apa yang saya buat cuma mendengar dengan tekun dan mengangguk bila perlu. Bila cerita dia tu sedih, saya pun ubah muka saya jadi sedikit sedih.
Bila ceritanya seronok, saya pun senyum lebar.
Kongsi Cerita
Kawan saya pernah berkongsi, bila seorang suami beri perhatian selama 20 minit mendengar sepenuh hati, suami tu sebenarnya sedang beri 20 minit kehidupannya pada si isteri.
20 minit yang suami beri tu, dia tak akan dapat semula. Sebab tu, beri perhatian pada isteri ni dikira sangat hebat.
Jujurnya, saya bahagia dengar bebelan dan cerita isteri saya yang kepenatan tu. Ada orang pandang lekeh perkara ni, tapi benda ni lah terapi jiwa untuk seorang wanita.
Sependek mana pun tempoh masa dalam kereta, selagi kita beri perhatian, selagi itu lah kita dikira sedang meluang masa berkualiti dengan isteri.
Ada suami isteri tinggal serumah, tapi hakikatnya mereka sangat jarang luang masa bersama. Sedih kan?
Istimewanya Wanita
Kawan-kawan, wanita ni istimewa.
Mereka berehat dengan cara meluahkan beban jiwa yang menekan dada mereka kepada orang yang dia percaya.
Beruntunglah suami yang selalu menjadi tempat isteri mencurah rasa. Itu tanda perkahwinan kalian itu bahagia.
Percayalah, hanya dengan mendengar sebenarnya kita dah bantu isteri kita untuk mendapatkan kebahagiaan terbesarnya.
Isteri yang rasa dihargai, rasa diperlukan dan rasa didengari, mereka ini akan bekerja keras untuk bahagiakan semula seluruh keluarga.
MW: Kadang-kadang terfikir, suami nie dengar ke tidak bila kita cakap. Ya pun tak, angguk pun tak. Macam cakap dengan batu lak kan. Sabar ye isteri-isteri sekalian.
Isteri yang baru lepas bersalin anda kena jaga lebih. tak boleh nak biar dia berpantang sendiri. Mungkin nampak mudah tapi kalau dah anak dua tiga orang, tak cukup tangan juga! Moga kaum lelaki lebih memahami Mak-mak yang baru lepas bersalin dan boleh amal tip ini…
1. Bangun awal dari bini
Tak biasa pun, kena cuba juga. Kalau payah bangun, beli jam! Haaa… suami kena bangun lebih awal sebelum isteri bangun dari tidur selama tempoh berpantang. Sediakanlah air mandian untuk isteri anda. Rebuskan daun-daun kayu untuk air mandian si isteri. Biasanya seminggu pertama, digalakkan mandi air rebusan daun ini untuk kembalikan kesegaran badan. Kalau susah nak jumpa daun-daun ubat untuk mandian, cukuplah sekadar menyediakan air suam untuk mandian isteri (bagi yang tak mempunyai water heater).
2. Sarapan mudah
Sediakan sarapan untuk isteri seawal mungkin. Sebaiknya lepas solat Subuh, sediakanlah sarapan untuk isteri anda… Kalau boleh, tidak perlu sambung tidur semula… Kalau tak dapat sediakan sarapan yang agak berat, memadai segelas milo dan roti bakar..Pasti isteri anda rasa amat dihargai.
3. Takut pun, kena mandikan bayi
Cubalah belajar untuk mandikan anak sendiri walaupun kepala masih lembut. Kalau tak begitu nak mahir mandikan bayi, sekurang-kurangnya bantulah isteri, ibu atau mentua sediakan air mandian. Bayi biasanya dimandikan dengan air suam untuk elakkan hypothermia. Pada peringkat awal, kawalan suhu badan bayi masih lemah.
4. Cuba uruskan anak yang lain
Kalau anak dah ramai, pastikan segala urusan anak-anak itu diuruskan. Janganlah semua nak harapkan isteri yang baru lepas bersalin untuk menjaga anak-anak yang lain. Biarkan si isteri berehat sepenuhnya dengan bayi yang baru dilahirkan. Urusan-urusan yang dimaksudkan merangkumi makan-minum, mandi, pakaian sehinggalah menidurkan anak.
5. Sediakan air pun penting
Sediakan keperluan-keperluan yang sering dianggap remeh, berhampiran isteri seperti sebotol air minuman berserta gelas, tuala, bakul baju kotor, majalah dan buku kegemaran (untuk mengelakkan boring).
6. Ada di sisi bukan asyik melepak
Mungkin bini jenis berdikari tapi cukuplah anda berada di sisinya untuk menghulurkan bantuan apa-apa yang perlu. Jangan sampai isteri terpaksa menjerit-jerit memanggil untuk minta bantuan sedangkan si suami tertidur di depan televisyen selepas menonton astro.
7. Bersihkan mana yang patut
Pastikan persekitaran isteri dan bayi sentiasa bersih dan kemas. Bantu isteri mengumpulkan pakaian kotor dan basuhlah pakaian-pakaian itu. Tidak susah sekiranya anda menggunakan mesin basuh. Jangan harapkan isteri untuk bangun berjalan untuk membasuh dan menyidai pakaian. Dalam tempoh berpantang, yakinkan isteri tugasan membasuh, jemur dan angkat pakaian boleh dilakukan anda.
8. Motivasi tanpa bayaran
Sungguhpun anda letih, janganlah ditunjukkan depan isteri. Isteri perlukan semangat untuk pulih dari kesan-kesan melahirkan. Jika suami tiada semangat, sentiasa lesu dan lemah, isteri akan rasa sedih dan mungkin menggalakkan dia jadi lebih murung. Elok anda cuba maniskan wajah walau kadang tak mampu nak buat.
9. Ikhlaskan hati, jangan ungkit
Jika sebelum ini isteri menghabiskan lebih 365 hari dalam setahun menjaga makan minum, pakaian anda dan anak2 lain, apalah salahnya memanjakan dia hanya untuk tempoh 40 hari berpantang. Inilah masanya anda buktikan cinta dan kasih sayang anda padanya. Isteri itu kan amanah untuk suami.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila tengok drama melayu, tambah-tambah lagi heronya yang kaya raya, rumah banglo, kereta mewah dan handsome, mulalah wanita berangan-angan, ‘kalaulah dapat lelaki ini sebagai pasangan.
Tak salah pun nak berangan tapi bila difikirkan balik, adakah lelaki seperti yang digambarkan dalam drama melayu ini. Mungkin ada tapi hanya berapa peratus saja. Wallu’ ahlam. Mungkinkah wanita yang impikan itu tercapai angan-angan untuk miliki lelaki seoerti itu.
Hakikatnya, bila sudah berumah tangga. Apa yang diimpikan seperti dalam drama melayu hanya omong-omong kosong. Sebabnya, semua itu tidak mampu membuatkan wanita atau isteri rasa bahagia.
Bahagia di mata isteri tentulah suami yang mampu membantu menguruskan rumah tangga, sama-sama. Bukan bermakna semua kerja rumah suami yang kena buat. Tapi sekadar untuk bantu ringankan beban isteri. Itu pun dah memadai buat isteri.
Bila ada suami seperti yang dikatakan oleh Dr Ezairy M.Sallih, barulah betul-betul suami idaman malaya. Apa yang diigninkan oleh wanita sebagai isteri. Faham betul-betul perkongsian ini.
Dulu masa mula-mula bercinta dan kenal isteri, saya ingat nak jadi lelaki yang romantis dan baik pada mata wanita ialah lelaki yang ada ketrampilan, duit banyak, miliki kereta mewah, rumah besar dan macam-macam yang kita dok lihat kat kaca televisyen drama melayu tu.
Tetapi hakikat sebenarnya setelah berumahtangga, apa yang saya lihat. Wanita ni tak pandang sangat semua tu.
Perkara saya sebut di atas mungkin penting. Tetapi apa jauh yang lebih penting pada wanita ialah lelaki yang
1. Rajin mandikan anak di rumah
2. Rajin mengemas rumah
3. Rajin tolong lipat pakaian
4. Rajin ajar anak mengaji dan siapkan kerja sekolah
5. Rajin sidaikan pakaian ketika isteri sibuk memasak
6. Bawa isteri dan anak-anak hujung minggu untuk releasekan stress. Tak semestinya tempat mewah, cukup tempat untuk berkongsi rasa.
Ini hakikat sebenar yang ramai mungkin kaum lelaki masih belum sedar.
Begitulah.
Mingguan Wanita: Inilah lelaki yang perlu tahu. Ada isteri bukan serakah 100% kerja rumah. Kena batu, barulah dipanggil suami idaman malaya.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...