Curang! Perkataan itu sangat menakutkan sesiapa saja. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa perit, pedih dan sakitnya hati bila dikhianati orang yang disayangi sepenuh jiwa raga.
Apakah kecurangan itu boleh dimaafkan dan pasangan anda itu layak diberikan peluang kedua?
Ya, dia sudah membuat satu kesilapan besar. Dia mengakui, sekadar ‘suka-suka’ atau nak ‘test market’ saja. Tak ada sekelumitkan cinta untuk kekasih gelapnya itu.
Dia juga berjanji tidak akan mengulanginya. Anda pula, sayang masih terlalu menebal dalam hati, tak mampu dibayangkan hidup tanpa dirinya. Lantas kemaafan diberikan seikhlas hati.
Atau, apakah dia tidak selayaknya diberikan peluang kedua? Luka yang berdarah di hati tak mampu diubati dengan kata-kata maaf dan penyesalan. Akhirnya tekad undur diri.
Topik panas ini bakal dikupas di Mingguan Wanita Talkshow, jam 11 pagi esok bersama hos Siti Elizad, Erra Fazira dan Norman Hakim di dalam segmen Cerita Dalam Kain. Bagi yang ketinggalan dan mahu menontonnya, jangan lupa saksikan siaran ulangannya pada jam 5 petang, hari yang sama, di Astro Prima 121.
Untuk sebarang komen dan persoalan untuk ditanyakan kepada tetamu dan pakar, hubungi talian Teman Wanita Anda di 03-8938647 atau komen terus di ruangan komen yang disediakan ketika program ini ke udara secara rasmi esok. Jangan lupa saksikan Mingguan Wanita Talk Show, dalam topik “Curang- Cinta Atau Main-Main?”
bersama tetamu-tetamu undangan istimewa esok. Pasti panas!#mingguanwanitatalkshow
#mingguanwanita
#temansetiapwanita
#AstroPrima105
#AstroPrimaHD121