Curang! Perkataan itu sangat menakutkan sesiapa saja. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa perit, pedih dan sakitnya hati bila dikhianati orang yang disayangi sepenuh jiwa raga.
Apakah kecurangan itu boleh dimaafkan dan pasangan anda itu layak diberikan peluang kedua?
Ya, dia sudah membuat satu kesilapan besar. Dia mengakui, sekadar ‘suka-suka’ atau nak ‘test market’ saja. Tak ada sekelumitkan cinta untuk kekasih gelapnya itu.
Dia juga berjanji tidak akan mengulanginya. Anda pula, sayang masih terlalu menebal dalam hati, tak mampu dibayangkan hidup tanpa dirinya. Lantas kemaafan diberikan seikhlas hati.
Atau, apakah dia tidak selayaknya diberikan peluang kedua? Luka yang berdarah di hati tak mampu diubati dengan kata-kata maaf dan penyesalan. Akhirnya tekad undur diri.
Topik panas ini bakal dikupas di Mingguan Wanita Talkshow, jam 11 pagi esok bersama hos Siti Elizad, Erra Fazira dan Norman Hakim di dalam segmen Cerita Dalam Kain. Bagi yang ketinggalan dan mahu menontonnya, jangan lupa saksikan siaran ulangannya pada jam 5 petang, hari yang sama, di Astro Prima 121.
Untuk sebarang komen dan persoalan untuk ditanyakan kepada tetamu dan pakar, hubungi talian Teman Wanita Anda di 03-8938647 atau komen terus di ruangan komen yang disediakan ketika program ini ke udara secara rasmi esok. Jangan lupa saksikan Mingguan Wanita Talk Show, dalam topik “Curang- Cinta Atau Main-Main?” bersama tetamu-tetamu undangan istimewa esok. Pasti panas!
#mingguanwanitatalkshow
#mingguanwanita
#temansetiapwanita
#AstroPrima105
#AstroPrimaHD121
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pasangan Kita Adalah ANUGERAH Terbaik, Jangan Bila SUDAH TIADA Baru Nak Hargai!
Isi Kandungan
TogglePasangan adalah anugerah yang Allah telah jodohkan untuk kita. Dia melengkapi kekurangan dan kelebihan kita. Ia tak akan jadi kalau dua-dua rasa diri hebat da nterbaik.
Jangan pula terkejut bila ada pasangan yang tak bahagia dengan perkahwinannya. Ada yang brcerai berai bukan sebab tak diberi nafkah atau lalai dalam tanggungjawab. Tapi ada sebab lain.
Inilah yang dikatakan oleh Ustaz Kazim tentang pasangan itu anugerah terbaik seperti yang dikongsikan dalam Sahabat Pencinta Al Quran. Fahami apa yang dikatakan ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Sementara Punya Waktu, Ucapkan Terima Kasih Selalu! “Bila Pasangan Tiada, Tidaklah Diiringi Kekesalan”
Isteri Layanlah Suami Walaupun Poketnya ‘Senipis Bawang’, Tak Perlu Banding Kehidupan Pasangan Lain
Info Lebih Menarik DI SINI
Pasangan Anugerah Terbaik, Hargailah
Ustaz Datuk Kazim Elias ada share 4 punca kenapa satu-satu perkahwinan tu tak bahagia.
Sebab duit ke? Sebab rupa? Atau sebab agama semata?
1. Punca pertama ialah sebab semua benda isteri buat.
Basuh baju isteri, kemas isteri, masak isteri. Sedangkan isteri ni cuma dituntut untuk layan suami je. Jadi, tak perlu ke isteri buat semua tu? Isteri solehah dia TOLONG buat kerja. Bantu sama membantu. Masing-masing kena faham erti tanggungjawab.
Ustaz siap cakap, semakin suami rasa senang rileks tak buat apa-apa, lagi senang dia lupa tanggungjawab dia.
Benda susah akan senang bila buat sama-sama. Jangan senang je bersama. Bila susah lepaskan pada pasangan.
2. Punca kedua sebab kita tak faham PERANGAI pasangan masing-masing.
Nak jaga laki ni senang je bak kata Ustaz Kazim.
1- Bagi makan kenyang-kenyang. Zahir dan batin. Semoga segalanya dikira ibadah. Aamiin ya Rabb.
2- Mana suami tu pergi, ikut! Selagi kita boleh ikut, ikut.
3. Punca ketiga sebab kita TAK REDHA itu pasangan kita.
Ramai orang hanya menghargai seseorang lepas seseorang tu meninggal. Jadi, tak best la nak tunggu laki ke bini hang mati pastu baru nak cakap, “takde yang sama macam laki/bini aku dulu.”
Kita memang takkan kenal pasangan kita selagi kita tak kongsi serumah, sekatil, sebantal dengan dia. Mak ayah dia pun takkan kenal dia sedalam kita kenal dia. Sebab tu isteri lagi kenal suami dia dari mak dia kenal dia.
Tapi orang bijak, lelaki soleh, wanita solehah akan selalu menganggap bahawa pasangan itu adalah ANUGERAH.
Ada pasangan tu, bersyukur. Sebab ada ramai lagi yang masih Allah tak kabulkan doanya untuk berpasangan. Jadi, bersyukurlah.
Bukan senang zaman sekarang, nak dapat pasangan yang solat, yang mengaji, yang nafkah tak culas apa semua. Jadi kalau kita dapat pasangan hat gitu, belajar menghargai walaupun dia tak cantik ke boroi ke apa.
Hat boroi, tak lawa, tak comey ke apa, kat situ Allah nak uji kita, siapa antara kita yang paling BERTAQWA. Memilih yang beragama, mengatasi segalanya.
4. Yang last sekali, punca dia ialah bila seseorang tu tak jadi yang saling menyenangkan.
Ye, belajar jadi seorang yang menyenangkan pasangan masing-masing.
Kalau pasangan kita suka sekian-sekian, so kita usahalah untuk memberi sekian ataupun lebih. Yang penting usaha ye, yang lain tu biar Allah yang tentukan. Insyaa Allah.
Ustaz tu share lagi, musibah ni datang dalam 3 bentuk :
UJIAN
Kalau kita rasa dalam kahwin ni asyik musibah je, meh kita tengok perkara ini. Mana satu sebenarnya yang Allah nak tunjuk.
Yang ujian tu adalah untuk orang-orang beriman. Dia bagi contoh, Asiah yang solehah bersuamikan Firaun yang zalim. Tu ujian untuk dia.
Bagi yang Allah uji seseorang tu soleh solehah, solat tak tinggal, mengaji tak miss, puasa penuh tapi bertahun-tahun tak dapat anak. Itu ujian namanya. Dan ujian ini tak lain adalah untuk angkat darjat taqwa dan iman kita lebih tinggi. Bersabarlah dan bergembiralah dengan ujian Allah bagi.
TEGURAN
Yang kedua, musibah yang mai dalam bentuk teguran. Yang ni Allah hantar sebab Allah nak tegur suruh kita balik semula kepada kebaikan.
Contoh, kita dok leka kejar duit sana sini, kaya sana sini, tiba-tiba Allah bagi accident. Takleh dah cari punca rezeki. Tu teguran namanya. Mungkin kita solat tak khusyuk. Kita buat ibadah tapi banyak culasnya. Jadi, Allah nak jentik sikit nak bagi teguran. Nak bagi kita kembali balik pada Dia. Jadi, jangan melatah dok mengata Allah. Allah tak buat benda sia-sia.
BALA
Yang last pulak musibah ni mai dalam bentuk bala atau azab.
Dalam kahwin ni, kalau kita nak ketenangan, kita kena belajar untuk REDHA. Redha apa yang Allah bagi. Redha itu pasangan kita. Redha atas segala ujian Allah.
Kalau satu detik nanti Allah uji takde rezeki jodoh panjang, takde rezeki nak bersama.
“Kalau masih mampu, pegang elok-elok, kalau tak mampu, lepaskan elok-elok.”
Selalulah belajar untuk curi hati suami/isteri. Belajar rebut segala pahala yang Allah nak beri dalam perkahwinan. Belajar jadi orang yang dahagakan pahala
Mingguan Wanita: Terimalah pasangan kita seadanya. Perbaiki diri dan pasangan untuk jadi pasangan yang bahagia hingga ke syurga.
.Sumber: Sahabat Pencinta Al Quran
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Soal Nafkah, Ibu Tunggal Jangan Sedih Bekas Pasangan Tidak Jalankan Tanggungjawab “Yakin Dengan Rezeki Allah”
Isi Kandungan
ToggleSoal nafkah, ibu tunggal jangan sedih bekas pasangan tidak jalankan tanggungjawab. Sememangnya apabila bergelar ibu tunggal banyak yang akan dilalui.
Apatah lagi bila berhadapan dengan bekas suami yang culas soal nafkah anak.
Komen Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Soal Nafkah, Ibu Tunggal Jangan Sedih Bekas Pasangan Tidak Jalankan Tanggungjawab
Menerusi perkongsian ibu tunggal yang cukup tabah dan berjaya Puan Dzuriasikim Dzulkefli menerusi akaun Facebooknya cukup memberi manfaat buat golongan wanita di luar sana yang bergelar ibu tunggal.
Pengalaman yang dilalui selepas berpisah dengan suami cukup memberi pengajaran. Malah Puan Dzuriasikim juga memberikan inspirasi buat wanita yang senasib dengannya.
SOAL NAFKAH
- Soal nafkah ini telah membuatkan ramai wanita yang terpaksa berpisah dengan pasangan mereka turun naik mahkamah. Berhempas pulas, “struggle” untuk mengurus waktu (banyak waktu terbuang), tenaga, airmata, maruah, tekanan emosi dan entah apa lagi.
- Berasa sedih apabila bekas pasangan tidak menjalankan tanggungjawab mereka. Membuatkan banyak ibu tunggal meletakkan harapan kepada manusia dan seolah rezeki tersekat untuk banyak perkara.
- Sebetulnya begini….
Bertenanglah…
Kerana Allah memberikan tanggungjawab kepada kita.
Dan ujian kepada kita mengikut kekuatan kita sendiri.
- Berhentilah untuk berharap kepada manusia.
Saya tidak pernah berharap kepada bekas pasangan untuk menyara anak-anak saya.
- Saya juga tidak menghabiskan waktu untuk bergaduh di mahkamah demi menuntut hak. Sebaliknya saya selalu yakin dan percaya bahawa rezeki dari Allah itu Maha luas dan tidak akan pernah habis.
- Ketika Hakim berkata kepada bekas pasangan saya…
“Kamu telah bernikah selama 20 tahun dan dia telah melahirkan 5 orang anak buat mu. Tidakkah kamu ingin memberikan sedikit saguhati kepadanya?”….
“Tidak….” Jawab bekas suami saya.
Dan Tuan Hakim bertanya kepada saya jika ada apa-apa yang saya ingin tuntut….
Saya menjawab….
“Saya yakin dengan rezeki Allah…. Tak apalah Yang Arif jika saya tak dapat apa-apa pun….”.
- Rasa hiba. Bukan kerana tidak mendapat apa-apa. Tetapi kerana penantian yang begitu lama akhirnya berakhir. Nilai detik itu jauh lebih berharga buat saya dari sebarang bentuk harta. Saat ini hanya boleh difahami oleh mereka yang sudah lama bertarung kerana perlu keluar dari sebuah ikatan perkahwinan.
- Begitu sahaja.
Saya baru bekerja pada waktu itu.
Saya juga tidak punya harta.
Saya tidak punya simpanan melainkan hanya ada sedikit barang kemas dan wang yang tidak sampai seribu ringgit untuk bayar sewa rumah dan makan minum kami 6 beranak. Juga saya tidak tahu bilakah akan ada wang lagi kerana orang berniaga ini pendapatannya tidak menentu.
- Saya benar-benar dalam keadaan terhimpit dan susah pada waktu itu.
Datang ke mahkamah pun dengan menaiki teksi sahaja. Sepanjang perbicaraan yang sering ditangguhkan kerana bekas pasangan sering tidak hadir, saya terpaksa ambil cuti. Kemudian cuti separuh hari. Dan cuti lagi. Dan lagi.
- Ada kalanya ya saya datang awal pagi untuk perbicaraan seisi pagi. Tetapi hampa. Bila bekas pasangan tidak hadir, ianya kadang dianjak ke seisi petang pula. Dan saya terpaksa menjelaskan kepada pejabat tentang ini. Anda tahu, saya juga perlu menguruskan perihal persekolahan anak-anak yang masih kecil waktu itu. Ada kalanya memerlukan kita hadir di sekolah. Jadi, perlu ambil cuti juga lagi.
- Tidak semua orang akan faham tentang kepayahan seorang ibu yang perlu berjuang ketika ini. Di pejabat, ada yang menyindir bertanyakan mengapa kes saya menjadi sangat sulit. Kata seseorang kepada saya, kakaknya sendiri juga pernah bercerai. Tetapi dia tidak perlu hadir di mahkamah. Semuanya diserahkan kepada peguam sahaja. Tahu-tahu dapat sijil cerai. Saya hanya mampu mengangguk-angguk kan kepada. Saya tidak punya wang yang banyak. Untuk membukan fail sahaja perlukan sekurang-kurangnya 5K. Wanita perlu tabah untuk banyak perkara.
- Saya tidak ada pergantungan kepada manusia melainkan Tuhan. Dan dengan keyakinan yang mutlak sewaktu saya melafazkan kata-kata sewaktu perbicaraan (bahawa saya yakin rezeki itu datang dari Allah). Yakin 300%! Muktamad dalam hati dan jiwa saya. Segala kepayahan yang saya lalui membuatkan saya lebih banyak berdoa untuk memberikan yang lebih baik dan baik lagi buat anak-anak. Saya lihat mata mereka. Itulah kekuatan saya.
- Wanita,
Berhenti berharap kepada manusia.
Kerana tidak ada satupun yang sukar bagi Tuhan jika Dia mahu memberi.
- Jangan sesekali salahkan bekas pasangan jika dia tidak mampu atau tidak mahu memikul tanggungjawabnya. Jangan burukkan bekas pasangan kepada anak-anak dan keluarga. Jangan menghukum. Jangan doakan yang tidak baik. Jangan buat kerja Tuhan.
- Saya sentiasa memaafkan semua orang. Tidak ada sebarang perasaan dendam dalam jiwa saya. Zero dendam. Kosong.
- Yang ada hanya kesyukuran.
Saya selalu menangis kerana sangat bahagia dengan ketentuan yang Allah berikan. Syukur.
- Jadilah wanita yang kuat dan cekal.
Tuhan lebih tahu apa kemampuan mu…
Walaupun kita mungkin selalu berfikir bahawa kita tidak akan mampu untuk terus melangkah.
- Yakin bahawa rezeki itu dari Allah dan manusia hanyalah perantara. Berusahalah untuk mencari rezeki. Berusaha untuk perbaiki diri. Berusaha menjadi diri kita yang lebih baik setiap hari. Jika rezeki kita tersekat itu bukanlah salah bekas pasangan, sebaliknya semak diri kita dan usaha lagi. Jika rezeki itu benar adalah hak mu, maka ia akan datang juga nanti. Allah akan ganti. Dengan cara yang tidak pernah kamu jangka nanti.
- InsyaAllah, segalanya akan baik-baik sahaja.
Trust Allah.
Trust Allah will never put us in the situation that we can’t handle.
- Urus emosi mu dengan matang dan tenang agar setiap tutur kata yang keluar dari bibir mu tetap baik biarpun dalam keadaan yang tidak baik.
Baca Disini : Curang Tak Kenal Paras Rupa, Tak Perlulah Salahkan Diri, Kekallah Jadi Wanita Hebat
Pernah Rasa Jadi Ibu Tunggal, Che Ta Mahu Bantu 1 Juta Wanita! “Rezeki Itu Ada Di Mana-Mana”
Mingguan Wanita : Wanita kena cekal apatah lagi bila bergelar ibu tunggal.
Sumber : Facebook Dzuriasikim Dzulkefli
Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda!
Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL
Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami ‘Berselera’ Pelik, Aku Syukur Akhirnya Bebas Walau Terpaksa Sandang Status Janda
Isi Kandungan
ToggleSuami adalah lelaki yang paling disayangi, dipercayai dan diharapkan dapat melindungi diri seorang wanita selepas berkahwin. Tugas itu dahulunya dipikul oleh ayah, akhirnya diserahkan pada insan yang bergelar suami untuk menjaga anak gadisnya.
Suami Sepatutnya Pembimbing
Tiap wanita tentunya mengimpikan hidup yang bahagia, punya suami yang menyayanginya sepenuh hati dan dapat membimbingnya ke jalan yang Allah. Namun, bukan semua mampu memiliki apa yang diimpikan.
Ikuti pengakuan daripada seorang wanita yang menggemarkan dirinya sebagai Ana. Berusia lewat 30-an dan memiliki empat orang anak. Mungkin kisah rumah tangga yang ingin dikongsikan ini sukar dipercayai. Namun itu adalah kisah yang benar-benar terjadi dalam hidupnya.
Dikahwini Suami Sebagai Isteri Kedua
Aku berkenalan dengan suami ketika kami menghadiri satu kursus di antara jabatan kerajaan. Aku waktu itu sudah berusia lewat 20-an. Imejnya yang islamik membuatkan aku tertarik padanya walau pun aku tidak bertudung. Sepanjang kursus itu, dia yang sering menjadi imam solat dan mengetuai bacaan doa.
Sejak itu kami mula rapat dan bertukar-tukar telefon. Dari awal dia memberitahu bahawa dia duda anak tiga. Waktu itu aku dapat terima kerana dia jujur. Bahkan dia tak paksa untuk aku terima dia.
Dah jodoh, akhirnya kami diijabkabulkan sebagai suami isteri. Terus terang, dia memang suami yang baik. Rajin membantu kerja rumah. Cuma ada rahsia yang ku simpan kemas dan tak pernah ku ceritakan pada sesiapa pun.
Baca artikel menarik lain di sini:
Walaupun Isu Kecil Rumah Tangga, Suami Isteri Kena Ambil Perhatian, Kena Sama Baiki
Bila Jadi Isteri, Suami Diutamakan Tapi TANGGUNGJAWAB Pada Mak Ayah Sampai Bila-Bila
Hobi
Di sebalik imej islamiknya itu, dia memiliki hobi pelik iaitu suka menonton filem ‘dewasa’. Aku juga diminta untuk bermekap dan memakai pakaian tidur seksi setiap kali sebelum bersamanya di ranjang. Di awal perkahwinan, ku sangka mungkin mood pengantin baru. Rupanya itu adalah kemahuannya jika kami ingin bersama.
Pernah teruk aku dimarahi kerana enggan bermekap bila dia ingin bersamaku. Akhirnya nak tak nak, sebagai isteri aku akur. Selain itu, selepas kahwin, aku teringin nak pakai tudung tapi suami tak izinkan.
Katanya tunggu hingga aku lebih berusia. Hairan juga aku kerana sepatutnya dia bimbing aku untuk lebih baik. Tapi ini pula sebaliknya. Bahkan dia akan minta aku inaikan rambutku dengan warna perang. Tentu orang ingat aku yang tak berubah walau pun sudah berkahwin dengan lelaki yang baik, beriman. Hanya aku saja yang tahu kebenarannya.
Bertahun Pendam Rasa
Terus terang, aku tertekan dengan sikap suamiku itu. Apatah lagi aku rasakan bila bersamanya, dia akan membayangkan aku seperti wanita-wanita yang ditontonnya dalam filem dewasa itu. Tapi, apa dayaku sebagai isteri?
Kadangkala terlintas untuk aku berkongsi dengan ahli keluargaku, tapi aku rasa malu. Apatah lagi tentu ramai tak percaya bila melihatkan imej luarannya itu.
10 Tahun Bertahan
Selama 10 tahun aku menjalani kehidupan yang sebegitu. Aku sering berdoa agar suami akan berubah atau ditunjukkan jalan yang terbaik untukku.
Sehingga satu hari, suami meminta izinku untuk berkahwin lagi seorang. Yang memeranjatkan aku, wanita itu masih muda dan seksi orangnya. Rupanya suami berkenalan dengan wanita itu yang bekerja di sebuah hotel. Kalau dilihat, umpama mustahil suami memilih wanita begitu sebagai isteri.Tapi tidak bagiku kerana aku tahu selera pelik suamiku.
Saat itu, aku umpama dibukakan jalan untuk aku keluar dari rumah tangga yang tak membahagiakan itu. Aku tekad tuntut cerai kalau dia ingin mengahwini wanita itu. Dia yang sedang mabuk kepayang hanya bersetuju.
Dipendekkan cerita, suami melafazkan talak satu padaku dan aku mendapat hak penjagaan anak-anak. Aku lega dan reda walau pun bergelar janda. Aku rela hidup susah daripada terus hidup dalam tekanan.
Dihubungi Isteri Pertama
Tak tahu daripada mana dia mendapat nombor telefonku, aku dihubungi oleh bekas isteri pertama bekas suamiku. Rupanya dia bercerai dulu adalah disebabkan hal yang sama. Dia tak sanggup lagi berdepan dengan selera pelik suami. Aku juga diberitahu, rupanya isteri baru bekas suami itu bekas GRO. Aku hanya mampu terdiam.
Jangan lupa follow kami di:
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI