Pasangan Cerewet Yang Amat, Jangan Mengeluh Sebab Itu Tandanya Dia Jenis Pembersih!

Share

Agak banyak kita dengar cerita pasangan yang sudah sah jadi suami isteri tetapi baru kenal betul-betul bila dah kahwin. Apa yang tak best didengar, pasangan yang sekatil dengannya mempunyai sikap yang cukup cerewet. Bukan sahaja dari segi makanan tetapi juga penampilan mahupun kebersihan.

Haa… bagus ke sikap macam ni? Dan macam mana nak jaga hati dan bersabar dengan orang yang ada sikap ini ya? Sebenarnya sikap ini tidak teruk sangat tetapi kalau terlampau cerewet ini jadinya…

Kesan Bila Terlalu Cerewet

Boleh merimaskan pasangan dan ada kalanya sifat cerewet ini boleh membawa kepada stres, kemarahan, pergaduhan dan perselisihan faham kerana selalu ditegur dan diperlakukan seperti anak-anak.

Inilah perkara cerewet yang sering ditegur:

1. Tak menutup kembali penutup ubat gigi yang telah digunakan.
2. Mengambil lauk makanan dengan tidak menggunakan sudu dan menggunakan tangan kanan yang penuh dengan nasi.
3. Tak menyidai tuala mandi yang telah digunakan.
4. Tak mengasingkan warna baju yang telah digunakan untuk dicuci.
5. Pengotor dan berbau busuk.
6. Tak menaikkan kembali tempat duduk tandas selepas digunakan.
7. Memeriksa pintu berkali-kali untuk memastikan telah dikunci dan sebagainya.

Mungkin pada awal perkahwinan tidak menjadi satu bebanan, namun, lama-kelamaan sikap ini boleh merimaskan pasangan. Apa tidaknya, tentu ada sahaja yang tidak kena di mata pasangan. Jadi, macam mana agaknya cara untuk menangani masalah pasangan yang terlalu cerewet dan baik buruknya sikap ini dalam rumah tangga?

Tip Tangani Pasangan Cerewet

Setiap pasangan perlu memahami tentang cerewet yang sedia ada dan adakah ia boleh diterima atau tidak. Ada perkara yang ditegur itu benar dan telah disalah tafsirkan sebagai cerewet.

Ada cerewet yang boleh bertolak ansur. Ini semua terpulang kepada cara kehidupan masing-masing. Setiap cerewet yang dirasakan keterlaluan hendaklah di bincang supaya dapat diselesaikan secara aman atau difahami kenapa ianya berlaku.

Setiap pasangan mempunyai pilihan, menerima cerewet dan mengikutnya atau tidak mengindahkan cerewet tersebut.

Walau macam mana setiap pasangan boleh agree and compromise setiap perbuatan supaya tidak mendatangkan keadaan yang membosankan

Apa Yang Patut Dilakukan

Setiap orang yang mempunyai sifat cerewet akan menyusahkan pasangan mereka dan orang lain. Bagi pasangan seperti ini perlulah bertolak ansur dan janganlah meletakkan sikap perfectionist kita ke atas pasangan kita atau orang lain.

Setiap pasangan janganlah melenting, jika tidak bersetuju, jangan mencari dan memulakan pergaduhan disebabkan pasangan cerewet kerana semua boleh dibawa berbincang.

Jadi kepada anda yang ditakdirkan mempunyai pasangan yang cerewet, sama ada suami atau isteri, anda kena rasa bersyukur atas kurniaanNya. Jangan sesekali mengeluh sebab suatu masa apabila sikap cerewet tersebut tiba-tiba hilang, anda akan merinduinya malah anda boleh faham sesungguhnya ada sesuatu yang tidak kena dengan isteri anda.

Published by
Nadia