Pasang CCTV Demi Keselamatan, Luluh Hati Suami Bila Tahu Isteri Curang

Share

Pasang CCTV demi keselamatan isteri, luluh hati suami bila tahu isteri curang dengan lelaki lain.

Ujian buat suami ini, bayangkan perasaannya yang begitu sayangkan isteri akhirya mengetahui isteri yang dicintai tergamak menduakan dirinya.

Pasang CCTV Demi Keselamatan

Gara-gara memasang sistem televisyen litar tertutup (CCTV) demi memantau keselamatan isterinya, luluh hati seorang suami apabila mendapat tahu bahawa isteri tercinta curang dengan lelaki lain semasa ketiadaannya, lapor laman berita Berita Hits hari ini.

Lelaki tersebut, Peng Jichang yang berasal dari bandar Wuhan, China  telah berkahwin dengan isterinya selama lima tahun.

Luluh Hati Suami

Disebabkan corak pekerjaan Jichang yang sering bertugas di luar kawasan, dia membuat keputusan untuk memasang CCTV bagi memantau keselamatan isterinya dan sebagai menghilangkan rasa rindu.

Pada suatu hari, ketika Jichang memeriksa rakaman CCTV menerusi telefon bimbitnya, dia terkejut melihat isterinya membawa pulang lelaki lain dan melakukan hubungan intim dengan lelaki tersebut di pelbagai sudut di dalam rumah mereka.

Bila Tahu Isteri Curang

Selepas diselidiki, Jichang mendapat tahu bahawa kedua-dua mereka sebenarnya telah mempunyai hubungan sulit selama tujuh tahun, iaitu sebelum dia mengahwini wanita berkenaan.

Disebabkan berasa kecewa, Jichang akhirnya membuat keputusan untuk menceraikan isterinya kerana wanita itu tidak menunjukkan rasa menyesal selepas melakukan perbuatan tersebut. – AGENSI

Artikel Berkaitan:

Suami Kantoi Curang Selepas 13 Tahun Berkongsi Hidup, Isteri Tak Marah Mahu Nikahkan Suami

CURANG, Apa Tak Kena & KURANGNYA Lagi Pasangan, Jangan Nak Cari Alasan!

Curang Di Tempat Kerja, Isteri Bawa Anak & Sijil Nikah Kantoikan Suami

Mingguan Wanita : Lelaki yang baik untuk wanita yang baik, begitu juga sebaliknya. Semoga suami ini mendapat pengganti isteri yang lebih baik.

 Sumber: Kosmo Online

Mingguan Wanita boleh diikuti di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita

FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini: https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak

Website: https://www.mingguanwanita.my/

Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en

Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Published by
Syazwani Mehat