“Pasal Kabinet Baru Itu Diluar Ruang Lingkup Kuasa Kita, Yang Ada Dalam Rumah Patut Diusahakan Sebaik Mungkin…”

Share

Pada hari paling dramatik sejak keputusan pilihan raya umum yang disifatkan sebagai “titik perubahan”, dan baru-baru ini Perdana Menteri baru Malaysia Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan nama kabinet baru Malaysia.

Macam biasa, ada yang OK dan ada yang kurang senang dengan perlantikan yang telah diumumkan. Namun dalam bising-bising tentang isu politik ini, ada pandangan yang tepat daripada Puan Siti Aminah Sulaiman tentang isu ini. Jemput membuka minda bersama…

Kecoh dah dekat group sebelah katanya ada kepimpinan baru dikalangan Syiah. Semua dok pakat-pakat risau sampai ada yang tak boleh lelap mata sampai tengah malam.

Kemudian ada sahabat terdekat yang mesej suarakan kerisauan yang kabinet baru lagi ramai Non muslim dari Muslim, bunyi seolah menyesal dengan apa yang berlaku.

LGBT, Kritianisasi, Syiah semua mula bermain dalam fikiran kita pasca PRU 14 ni.

Saya hanya membaca dan diam tak membalas.

Dalam hati saya tertanya-tanya..:

“Kenapa aku tak risau macam orang lain ni?

Aku ni dah giler ke apa ni?”

Teringat saya kisah Rasulullah saw yang bermimpi melihat hujung pedang Baginda patah sebelum perang Uhud

Tetapi pada awal paginya Rasulullah tetap bangun dengan penuh semangat bersiap dengan pakaian perang dan meluruskan barisan tentera Islam

Seolah tidak langsung terkesan dengan mimpi malam sebelumnya

Kerana Baginda begitu optimis dalam setiap perancagan Allah

Kisah ini dirakam dalam Surah Ali Imran ayat 121:

“Dan (ingatlah) ketika kamu berangkat pada pagi hari dan (rumah) keluargamu akan menempatkan para mukmin pada beberapa tempat untuk berperang. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, “

Kisah ini sungguh menginsiprasikan diri saya yang kerdil ini waktu pertama kali mendengarnya dari Ustaz Syaari Abd Rahman.

Seolah beritahu bahawa jangan dirisaukan perkara yang masih samar dan belum jelas,
Jangan dirisaukan esok yang belum berlaku.

Andaikata ada yang berlaku tidak selari dengan kehendak kita pun,
tetaplah kita sebagai orang yang beriman percaya dengan hikmah disebalik kejadian itu.

Bukanlah saya LANGSUNG tak risau dengan penyebaran gejala LGBT, Kristianisasi dan Syiah, tetapi saya tidak mahu sia-siakan masa yang begitu berharga untuk fikir perkara yang belum jelas lagi

Yang lebih wajar saya lebih risaukan jika anak saya tak bangun solat subuh.

Yang patut saya sedih jika anak lelaki saya tak dapat solat Jemaah di masjid.

Yang buat saya runsing bila tengok anak saya tak khusyuk dalam solat fardu dia sebab tak faham bacaan Fatihah.

Malah pernah saya menangis melihat anak saya solat laju terus tahhiyat akhir sekelip mata.

Bermalam saya tak boleh tidur fikirkan solusi bagaimana nak buat anak khusyuk dalam solat, alhamdulillah Allah beri ilham lepas saya berdoa.

Sahabat dikasihi yang sedang membaca post ini, yakinlah bahawa salah satu PERANGKAP SYAITAN ialah buat kita risau dengan perkara yang belum pasti.

Ini sesuai dengan firman Allah dalam surah al An Nas:

“Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dalam kalangan jin dan manusia.”

Ada perkara yang kita boleh kawal dan ada yang kita tak dapat kawal,

Apa yang berlaku diluar sana adalah diluar ruang linkgup kuasa kita

Tetapi apa yang berada didalam rumah masih boleh kita usahakan sebaik yang mungkin

Risaulah jika kita sebagai ibu bapa tak mampu menjalankan tanggungjawab kita mndidik anak dengan baik dirumah.

Risaulah jika kita tak dapat menerapkan akidah yang jitu dari rumah,  Jangan sekadar harapkan institusi luar untuk jaga akidah anak kita.

Yang bakal Allah tanya nanti ialah USAHA kita mendidik anak beriman pada Allah, bukan Natijahnya sama ada anak itu beriman atau tak kerana hidayah petunjuk itu milik Allah semata-mata.

Lihat bagaimana Allah merakam dialog Luqman berdakwah pada anaknya dalam Al Quran, langsung tak disebut adakah anaknya itu beriman atau tak pada akhirnya.

Telusuri juga kisah dakwah Nabi Yusuf pada 2 orang sahabat banduannya ketika dalam penjara.

Tidak diceritakan sama ada akhirnya banduan itu beriman atau tidak.
Kerana Allah sedar itu diluar lingkup kuasa kita.

Baginilah Al Quran mengajar kita berfikir secara sihat, supaya kita terus fokus pada apa yang mampu kita kawal.

Bukan apa yang diluar kawalan dan belum pasti. Berhati-hati dengan PERANGKAP SYAITAN!

Bersikap optimis bukan bermaksud tidak peka atau ignorant dengan apa yang berlaku pada sekeliling kita, tetapi elakkan ‘risau melampau’ kerana syaitan gemar dengan orang lemah yang selalu runsing.

Jadilah golongan yang bijak dalam menilai info yang kita terima setiap hari dari media massa.

Semoga Allah memberi kita petunjuk dan hidayatNya sentiasa kepada kita dan ahli keluarga.

Amin ya Rabb.

Published by
Nadia