“Mama Tak Dapat Jual Bunga…” Luahan Ibu Yang Sedih Sebab Paru-paru Anaknya Dijangkiti Virus

Share

Sebak hati apabila melihat keadaan anak yang masih kecil ini ada masalah jantung sebelah kanan lemah dan paru-paru juga sudah dijangkiti virus.

Tak mampu untuk membiayai kos rawatan, jadi ibu ini terpaksa meminta bantuan netizen bagi mengurangkan beban sebab dirinya juga tak dapat keluar mencari rezeki seperti biasa. Untuk ketahui cerita penuh, baca perkongsian Puan Nur Rabitahani

ini…

Ini Kisahnya

Mama tak dapat jual bunga, Mama ada ni jaga adik. Mama sedih sebab tak ada duit untuk rawat sakit adik. Maafkan Mama dik…. Mama tak tinggal adik walau seminit, mama terpaksa mintak bantuan kawan-kawan mama untuk hantar adik ke hospital IJN supaya adik sembuh. Mama tak kuat tapi terpaksa tempuh semua ni, air mata mama tak berhenti mengalir. Hanya Allah yang tahu perasaan Mama ni bila pandang adik.

Assalamualaikum… saya Nur Rabitahani, Mama kepada Nur Jannah Wardina ingin memohon bantuan untuk anak saya dengan ikhlas hati kerana terpaksa dihantar ke IJN Kuala Lumpur dan berjumpa pakar di sana untuk mengetahui sama ada terpaksa melakukan operation jantung / tidak kerana jantung sebelah kanan baby lemah. Dengan keadaan baby paru-paru dijangkiti virus.

Boleh salurkan melalui No akaun:

Nur rabitahani binti basroh
162094-172079
Maybank
No telefon: 017-2418414

Hanya Allah S.W.t sahaja yang dapat membalas segala kebaikan anda yang sudi membantu.

Published by
Nadia