Parking depan rumah boleh kena denda RM2000, kenderaan ganggu lalu lintas berdepan disaman. Satu perkongsian di facebook Persatuan Kebajikan Penduduk Sungai Kapar Indah yang mengingatkan warga penduduk agar tidak meletakkan kenderaan sesuka hati hingga mengganggu lalu lintas menarik perhatian warganet.
Ini kerana kenderaan yang didapati mengganggu lalu lintas termasuk diletakkan di persekitaran rumah yang didapati menghalang lalu lintas boleh disaman oleh pihak berkuasa tempatan sehingga RM2000.
Menurut facebook Persatuan Kebajikan Penduduk Sungai Kapar Indah, ihak MPK sedang menjalankan operasi menghantar NOTIS PEMBERITAHUAN perletakaan kenderaan sembarangan di Taman Perumahan. Ini termaktub di dalam Undang² kecil UUK 8 (1) Taman MPK 2005. Kesalahan bolih di kenakan penalti am tidak melebihi Dua Ribu Ringgit (RM 2,000.00)
Kereta parking menegak depan pagar rumah tidak dibenarkan dan Notis Pemberitahuan telah ditampak dicermin pemilik kereta.
Diharapkan penduduk Taman SKI ambil maklum berkenaan perkara ini.
Memetik laporan Sinar Harian, Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengakui ada mengeluarkan beberapa notis pemberitahuan kepada penduduk agar tidak meletakkan kenderaan sembarangan di Taman Perumahan Sungai Kapar Indah (SKI) pada Rabu.
Pengarah Komunikasi Korporatnya, Norfiza Mahfiz berkata, notis itu dikeluarkan bagi memastikan pemilik kenderaan tidak menghalang laluan kenderaan lain untuk keluar dan masuk.
Ads
Parking Depan Rumah Boleh Kena Denda RM2000
Menurutnya, notis itu juga penting bagi memastikan pemilik mengalih dan memindahkan kenderaan mereka segera.
“Kepada mereka yang ingkar, tindakan boleh dikenakan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 8 (1) Taman MPK 2005 dan dikenakan penalti am tidak melebihi RM2,000,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Kenderaan Ganggu Lalu Lintas Berdepan Disaman
Norfiza berkata, penguatkuasaan UUK itu adalah usaha kawalan berterusan agar persekitaran taman perumahan berada dalam keadaan kondusif di samping mendidik masyarakat bertanggungjawab.
“Kita menasihatkan pemilik kenderaan meletakkan kenderaan di tempat yang sepatutnya dan tidak melanggar peraturan telah ditetapkan,” jelas beliau.
Bila melihat beberapa selebriti menanggalkan hijab, pelbagai tanggapan mula diperkatakan. Pandangan dari Ustazah Sharifah Khasif ini boleh dijadikan panduan.Semoga kekal istiqamah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Linda Jasmine lalui kehidupan dengan baik sebagai ibu tunggal. Selepas berpisah dengan bekas suaminya, Que Haidar kini kehidupan Linda Jasmine Hashim baik-baik saja.
Akui Linda Jasmine walau sudah berpisah namun dirinya dan Que Haidar masih menjalinkan hubungan yang baik demi anak-anak dan kini masing-masing membawa haluan sendiri.
Linda Jasmine Lalui Kehidupan Dengan Baik
“Sebelum saya kahwin dengan Que, saya sudah biasa seorang dan menguruskan anak saya buat sendiri. Jadi, sebenarnya tak ada beza, sama saja selepas bercerai.
“Hubungan saya dengan Que pun okay, tiada masalah. Kami berpisah secara baik, Alhamdulillah. Tiada masalah. Tak ada gementar ke apa. Tak ada,” ungkap Linda Jasmine ketika ditemubual Malam Anugerah Nona Superwoman Awards 2024.
Sepakat Tidak Kongsi Hal Peribadi
Malah Linda juga sudah sepakat dengan bekas suaminya agar tidak perlu berkongsi hal berkaitan peribadi.
“Memang saya cuba elak ‘as much as possible’ daripada apa-apa khabar di media sosial. Sebab bagi saya, ini isu peribadi iaitu rumah tangga dan buat apa saya nak kongsi dengan semua orang.
“Jadi, saya rasa tak perlu kot. Tak perlu buat sebarang perkongsian hal rumahtangga. Saya juga tak nak macam kecoh-kecoh yang tak sepatutnya, tak diperlukan pun,” sambung Linda.
Tambah Linda lagi kini dirinya melalui kehidupan dengan baik sebagai ibu tunggal. Untuk rekod, pada 26 Oktober tahun lalu, Que mendedahkan dia dan Linda sudah sah bercerai pada 2 Julai tahun lalu selepas 15 tahun hidup bersama. Mereka mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Tengku Ratu Haidar, 16, dan Tengku Cleopatra Haidar, 13. Linda juga memiliki seorang anak lelaki, Qalif Khan, 24, hasil perkahwinan terdahulu.
Ibu keluar ambil barang, kereta terkunci secara automatik.’ Kanak-kanak dua tahun terperangkap daam kereta. Mujurlah tindakan pantas bomba dapat menyelematkan kanak-kanak ini.
Kadang-kadang mak-mak tiada pilihan terpaksa tinggalkan anak di dalam kereta , namun malang tak berbau. Syukur anak ini dapat diselamatkan.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun terkunci di dalam sebuah kereta Honda ketika ibunya keluar mengambil barang di Taman Kesidang, Bachang, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa bagaimanapun berjaya dikeluarkan dengan bantuan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah.
Kereta Terkunci Secara Automatik
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Abdul Rahim Ismail berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 8.34 pagi dan sepasukan enam anggota bersama-sama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi.
“Setiba di lokasi kita dapati seorang kanak-kanak lelaki telah terkunci di dalam kereta jenis Honda dan kerja-kerja menyelamatkan mangsa dilakukan.
“Mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira sembilan minit kemudian dalam keadaan selamat dan diserahkan semula kepada penjaganya,” katanya.
Mengulas lanjut beliau berkata, hasil soal siasat, kejadian dikatakan berlaku ketika ibu kanak-kanak tersebut keluar dari kenderaan untuk mengambil barang.
“Selepas keluar, kereta itu secara tiba-tiba terkunci secara automatik menyebabkan anaknya terperangkap.
“Kes sebegini kerap berlaku dan kita meminta agar para penjaga lebih bertanggungjawab dan tidak meninggalkan anak masing-masing seorang diri di dalam kereta,” katanya.
Mingguan Wanita : Semoga mak ayah lebih berhati-hati dan menjadikan kisah ini sebagai panduan agar tidak mengambil mudah dalam menjaga keselamatan anak-anak.
Kalau betul sayang baju dan tak suka baju cepat rosak, anda kenalah cedok ilmu cuci pakaian dengan betul. Haaa… tak semua baju boleh sumbat dalam mesih basuh ya, dan kalau nak baju jadi lembut dan sedap pakai kena ikut tip ini.
Bahan Cuci Pakaian:
Sediakan bahan:
2,5 liter air
100 gram garam
Caranya:
1. Siapkan air dalam baldi.
2. Tambahkan garam dan kacau rata.
3. Rendam pakaian yang ingin dilembutkan di dalam cairan lebih kurang 3 hari.
4. Cuci dengan sabun seperti biasa dan keringkan.
Cara mudah ini akan membuat pakaian anda lebih lembut dan tidak keras ketika sarung. Garam juga boleh digunakan untuk menghilangkan kesan kotoran degil pada kain. Selamat mencuba dan semoga informasi ini bermanfaat, ya!
Tip Elak Baju Cepat Rosak Dan Bau Hapak
Baju Ada Manik
Untuk jaga maniknya daripada rosak, anda cuma perlu rendam sahaja kainnya dalam air sabun kemudian gosok tanpa berus. Tetapi kalau betul-betul nak jaga elok bawa ke dobi untuk cucian kering.
Seluar Jeans
Kalau nak hilangkan bau seluar jeans, petuanya kena letak dalam peti ais, ini untuk membunuh kuman yang membuat seluar jean berbau. Tapi rasanya tak semua sanggup letak kain baju dalam peti ais, jadi anda boleh terbalikkan seluar jeans dulu sebelum masuk mesin basuh untuk elak cepat pudar. Pastikan guna sabun yang sedikit dan tetapkan suhu air kepada 30 darjah.
Asing Ikut Warna
Janganlah basuh kain main campur-campur, cepatlah rosak bajunya. Tahu tak yang putih boleh bertukar buruk kalau dibasuh dengan baju berwarna.
Baca Label Di Kain
Ini ramai yang tak buat sebab nak cepat tapi lepas ini tolong ubah ya. Wajib baca label di baju dulu sebab ada sesetengah pakaian kena basuh dengan cara cucian kering, tak boleh guna mesin, memerlukan air sejuk saja dan mungkin cuma perlu air panas.
Seluar Dalam
Seeloknya pakaian dalam anda perlu cuci tangan, barulah tahan lama dan bertul-betul bersih. Kalau malas sangat, beli jaring cucian khas dan pastikan tetapan mesin basuh anda delicate. Jangan lupa letak pelembut pakaian tapi jangan letak peluntur pula!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!