Pari betina hancing sebab datang bulan, pemilik pasaraya kongsi ilmu pilih pari segar dan tak berbau. Ramai yang percaya bau ikan pari betina hancing sebab datang bulan. Namun ianya bukan fakta sebaliknya itu mitos semata-mata.
Pemilik sebuah pasaraya Tropika Freshmart Bangi di Bandar Baru Bangi, Puan Asmah Chem berkongsi ilmu dari sudut Sains mengenai pari hancing selain berkongsi cara memilih pari segar dan tak berbau di facebooknya.
Ikuti perkongsiannya.
Orang melayu percaya, pari hancing disebabkan pari betina datang bulan. Sampai ke hari ni, masih ramai berpegang kepada teori tersebut.
Sebenarnya ia adalah Mitos semata, kerana pari bukanlah mamalia yang mempunyai endometrium. Oleh sebab itu, pari tak mungkin terlibat dengan kitaran haid. Pari bertelur dan anaknya menetas di dalam badan. Selepas menetas, anak tersebut dikeluarkan dari badan. Jenis reproduksi ini dinamakan ovovivipar.
Sebenarnya di dalam badan pari terdapat urea dan trimethylamine oxide (TMAO) yang berfungsi untuk menstabilkan protein bila kepekatan urea tinggi.
Bila ikan pari mati dalam tempoh yang lama, ikatan peptida protein terurai kepada cyanate dan ammonium seterusnya membebaskan karbon dioksida dan ammonia. Ammonia inilah yang berbau hancing. Semakin lama kematian berlaku, bau hancing semakin kuat, lebih2 lagi dalam organ pari.
Saya dah berniaga pari hampir 8 tahun, tapi tak pernah terserempak dengan pari hancing. Sebaik saja pari naik dari jeti, pari terus dibawa ke kedai, siang, buang organ dan potong. Tidak pernah ada yang hancing kerana ianya segar.
Hakikatnya, pari hancing disebabkan tidak segar. Bukan disebabkan datang haid. Berhenti mempercayai mitos yang bertentangan dgn ilmu sains.
Tips memilih pari segar, pastikan isi kelihatan pejal, merah dan segar. Elakkan membeli pari yang sudah lembik dan pucat. Hidu bau pari tersebut dan pastikan baunya segar dan tidak hancing.
Pilihlah pari yang segar untuk mengelakkan masakan rosak akibat bau hancing. Bau hancing tidak akan hilang walaupun dicuci dengan 1001 petua. Wallahua’lam.
Pesanan ikhlas,
Asmah Chem
Tropika Freshmart Bangi
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI:- Pesanan Neelofa Jika Ada Yang Berhijrah Ke Arah Kebaikan Janganlah Patahkan Semangat Mereka
Organ Dalaman Anak Hangus Akibat Cuaca Panas, Dr Kongsi Tips Elak Terkena Strok Haba
Pemuda Dapat ‘Rezeki Terpijak’ Beli Tali Jam Di Pasar Karat Rupanya Emas 999
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.