Betapa beruntungnya kita dianugerah jadi mak ayah pada anak-anak dan keturunan. Bayangkan ada sesetengahkan daripada pasangan suami isteri masih belum dikurniakan anak dan belum merasai kesoronokan berkeluarga.
Namun, lain pula halnya, bila jadi mak ayah, anak-anak lasak, tengah membesar, mulalah akan timbul rasa ‘parental burnout’ dengan karenah anak yang macam ragam.
Ini belum lagi ada pasangan ‘lepas tangan’ dan serahkan 100% tanggungjawab jaga anak pada isteri. Sudah tentulah keadaan ini boleh membuat isteri ‘burnout’. Lebih teruk, akan timbul perasaan tidak seronok dan anak ini pula bawa beban.
Ingat, parental burnout tidak sama dengan burnout di tempat kerja. Inilah yang perlu mak ayah faham bila keadaan ini berlaku. Jangan simpan dan carilah seseorang yang boleh memahami dan mendengar masalah kita, seperti yang dikongsikan oleh Noor Afidah Abu Bakar ini.
Sebanyak 66% mak ayah pernah mengalami ‘Parental Burnout’ dan 2/3 daripada jumlah ini adalah para Ibu.
‘Parental burnout’ tidak sama seperti ‘burnout’ yang dialami di tempat kerja.
Jika kita mengalami ‘occupational burnout’ kita boleh ambil cuti tanpa gaji, ‘sabbatical’ ataupun letak jawatan, cari kerja di tempat lain.
Tetapi dengan ‘parental burnout’ kita tidak ada pilihan, kita tidak dapat melarikan diri dari tekanan dan kelesuan sebagai seorang ibu atau ayah. Kita perlu terus ‘bekerja’ dan memikul tanggungjawab yang sama, di tempat yang sama dengan orang yang sama di sekeliling kita.
Bayangkan.
Individu yang mengalami ‘parental burnout’ merasa sangat letih dan lesu dari segi fizikal, emosi dan mental.
Dia merasa ‘fed-up’.
Dia merasa ragu akan keupayaan diri sendiri untuk memikul tanggungjawsab sebagai seorang ibu ataupun ayah, maka dengan itu ingin menjauhkan diri dari si anak.
Ads
Hilang Keseronokan Sebagai Mak Ayah
Ada yang sampai ke tahap terdetik bahawa adalah lebih baik sekiranya anak itu tiada kerana dia tidak menyusahkan anak dan tidak membebankan dirinya sendiri.
Keseronokan sebagai seorang ibu atau ayah semakin terhakis.
Dia mula rasa gelisah, rasa bersalah, rasa malu, rasa marah.
Bercampur baur semuanya.
Dia sendiri tidak suka berada dalam keadaan burnout ini dan tidak memilih untuk merasa atau berfikir begitu.
TETAPI
Ramai ibubapa yang mengalami burnout ini memilih untuk simpan sendiri tekanan, kesukaran dan derita yang dialami kerana mulut manusia ini terlalu cepat menghukum, terlalu cepat menilai berdasarkan acuan sendiri.
“Keadaan kamu tidaklah seteruk mana. Ada yang lebih teruk.”
“Mak-mak kita dulu anak 10 relek saja, orang sekarang anak baru sorang dah stress.”
“Syukurlah ada anak, ramai orang yang bertahun-tahun kahwin tak ada anak tau!”
Macam-macam lagi dinilanya tanpa empati.
Lebih baik diam dan simpan sahaja.
Ads
Biarlah ditanggung sendiri daripada diluahkan.
“Atau mungkinkah aku sememangnya tidak layak menjadi seorang ibu.”
Individu yang mengalami ‘parental burnout’ ini bukanlah manusia yang tidak bersyukur mempunyai anak ataupun manusia yang jauh dari Tuhan.
Tidak sama sekali.
Mereka sudah sampai ke tahap tidak mampu lagi menanggung tekanan kerana kekuatan dan ketabahan yang ada sudah semakin susut.
Sedikit kekuatan yang tinggal itu tidak seimbang dengan tekanan yang semakin menggunung.
Pendengar Yang Baik
Jadilah pendengar yang baik sekiranya ada ibu atau ayah yang meluahkan perasaan tentang tekanan atau burnout yang dihadapi.
Empati!
Empati!
Empati!
Walaupun anda tergolong di antara 30% yang tidak pernah mengalami ‘burnout’ itu, teruskan menjadi pendengar yang baik kerana dengan hanya mendengar anda boleh membantu si ibu mengeluarkan apa yang membelenggu.
Ads
Anda boleh membantu si anak juga kerana ibu atau ayah yang mengalami ‘burnout’ yang kronik BOLEH mengabaikan anak dan boleh menjadi kasar dan punitif.
Anak-anak yang dilayan sebegini oleh ibu atau ayah yang mengalami ‘burnout’ menjadi lebih sukar untuk dikawal, hiperaktif dan agresif.
Anak-anak ini kemudiannya terus dihukum disebabkan oleh perangai mereka yang sukar dikawal, maka jadilah ia kitaran negatif yang tiada kesudahan, baik bagi ibu dan ayah yang mengalami ‘burnout’ ataupun anak itu.
Ramai yang tidak faham dan ramai yang tidak cuba memahami.
Cari orang yang boleh memahami untuk bercerita ataupun orang yang melalui perkara yang sama.
Cari grup yang menyokong dan bukannya menghubungi entah sesiapa.
Jangan bergantung pada media sosial untuk meluahkan kerana terlalu ramai yang tiada empati atau hanya akan meninggalkan emoji ketawa.
YANG PALING PENTING, suami dan isteri saling bantu membantu dalam memikul tanggungjawab.
Lebih parah, ‘burnout’ yang tidak ditangani boleh menjadi antara punca kepada masalah mental yang lebih serius seperti kemurungan dan kecelaruan.
Mingguan Wanita : Kerja dan tugas seorang mak ayah tak akan habis. Carilah kebahagiaan dan kegembiraan dengan anak-anak dan keluarga. Lalui dengan penuh kesyukuran dan tabah.
Sebenarnya ada teknik ‘memaksa’ suami membantu isteri, caranya senang je. Cakap terus terang tak payah berlapik. Ramai isteri yang kecewa bila suami tak tolong buat kerja rumah dan jaga anak. Isteri dah puas bagi hint tapi suami tak faham juga. Jadi memang kena sound setepek baru suami faham.
“Abang saya tak larat sangat, abang tolong mandikan anak. Saya nak masak”. Dengan cara berterus terang begini, suami faham dan jelas dengan mesej yang disampaikan isteri. Ramai isteri yang suka berlapik seperti memerli suami, menghempas barang sebagai protes dan sebagainya.
Dah tak payah nak buang masa tunjuk perasaan. Cakap je terus terang, apa akibatnya kalau suami tak tolong. Cakap juga pada suami, saya pun penat. Tanggung jawab urus rumah tangga dan anak-anak, kena buat sama-sama.
Cuma satu nak pesan, jangan cakap masa emosional nanti bergaduh besar jadinya. Masa keadaan tenang, luahkan ketidakpuasan hati pada suami. Niatkan dalam hati, sesi luahan ini demi kebaikan bersama. Bukan nak kondem suami tapi kadang suami suka ambil mudah perasaan isteri.
Terus Terang & Susun Strategi
Isteri pun kena ada strategi kalau nak suami hargai. Ikuti perkongsian daripada Dr. Syed Yusainee Yahya, Promind Training And Consultation menerusi kolum Nota UntuK Isteri, majalah Mingguan Wanita edisi Mei 2020.
Anda boleh menjadi isteri yang sangat dihargai apabila suami tidak boleh hidup tanpa anda. Jika ada peluang, sesekali cubalah hidup berjauhan sikit daripada suami. Contohnya masa berpantang atau kursus di luar kawasan. Jika selama ini suami rasa semua senang dan mudah sebab anda menguruskan dengan baik pasti dia rasa kosong bila anda tidak ada.
Kini tidak dinafikan memang ramai isteri bekerja. Isteri yang dikagumi suami adalah isteri yang menjaga adab apabila berada di luar rumah dan masih berfungsi seperti isteri konvensional di rumah.
Memang tak mudah nak buat, tapi kalau nak jadi isteri yang luar biasa jaga makan pakai suami dengan baik. Suami yang terbiasa dengan layanan superb isteri akan sentiasa merindui momen ini.
Cakap Pada Suami Apa Yang Isteri Mahu
Jangan hanya mengharap suami faham dan menjadi suami yang baik. Isteri kena cakap bagaimana cara menjadi suami yang baik. Bagitahu suami apa yang isteri mahukan dalam rumah tangga. Cakap terus terang, apa yang suami kena buat dan apa perkara yang tak boleh buat.
Semoga perkongsian ini dapat mengelakkan salah faham suami isteri dalam rumah tangga. Niatkan yang baik, insya-Allah yang datang pun baik-baik. Amin.
Bebel sebab sayang, bebel sebab amanah. Sayang semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap isteri barangkali ada senarai panjang tentang perkara yang dia mahu adu kepada kementerian yang menjaga hal wanita tentang suami mereka.
Sebagai contoh, hati isteri mendidih melihat suami yang masih di depan TV sedangkan jam sudah 1.30 pagi. Rasa seperti anda telah bermadu dengan kelas bola sepak kesayangan dia pula.
Tekak isteri kembang bila nampak kuku tangan suami panjang seperti kuku anak helang. Hitam pula tu. Siapa yang tidak geram. Betul tak?
Ya, sudah tentu perkara seperti ini sangat penting dan kalau boleh setiap suami yang melanggar hal-hal ini sepatutnya dijatuhkan hukuman berat. Ini bukan perkara main-main.
Sebagai contoh dulu rungutan tentang tugasan isteri di rumah yang tidak habis-habis. Entah dari mana tiba-tiba muncul idea supaya suami memberi elaun kepada isteri.
Gegak-gempita sebentar masyarakat membincangkan idea tersebut. Mujur idea itu telah sejuk dan tidak bergerak lagi. Tapi siapa tahu entah esok lusa tiba-tiba kita dengar pengumuman kuat kuasa undang-undang tentang perkara itu.
Kemungkinan itu tidak boleh ditolak.
Kali ini saya kongsikan beberapa perkara yang anda juga barangkali juga geram kepada suami. Namun demi keamanan dunia, lupakan sahajalah.
Silalah gubal hukuman berat untuk menghukum suami jika melakukan perkara-perkara ini, tetapi percayalah kami tidak akan berubah. Anda tentu mahu tahu, bukan?
3 Sikap Suami Yang Isteri Takkan Berjaya Dan Tak Perlu Ubah Pun
Jangan Ubah Cara Suami Memandu
Pertama sekali jangan cuba ubah cara suami memandu kereta. Mungkin suami pernah ringan mulut kata ”Ada awak nampak Papa happy dengan masakan macam ini?”
Tetapi jangan balas pula dengan merungut tentang cara suami memandu kereta. Isteri mungkin terus daftar masuk kelas memasak apabila suami merungut begitu. Izinkan saya bertanya.
Ada anda nampak kemungkinan suami akan masuk balik kelas memandu jika anda membebel dengan cara dia memandu? Tidak, bukan?
Jadi apabila dia memandu jarak jauh sila duduk dengan selesa. Lagi cepat mata mengantuk lagi elok. Sebelum tidur, salam, cium tangan, rendahkan kerusi dan tidur.
Kecuali kalau dia selalu kena saman memandu laju, langgar lampu merah atau pernah terbabas sebab mengantuk maka berhentilah merungut pasal cara dia memandu. Sebab memang rungutan anda itu tidak laku!
Bila Suami Buat Kerja Rumah, Tabahlah Terima Hasilnya
Rumahku Syurgaku! Betul dan sebab itu anda suka rumah yang sentiasa kemas. Cuma masalahnya suami anda jenis penyepah.
Dia hanya perlukan kurang daripada 10 minit untuk menukar ruang tamu yang kemas tadi menjadi seperti tongkang pecah.
Bantal dia baring sambil tengok TV terlepek di situ. Serpihan biskut bersepah. Gelas dia minum tidak dibasuh dan macam-macam lagi.
Anda boleh tegur dan serta-merta dia akan susun semula tapi ikut cara dia. Gelas tadi dia bawa ke singki dan dibasuh tapi ikut cara dia.
Curah air dan letak semula di tempat gelas. Betul tak? Itu pun nasib dia basuh. Selalu juga gelas itu akan tunggu tangan anda juga membasuhnya. Jangan terlalu serius.
Cara dia membasuh gelas itu tidak akan membuatkan anda hilang pangkat di pejabat. Pujuk hati dan bertabahlah.
Elakkan Jadi Pegawai Penyiasat Pada Perkara Tak Munasabah
Dia selalu kerja lebih masa? Balik ke rumah lewat malam? Betulkah dia kerja lebih masa atau ada perempuan lain? Hati tidak tenang dan sebab itu setiap kali dia balik anda tanya macam-macam.
Cemburu tanda sayang tetapi jangan sampai dia bosan. Itulah nasib suami dan ayah yang baik. Bekerja kuat demi keluarga tetapi terpaksa bersoal jawab bila balik ke rumah.
Kecuali anda ada bukti melebihi keraguan yang munasabah maka lebih baik senyum dan sambut dia dengan wajah manis sambil menghulur air minuman yang dia suka.
Sebab Itu Isteri Kena…
Ada banyak lagi yang mahu saya kongsikan tetapi rasanya anda sudah faham. Anda hebat sebab mengubah dasar-dasar negara mengikut apa yang anda fikir baik.
Bagus tetapi redhalah apabila tidak berjaya mengubah suami mengikut kehendak anda. Jangan membazir tenaga fikir anda kenapa suami tidak mahu berubah? Tak berbaloi dan baiklah anda buat perkara lain.
Penulis : Dr Syed Yusainee Syed Yahya, Promind Training And Consultation merupakan kolumnis ruangan Nota Untuk Isteri, majalah Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Datuk, nenek mana yang tak sayangkan cucu. Kalau boleh dia nak cucunya sentiasa ada. Kalau anak tak ada tak apa, yang penting cucu itu sendiri. Malah, kalau balik kampung sekalipun, cuculah paling yang ditunggu-tunggu.
Ikut saja apa cucu nak, semuanya akan ditunaikan oleh datuk nenek. Memang berbezalah layanan mereka pada cucu-cucunya.
Walaupun datuk, enk sayang sekalipun, bab-bab mendidik dan disiplin serahkan pada mak ayah. Boleh saja nak masuk campur tapi bukan dengan cara memenangkan cucu.
Wahai datuk, nenek/ tok ma/ tok abah/ tok wan/ dan seumpamanya,
Tolong jangan spoil cucu anda.
Ada garis halus memisahkan antara kasih sayang dan memanjakan.
Sayangkan anak, tangan-tangankan. Sayangkan cucu? Sama juga.
Tugas nak besarkan, nak didik cucu anda, terletak di bahu ibu bapanya (anak dan menantu anda). Kecuali ibu bapa dia memang abaikan terus/ dah tiada.
Bukan semua kemahuan cucu perlu dipenuhi.
Kalau dia buat salah, jangan berpihak kepadanya, terutamanya bila ibubapanya marah.
Eh, anak anda dulu pun, kena marah. Dia buat salah, kena marah. Dia tak buat salah pun kena marah juga kan?
Dia merengek nak apa-apa, anda sebut NO.
Oooo.. Saya tahu, anda rasa bersalah kan, dulu tak bermanja dengan anak sendiri. Dulu tegas dan bengkeng dengan anak.
Simpan rasa bersalah anda. Bukan boleh tebus pun apa yang dah berlalu. Benarkan anak hantu, maksud saya, anak menantu anda lalui detik membesarkan dan mendidik cucu anda tu.
Ni bukan marah, tapi nasihat!
Mingguan Wanita : Siapa yang tak sayang anak dan cucu. Tapi, janganlah terlalu manjakan sampai dioran pun boleh pijak kepala. Lagi bahaya!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...