Para Suami & Anak-Anak Hargai Wanita “Tersenyum & Tak Pernah Penat Melayan Karenahmu” Zarina

Share

Pelakon Zarina Zainuddin yang bergelar isteri dan ibu mencurahkan luahan hatinya tentang kaum wanita yang banyak berkorban demi suami dan anak-anak.

Wanita yang terkenal sebagai seorang ibu yang kental dan tabah apatah lagi terpaksa berhadapan dengan karenah dua anak kembarnya, Azal dan Azil yang juga merupakan anak istimewa autisme, tidak pernah mengeluh dengan kurniaan yang diberikan oleh Yang Maha Esa.

 

Dia yang sering berkongsi foto dan video aktiviti harian bersama anak-anaknya di media sosial kadangkala mengundang sebak netizen.

Zarina Nasihat Para Suami & Anak-Anak Lelaki Hargailah Kaum Wanita

Wanita yang bukan saja bergelar pelakon ini juga begitu gigih menjalankan perniagaan makanan, pulut kuning dan rendang. Terbaru menerusi entri di akaun Facebook Zarina menasihati kaum lelaki agar menghargai kaum wanita terutamanya golongan isteri.

Golongan wanita ini bukan saja melakukan pelbagai kerja rumah malah menolong juga membantu menjana pendapatan keluarga. Apa yang dilakukan oleh mereka haruslah dihargai.

“Wanita dapur dan kerja kerja rumah tak pernah habis sampai putus nyawa baru habis tidak dapat di pisahkan.

“Kita dah masak kita kemas lepas masak kemas lagi cuci baju menyapu mop lantai bersihm cuci tandas, cuci pingan. Tangan tak kering lagi sampai lagi pinggan baru cuci lagi kemas peti ais, memasak pagi untuk sarapan tengahari untuk makan tengah hari, minum petang dan makan malam,” luah Zarina.

“Kita Mak-Mak Buatkan Juga, Tak Pernah Penat”

Bukan itu saja malah Zarina menerangkan sebagai suri dalam rumah tangga, wanita tidak pernah duduk diam.

“Kita mak mak buatkan juga, lepas tu gosok baju kemas bilik, petang petang siram bunga segar sikit mata tu tengok hijau daun-daun pokok.

“Apa pun tugas wanita tidak akan pernah habis dan tak mungkin dapat di ambil alih oleh lelaki.

“Jadi para lelaki suami, anak anak hargailah wanita yang tetap tersenyum dan tak akan pernah penat melayan kerenahmu,” kongsinya lagi.

Baca Disini Juga:

Norman Hakim Hiba, Teringatkan Momen Arwah Dr. Zarina Sambut Kelahiran Anak Pertama Hingga Keenam

“Saya Kongsi Supaya Orang Luar Ambil Langkah Sama Memantau Pergerakan Anak. – Zarina Zainuddin

“Cinta Itu Mahal & Hanya Untuk Allah Sahaja” Zarina Zainuddin Kongsi Kisah Hidup Bermadu

Warganet Puji Zarina

Menerusi ruangan komen, warganet memberi komen positif, bersetuju dengan pendapat Zarina. Malah ada yang memuji keikhlasan Zarina.

Qaseh Shamin Amanira Qaseh
Sebab itu Zarina sentiasa cantik dan muda. Dalam hati ad ataman untuk suami dan anak-anak. Kerja yang iklas sentiasa mendapat keredaan Allah. Semoga Zarina bahagia didunia dan akhirat. Amin.
Ilah Mazlan
Betul sangat-sangat. Setahun baru pencen rasa tak ada masa nak rehat, Kalau kerja boleh juga lepak-lepak masa free tapi duduk rumah tak berhenti buat kerja.
Chooyoe Yoe
Betul. Kadang nak menangis terduduk. Lepas nangis baru OK. Sambung balik buat kerja. Kadang lewat mandi, sebab nak habiskan kerja rumah dulu. Kadang taka da masa nak bersakit-sakit. Sakit pun tetap gagahkan diri juga nak siapkan semua. Semoga ganjaran pahala buat kita suri.
Siti Sarah Mamat
Betul tu puan. Kerja kita sebagai seorang wanita tak akan pernah habis dan begitulah rutinnya sehingga ke hujung nyawa. Kadang-kadang penat sangat tapi demi keluarga kita gagahkan juga. Penat dipejabat belum hilang sambung penat dirumah.
Saliza Dahalan


Tugas mulia seorang wanita bergelar ibu. Sebagai ibu bekerjaya kita mesti latih anak-anak buat kerja jugak, gosok baju sendiri, lepas makan pinggan mesti dibersihkan, kemas barang-barang sendiri, baju kotor sila letak dalam mesih basuh dan tolong kutip.
Rosmawati Mohd Sabri
Betul-betul saya setuju tu. Memang sampai mati tak kan abis kerja orang perempuan ni tapi kalau ada yang hargai rasa penat lelah itu hilang.

Sumber Foto: Instagram Zarina Zainuddin
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Norhayati Binti Suboh