PAPAN PEMOTONG Lebih Bersih Elak Berkulat, Guna Garam & Lemon!

Share

PAPAN PEMOTONG Lebih Bersih Elak Berkulat, Guna Garam & Lemon! Papan pemotong antara perkakasan dapur yang selalu kita gunakan di dapur. Apabila kerap digunakan setiap hari dan tidak dibersihkan dengan betul boleh menyebabkan bakteria dan lumut berkulat pada permukaannya.

Sebenarnya ada cara mudah untuk menjaga papan pemotong ini supaya lebih bersih, tahan lama dan elak berkulat. Hanya gunakan garam dan lemon sahaja.

Ikut tip yang dikongsikan oleh Chef Wan Lifestyle ini sebagai rujukan;

Bahan-Bahan:

Garam Halus
Lemon
Tisu Dapur

Cara Membuat:

1. Taburkan garam pada keseluruhan papan pemotong.


2. Potong lemon separuh dan perahkan pada papan pemotong tadi.


3. Kemudian, gosok rata pada keseluruhan permukaan papan pemotong.


4. Lap rata, dengan tisu dapur sehingga kering dan bersih.

Siap! Selamat Mencuba.

Mesti Baca:Bilik Air Sentiasa Wangi, Guna Pelembut Pakaian & Ubat Gegat, Mudah & Jimat!
Baca Lagi Di Sini:Alha Alfa Ajar Cara Buat Semburan Bagi Rumah Sentiasa Wangi Macam Ada ‘Perfume’
Artikel Menarik:Hilangkan Debu Pasir, Mop Lantai Bersinar Jadi Licin Berkilat Letak Bahan Ni

Mingguan Wanita: Jadi nak pastikan papan pemotong kita tahan lama, tak berkulat ikut tip mudah yang dikongsikan ini. Guna garam dan lemon je.

Sumber: Chef Wan

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab