‘Pantang’ Waktu Makan Dengan Gajet Di Tangan, Ini Waktu Istimewa Bersama Keluarga, Jangan Biasakan!

Share

Mak-mak selalu umpan gajet di tangan bila anak berada di meja makan. Kononnya supaya anak duduk diam dan tidaklah buat bising, lebih-lebih lagi bila makan di luar. Masing-masing dah tentu mata akan fokus pada telefon.

Jangan biasakan gajet di tangan bila di meja makan. Sebenarnya, inilah wakt terbaik untuk mak ayah bonding dengan anak-anak. bertanya tentang aktiviti yang dilakukan sepanjang hari dan bukannya diam dan leka dengan telefon.

Ada cara untuk mak ayah lakukan supaya anak-anak tidak leka degnan gajet di tangan bila berada di meja makan. Inilah cara yang dilakukan oleh RuQayyah Muhd dalam mempraktikkan pada anaknya.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Ajar Anak Adab Di MEJA MAKAN, Elak Layan Mak Macam BIBIK, Jangan Biasakan!

Mak Ayah KENA TEGUR Perangai Anak Sejak Kecil, Elak Susah Diubah Bila Dewasa

 

Gajet Di Tangan, Jangan Biasakan & Jaga Adab

Sejak kecil, abu dan ummi saya cukup pantang. Bila waktu makan, ada benda lain yang dihadapkan. Makan sambil tengok tv, baca buku dan sekarang makan sambil tengok gajet.

Rata-rata kini dah jadi kebiasaan, bila makan anak disajikan dengan gajet di tangan. Mata di skrin. Tangan suap makanan. Kadang tumpah bertaburan. Mulut kunyah tapi tak tahu pun apa yang dimakan.

Hakikatnya, makan sambil melakukan perkara lain akan menyebabkan kita terbiasa mengamalkan mindless eating.

Makan tapi tak sedar.

Kepuasan makan tak ada. Itu yang kejap lagi asyik lapar dan nak cari benda lain lagi. Kita juga akan terbiasa makan berlebihan disebabkan tak puas makan dan tak sedar berapa banyak kita ambil.

Proses penghadaman tu bukan hanya bermula bila makanan masuk ke mulut tetapi apa yang kita lihat dan bau juga akan sangat memberi impak kepada apa yang kita ambil.

Apabila kami keluar makan di luar, sebelum makanan tiba, memang anak-anak dah tahu kena bawa apa-apa untuk isi masa sementara menunggu.

Tapi gajet memang tak dibenarkan walaupun ada telefon dan tab masing-masing.

Waktu makan seharusnya menjadi waktu sekeluarga bonding. Inilah masanya selepas sehari semua bertebaran, waktu makan mengumpulkan kita di satu tempat.

Masa ni lah nak catch up cerita seharian dalam hidup anak, apa yang anak lalui dan rasai.

Kalau masing-masing sibuk dengan telefon, esok lusa anak besar, balik kampung
ziarah mak ayah pun sibuk dengan telefon. Makan tak tengok wajah mak yang penat masak makanan kegemaran anak.

Bercakap dengan ayah pun dengar tak dengar sebab mata ralit melihat skrin.

Masa Bersama Keluarga

Jangan salahkan anak jika besar nanti berkelakuan begitu. Kerana sejak kecil kita yang didik mereka begitu.

Bukan mudah untuk didik mereka duduk diam di meja makan. Kami juga ada fasa anak berlari-lari sana sini di kedai makan masa kecil. Boleh faham tahap stres tu.
Tapi, kita sebagai ibu ayah yang kena didik anak sebaiknya.

Bawa buku cerita, buku aktiviti, game card, pensel warna atau mainan. Tak kisah apa saja asalkan kita turut sama boleh beraktiviti bersama anak semasa tunggu makanan sampai.

Waktu makan adalah family time! Pastikan anak duduk di meja makan dan hanya boleh bangun bila seisi keluarga sudah selesai makan.

Siapkan hidangan sama-sama. Makan sama-sama. Kemas meja sama-sama.
Sekeluarga bersama buat apa saja.

Percayalah, memori makan beramai-ramai masa kecil tu yang paling dikenang dan disebut-sebut bila besar nanti.

Jangan tunggu anak besar pandai makan baru nak makan bersama.

Ajar dan didik anak sedari kecil, meal time is family time.

Sebab tu orang barat selalu makan letakkan anak di dalam kerusi baby dan biarkan anak teroka apa yang di dalam pinggannya.

Bersepah itu biasa. Kena mandi dan cuci selepas makan itu biasa.
Tapi sebenarnya itu yang membantu anak makan dengan tertib.

Jika disuap anak makan sambil bermain dan berlari, sampai besar pun anak akan makan sambil berjalan dan tiada tertibnya.

Jadikan waktu makan, waktu istimewa setiap hari.

Mingguan Wanita : Waktu makan, masa bonding keluarga, jangan lepaskan waktu istimewa ini.

Sumber: RuQayyah Muhd

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora