Pernah juga buat cili kisar untuk dijadikan stok, tengok-tengok hasilnya berkulat! Apa lah yang tak kena sebenarnya.
Bila jumpa petua yang dikongsikan Puan Mim Nazihah, baru tahu apa puncanya dan macam mana nak buat cili kering yang berkualiti, tahan lebih lama.
Kak mim nak share cara buat cili kisar yang tahan berbulan tak berkulat. Mesti ramai yang dah tau kan. Tapi tak apa, nak share juga, mungkin ada sorang dua yang masih tak tahu.
Selalukan kalau kita blend cili kering, simpan dalam peti ais, tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih kan.
Inshaa Allah buat camni tahan lama, sebulan dua tak berkulat.
Cili kering
Potong cili kering dan kupas bawang putih, cuci bersih-bersih.
Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili tu.
Kemudian toskan (tak perlu basuh lagi ye, cuma tos saja, sebab tadi kita dah cuci bersih, kalau basuh balik guna air paip nanti cili kisar tak tahan lama).
Biarkan sekejap agak-agak sejuk sikit, kemudian kisar dengan menggunakan air tapis.
Jangan guna air paip ya, guna air tapis dan satu lagi bawang putih bertindak sebagai anti kulat.
Inshaa Allah cili akan tahan lama dan tak berkulat.
Selamat mencuba.