Dalam Tempoh Eddah Itulah, Isteri Yang Diceraikan Kena Berhias, Bersolek

Berapa ramai para isteri yang faham akan tempoh ‘eddah’ sebaik terjadinya sesuatu penceraian. Biar pun hubungan suami isteri dalam keadaan harmoni, isteri kena ambil tahu akan hal ini.

Bersolek semasa dalam eddah itu digalakkan untuk isteri buat demi suaminya. Kerana dalam tempoh eddah itu sendiri memberi ruang dan peluang untuk suami isteri yang bercerai itu mencari jalan berdamai.

Penjelasan lebih detail, dikongsikan oleh peguam syarie, Fahmi Ramli dari Khairul Fahmi Associates agar para isteri lebih jelas akan tempoh eddah dan pantang larang semasa tempoh ini.

Fahamkan Jenis Eddah Dan Tempoh Masanya

Saya ada terbaca satu portal yang bagitau Netizen mengecam seorang usahawan yang baru bercerai dengan suaminya gara-gara upload gambar di IG dia keluar dengan anaknya dalam keadaan happy dan bersolek cantik-cantik.

Jujurnya saya menganggap mengecam bukan budaya baik sebagai orang Islam. Mungkin ramai dikalangan kita yang tidak tahu tentang beza eddah cerai hidup dan cerai mati. Dan apa perlu dibuat kalau seseorang itu dalam tempoh eddah.

Ada yang juga yang tak tahu, tempoh eddah. Lagi teruk, tak tahu Eddah itu benda apa. Yang ini memang kena diterangkan. Meh saya nak sharekan pada anda semua sikit tentang Eddah dan apa yang perlu dibuat oleh isteri yang diceraikan.

Iddah dari segi bahasa maksudnya bilangan atau hitungan. Dari segi syarak pula maksudnya, tempoh yang ditentukan oleh syarak terhadap seorang wanita untuk menunggu bagi mengetahui kebersihan rahimnya.

Eddah Cerai Talak Rajie

Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al-Baqarah ayat 228 :

Dan isteri-isteri merujuk kepada ayat Al-Quran di atas tempoh iddah bagi wanita yang diceraikan sama ada perceraiannya secara lafaz talak atau fasakh ialah tiga kali suci daripada haid.”

Jadi berdasarkan daripada dalil di atas, jelas menunjukkan tempoh eddah 3 kali suci selepas diceraikan secara talak atau fasakh. Jika ditalaq semasa dalam keadaan suci, eddahnya tamat apabila datang haid yang ketiga.

Jika talaq tersebut berlaku ketika isteri sedang haid/tak suci, eddahnya tamat apabila datang haid yang keempat.

Jika talaq tersebut berlaku ketika isteri dalam keadaan nifas, isteri kena tunggu sampai 3 kali suci selepas nifas. Iddah tersebut akan tamat apabila datang haid yang keempat.

Eddah Cerai Ketika Hamil

Tempoh eddah bagi seorang wanita yang hamil sama ada dengan sebab kematian suami atau diceraikan suami ialah sehingga mereka melahirkan anak yang dikandung. Ini adalah berdasarkan ayat quran di dalam surah At-Talaq yang bermaksud :

Dan perempuan-perempuan yang mengandung, tempoh eddahnya ialah sehingga dia melahirkan anak yang dikandungnya.”

Jadi, kalau berlaku lafaz cerai dalam tempoh mengandung, walaupun tempoh masa untuk bersalin telah singkat, maka bekas isteri dibenarkan untuk berkahwin selepas daripada bersalin anak tersebut.

Eddah Diceraikan Sebelum Disetubuhi

– Tiada Eddah

Eddah Bagi Perempuan yang ISTIHADAH

Istihadah ialah darah yang keluar secara berterusan bagi seorang wanita. Ia keluar tanpa terputus-putus atau mungkin terputus sekejap seperti sehari-dua dalam sebulan.

Jika sekiranya haid tersebut tidak menentu, tapi masih dapat tahu kebiasaan perjalanan darah haidnya, maka eddahnya adalah selama 3 kali suci.

Jika sekiranya haid tidak menentu dan tidak tahu kebiasaan perjalanan darah haidnya ATAU tidak dapat bezakan antara darah haid dan ISTIHADAH, maka eddahnya adalah selama 3 bulan.

Eddah Bagi Perempuan Tiada Haid

Jika seorang perempuan itu diceraikan dalam keadaan tiada haid, sama ada ia disebabkan penyakit, telah dibuang rahim, putus haid, belum pernah haid, atau lain-lain perkara maka tempoh eddahnya adalah selama 3 bulan.

 

Dalam Tempoh Eddah Itulah, Isteri Yang Diceraikan Kena Berhias, Bersolek

Pantang Larang Semasa Tempoh Eddah

Jadi, apa pantang larang isteri semasa bereddah talak rajie?

1. Haram terima pinangan lelaki ajnabi (laki lain). Kalau pinangan pun dah haram, couple ke skandal ke lagi la haram.

2. Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Bertunang pun tak boleh, apatah lagi berkahwin.

3. Tak boleh keluar rumah melainkan dengan izin suami. Walaupun dah sah cerai, tapi, dalam eddah belum putus habis lagi yer. Masih ada lagi ikatan cuma kalau nak bersetubuh kena la ada lafaz rujuk.

4. Tidak dibenarkan berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan kebiasaan pasangan itu tinggal bersama. Suami tak boleh halau sebab suami masih bertanggungan untuk sediakan nafkah eddah. Tapi, kalau ada perkara yang merbahaya boleh berlaku dan ancam keselamatan isteri, boleh la keluar.

5. TIDAK BOLEH berkabung bahkan digalakkan untuk bersolek dan berhias kepada SUAMINYA sebagai dorongan untuk bangkitkan keinginannya rujuk semula. 

Ok, so far u all dapatkan apa yang saya kongsikan ini. Tak payah la kecam-kecam. Kita semua masih banyak yang jahil dalam bab agama termasuk la dengan saya.

Mungkin usahawan tersebut tidak tahu dan mungkin juga yang dia alasan tertentu yang hanya Allah sahaja yang tahu. Time macam ni, kita kena la support sesama Islam ok.

Sama-sama kita belajar dan menegur dengan hikmah sebab itulah pendidikan yang lebih bermanfaat. Wallahualam.

Jom kita sebarkan.

Eddah waktu bermuhasabah.

Sumber/Foto : Fahmi Ramli , Tekan butang SHARE dan terus Follow saya Fahmi Ramli untuk dapat lebih info semasa tentang isu perundangan syariah.

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan penulis asal.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI