Mungkin masih ramai yang tak tahu khasiat air nabeez, salah satu minuman berkhasiat yang mampu memberikan tenaga kepada kita dalam bulan Ramadan.
Cukup sesuai dijadikan amalan masa sahur dan bagi mak-mak yang ada anak-anak kecil yang baru belajar berpuasa, elok lah buat sebotol dua dulu untuk percubaan. Mempunyai khasiat dan ada pantang larangnya jika nak buat, anda boleh ikuti perkongsian penuh daripada Puan Hanis Zulaikha ini.
Air Nabeez
Setiap kali puasa kan, keknis akan buat air nabeez ni. Start tahu kelebihan air ni masa belajar kat poli dulu. 5-6 tahun lepas gak la. Air nabeez adalah air rendaman (infused water) kurma / kismis (raisins). Kurma atau kismis di rendam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan diminum keesokkan paginya semasa sahur.
Air nabeez ini adalah kegemaran rasullah s.a.w. Nabi akan rendam beberapa biji kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam bekas bertutup) + minum air rendaman kurma tu diwaktu pagi. Air itu nabi minum dan buah kurma yg dah lembik itu, nabi telan sekali. Oleh itu air nabeez ini dikatakan sebagai sunnah nabi.
Terlalu banyak khasiat kurma yang menjadi sunnah Rasullah SAW ini.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat.”
Sabda Rasulullah SAW:
“Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh biji kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu.” (Riwayat Shahih Al-Bukhari)
Air nabeez ini adalah minuman berakali, yang mampu menolong membuang asid dari perut dan sistem pencernaan badan. Juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan-bahan toksin dari badan. Dalam ertikata lain sebagai detox.
Disebabkan air nabeez tinggi kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik dan meningkatkan atau menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa.
Cara nak buat air nabeez ni senang sangattt.
Rendam beberapa biji kurma (seeloknye bilangan ganjil) ke dalam air masak dalam jug air atau gelas. Basuh dulu tau kurma tu.
Seeloknya dibuat waktu petang atau malam, keknis baru buat tadi je lepas terawih. Pastikan direndam di dalam bekas bertutup.
Keesokkan paginya ketika sahur, air tu boleh diminum dan buah kurma yang telah lembut tu dimakan begitu sahaja. Nak buat milk shake pun sedap gak. Boleh blend tambah oat 2-3 sudu sikit. Nak minum gitu saja pun boleh.
Kurma apa pun tak kisah ikut bajet poket sendiri.
Kalau nak buat air nabeez menggunakan kismis, pun boleh jugak.
Caranya ambil segenggam kismis dan direndam dalam air jugak. Dibiarkan semalaman jugak. Make sure basuh dulu sebelum direndam.
Kalau nak minum air nabeez pagi, siapkan petang atau malam. Kalau nak minum air nabeez di waktu malam, rendam kurma atau kismis di waktu pagi. Ada yang kata kena rendam 8-12jam. Wallahuallam.
Ada pantang larang tau dalam buat air nabeez ni⤵️
Korang boleh gunakan salah satu je pada satu masa. Tak boleh campurkan kurma dan kismis untuk membuat air nabeez. Maksudnya kena buat dalam 2 bekas yang berasingan kalau nak minum nabeez kurma dan nabeez kismis. Style keknis senang je. Minggu pertama rendam kurma, minggu kedua tukar kepada kismis plak itupun kalau ada stok kismis. Kalau tak ada stok belasah kurma je sampai habis bulan ramadhan.
Air nabeez nie kalau disimpan di dalam peti ais boleh tahan 1- 2 hari je, masuk hari ke-3 dah tak sedap.
Tapi dilarang meminum air rendaman kurma atau kismis yang sudah memasuki 2-3 hari. Ini disebabkan air rendaman kurma atau kismis yang dibiarkan melebihi 2-3 hari, proses penapaian (fermentation) telah bermula dan air rendaman kismis atau kurma itu sedang dalam proses menjadi arak dan haram diminum.
Lebih baik korang buat hari hari jer. Rendam dengan air kosong biarkan semalam. Macam keknis letak je sebotol tu kat meja makan. Anggaran 1 liter. Esok sahur minum share 4 orang.
Wajib cuba tau. Serius esok korang tak rasa letih sangat.