Berita

Pantai Batu Buruk Bukan Tempat Mandi, Lelaki Kongsi Fenomena Bahaya Arus Karau

Share

Pantai Batu Buruk bukan tempat  mandi, lelaki kongsi  fenomena bahaya arus karau. Tragedi menimpa Zulkarnain Mohamed Zubir, 44 yang dibawa arus ombak ketika beriadah bersama isteri dan dua anak perempuannya di Pantai Batu Buruk, Terengganu pada Ahad sautu kejadian yang amat menyedihkan.

Pantai Batu Buruk Bukan Tempat Mandi

Ketika mandi manda, arus deras menariknya sebelum cubaan menyelamat cuba dilakukan isterinya, Nora Elina Abdul Khalit, 44 namun gagal. Dan lebih menyedihkan, selepas pencarian selama 30 jam, mayatnya ditemui berhampiran  Pulau Gemia, Marang petang semalam kira-kira 16 kilometer dari lokasinya dilaporkan hilang.

Nora berusaha menarik suaminya semasa kejadian tetapi gagal kerana arus deras.

Dalam pada itu, rata-rata komen netizen yang tinggal berdekatan pantai memaklumkan amat jarang orang Terengganu mandi manda di Pantai Batu Buruk apatah lagi ketika ini musim monsoon belum selesai. Dan hanya orang luar dari Terengganu yang mengambil peluang mandi manda di pantai walau ombak agak besar.

Lelaki Kongsi Fenomena Bahaya Arus Karau

Dalam pada itu, ekoran tragedi ini seorang pengguna facebook, Sabri Mamat berkongsi kejadian yang menimpa arwah ini adalah disebabkan fenomena Arus Karau.

Fenomena ‘Arus Karau’ atau lebih dikenali ‘rip current‘ iaitu ditarik arus deras secara tiba-tiba mungkin masih baru baru kebanyakan orang hingga kurang mengambil tahu hal ini.

Dirinya, menyeru agar orang ramai mengambil peduli hal ini mengenai  fenomena “Arus Karau” atau dipanggil  “Rip Current”.

Katanya, hal ini dikongsikan oleh  Profesor Madya Dr Mohd Fadzil Mohd Akhir, Pengarah Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), namun mungkin masyarakat kita kurang berikan perhatian.

“Jadi tuan-tuan kena tahu perkara ini, perhatikan baik-baik gambar-gambar yang saya kongsikan di bawah.

Diapit ombak kiri dan kanan
Orang Terengganu menyebutnya, Paloh. Orang pantai pun tak berani nak turun dalam kejadian begini.
Gambar hijau arus menarik ke tengah lautan

“Rip current boleh dicam apabila ada ruang diapit ombak kiri dan kanan. Apabila melihat keadaan ini, jangan sesekali tuan-tuan mandi di kawasan berkenaan. Jika tidak, anda akan disentap dengan tarikan arus deras yang akan mengakibatkan anda menjadi panik secara tiba-tiba.

“Berdepan situasi ini anda hanya ada pilihan mengikut arus anda ditarik, jika dilawan pastinya anda akan kelelahan, tiada daya untuk anda selamatkan diri. Jadi anda mengikut arus seterusnya berusaha berenang ke tepi arus, slps itu barulah anda akan terkeluar daripada jalur “rip current”.

“Fenomena “Arus Karau” ini akan mengakibatkan anda ditarik jauh ke tengah lautan, paling pendek sejauh 30 kaki.

Hanya dengan cara mengikut arus kemudian anda perlu berenang ke tepi utk keluar daripada arus Rip Current

Pastikan tuan-tuan ambil perhatian perkara ini, buat para pelancong, kami rakyat Terengganu memang tidak mandi di pantai terbuka. Terutamanya di Pantai Batu Buruk.

“Memang tuan-tuan tidak akan jumpa orang Terengganu mandi beramai-ramai di sana. Sekarang sudah ada beberapa tempat tumpuan untuk mandi pantai seperti di Pantai Kekabu Marang, pihak Pejabat Daerah siapkan petugas keselematan lengkap dengan segala kemudahan jika terdapat kes orang lemas,” katanya berkongsi info ini.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI : Isteri & Tiga Anak Meninggal Dihanyut Kepala Air, Suami Pengsan Beberapa Kali

Suami Meninggal Tiba-Tiba, Jadi Ibu Tunggal Sekelip Mata Segera Bangkit Demi Anak!

Isteri Kena Dera Suami Meninggal Dunia, Jiran Dedah Pasangan Kerap Bergaduh

Suami Meninggal Dunia, Isteri Nak Tuntut KWSP Sebagai Harta Pencarian, Ini Fakta Peguam Syariah

Doa untuk suami isferi kekal bahagia – Ustaz Don
Doa yang boleh diamalkan untuk membina keluarga bahagia. Boleh amalkan ya!

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros