‘Panjat bonet kereta, tangkap suami curang.’ Tindakan nekad, bila hati seorang wanita disakiti. Begitulah wanita bila suami curang sanggup lakukan apa saja.
Kadang-kadang terlalu nekad hingga tidak mampu berfikir panjang hingga membahayakan keselamatan sendiri. Semoga wanita ini baik-baik saja dan urusannya dipermudahkan.
Artikel Berkaitan : Memang Jenis Berdikari, Tapi Tak Sangka Suami Curang Waktu Kandungan 3 Bulan!
Sebuah klip video tular di media sosial Vietnam kerana memaparkan tindakan nekad seorang isteri memanjat bonet sebuah kereta kerana mahu menangkap suaminya yang curang, lapor laman berita Suara.com.
Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @memomedsos. Kejadian itu dikatakan berlaku di wilayah Thai Nguyen, utara Vietnam.
Rakaman menunjukkan seorang wanita berbaju ungu memberhentikan sebuah kereta merah lalu memanjat ke atas bonet kenderaan tersebut.
Dia kemudian mengeluarkan telefon pintar untuk merakam gambar suami dan perempuan simpanannya di dalam kereta.
Baca Di Sini:
Bila Dapat Tahu Suami Curang, Jangan Salahkan Diri Sendiri Hadapinya Dengan 5 Perkara Ini!
Ibu Tergamak Racun 3 Anak, Alami Tekanan Suami Curang & Tak Bagi Nafkah 3 Tahun!
Terlampau Sakit Hati, Isteri Nekad Simbah Asid Ke Muka Suami Yang Curang
Melihat tindakan wanita itu, polis tempatan segera campur tangan dan memintanya turun daripada bonet kereta.
Wanita itu turun dan memohon maaf kepada polis. Dia memaklumkan bahawa dia ingin merakam gambar sebagai bukti suaminya curang.
Dia juga menunjukkan sijil perkahwinan yang membuktikan bahawa lelaki di dalam kereta itu adalah suaminya.
Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Mesti hancur perasaan kakak itu,” kata seorang netizen.
“Walaupun beremosi, masih tetap tenang,” komen netizen lain. – Agensi
Mingguan Wanita : Jangan dikutuk tindakan wanita ini. Mungkin akibat terlalu geram dan sakit hati, dia bertindak senekad itu untuk mempertahankan haknya.
Sumber : Kosmo Online
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita