Panjaram, cucur Jawa atau kuih topi; Kuih sama tapi berbeza panggilan mengikut tempat. Sememangnya kuih ini digemari ramai, tak kira usia kerana keenakan rasanya yang tersendiri. Kuih ini dikira elok kejadiannya jika rangup di tepi, bertopi di tengah dan bersarang serta kenyal isinya.
Mungkin anda sudah biasa makan Panjaram Gula Melaka. Tapi ini untuk sedikit kelainan, apa kata cuba resipi membuat Panjaram atau Cucur Jawa Pandan pula.
Resipi ini telah dikongsikan oleh Puan Hanny https://www.facebook.com/hanny.niera.9
. Dia mula belajar membuat kuih ini selepas tinggal di Sabah. Kuih ini merupakan kuih orang Bajau di sana.1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
¼ sudu garam
½ serbuk vanila atau 1 sudu teh esen vanila
Minyak untuk menggoreng
180 gram – 200 gram gula pasir
2 ½ cawan air pandan/air biasa
1 sudu teh garam
1 sudu besar pes pandan
**Satukan kesemua bahan dan didihkan. Biarkan suamkan.
Masukkan tepung gandum, diikuti tepung beras. Gaul seketika. Masukkan sedikit garam dan serbuk vanila/esen vanila. Gaul.
Untuk menggoreng, gunakan kuali kecil. Tuang minyak ke dalam kuali dan biarkan minyak panas, menggunakan api yang perlahan. Selepas lima minit barulah tuang adunan panjaram ke dalam kuali menggunakan scoop (rujuk gambar). Tuang dan tarik tinggi scoop itu hingga abis adunan jatuh ke dalam kuali. Biarkan dan jangan kacau.
Bila nampak sarang terbentuk dan bertopi, boleh terbalikkan. Kacau-kacau sekejap dengan menggunakan chopstick kayu. Untuk angkat, cucuk di tengahnya, angkat dan tos minyak. Ulangi langkah hingga selesai.