Makcik bawang kalau bertanya memang tak agak-agak. Boleh menusuk sampai ke tangkai hati. Silap hari bulan, boleh memendam rasa berhari-hari. Kalau yang lelaki pun boleh sampai makan dalam, inikan pula orang perempuan. Haa.. cuba hadam perkongsian Jammal Al Attan ini.
Nanti anda akan faham kenapa pertanyaan-pertanyaan, ‘kenapa anak tak ramai’ ‘kenapa tak nak tambah anak’ dan sebagainya, semua itu boleh buat seseorang hilang hormat pada si penanya.
Buat Anak Senang Kak..
Setiap tahun apabila aku berjalan beraya kerumah sanak saudara atau kerumah kawan-kawan lama, pertanyaan yang kerap kali aku dengar daripada mereka selalunya begini.
“Anak kau, berapa orang?” “Dua orang jer, tambah lah lagi seorang! “ “Takkanlah dua orang jer, mana cukup..” “Anak ramai ni bagus, rezeki kita luas..”
Dan segala macam mak nenek persoalan yang akan aku terima. Macam biasa aku akan buat muka serius atau buat muka bodoh tiada perasaan.
Biasanya kalau mulut aku sudah terbuka dan bercakap, pasti yang mendengar jawapan aku akan jadi murung 50 tahun akan datang atau selama-lamanya.
“Buat anak senang kak, 5 minit je sudah siap. Kalau nak lagi ramai buat dalam 2 jam ke 3 jam sehari, ramai lah!”
“Bukan tak nak anak ramai tapi takut tak terjaga nanti. Buat pandai tapi hanya pandai buat je lah. Lepas itu lepas tangan. Anak-anak jadi setan macam perangai mak bapak budak..”
Dan jawapan balas yang paling popular daripada bangsa kita yang selalunya aku akan terima, bunyinya macam ini.
“Heyyyy..jangan khuatir, semua anak-anak ada rezeki dia masing-masing. Kau jangan risau. Insyaallah ada..”
Dan bla bla bla…
Hotak awak! Itu je lah modal mereka kalau bercakap bab anak-anak. Rezeki anak-anak. Tak habis-habis bagi jawapan yang sama.
Naik Muntah Mendengarnya
Sebab apa aku bercakap begini, sebab aku hari-hari tengok orang ada anak ramai, selalu gagal berlaku adil dengan anak-anak mereka.
Terutamanya macam sekarang. Hari raya tinggal beberapa hari lagi. Nak beli baju raya baru anak seorang satu helai pun payah. Siap boleh bergaduh laki bini depan anak-anak.
Kau sudahlah susah. Gaji pun bukan banyak mana. Isteri pula kau larang bagi bekerja. Kononnya kau semua boleh tanggungjawab tapi akhirnya hancur menyakitkan hati isteri kau dan anak-anak.
Kepada yang bergaji besar dan berduit mungkin ini bukan satu masalah tapi selalunya yang aku nampak, jenis hidup setiap bulan dapat gaji, habis!
Ads
Nak menyimpan sebulan RM50 pun susah!
Orang yang jenis ini yang ramai. Orang yang suka bagi jawapan, anak-anak semua ada rezeki masing-masing. Jangan risau atau takut.
Jawapan Untuk Melepaskan Diri!
Kau dah buat anak ramai-ramai dan kemudian kau tak mampu nak bagi semua lalu kau bagi jawapan selamat macam tadi itu.
Maka tidak hairanlah ramai anak bangsa kita bila besar jadi setan. Bukan jadi manusia yang kau kagumkan.
Jadi mat rempit setiap malam buta. Jadi mat raver. Jadi mat makan ais.
Kalau kau rajin, cuba kau ajak berbual dengan mereka dan bertanya tentang kehidupan mereka.
Soalan pertama sekali kau tanya pada mereka ialah adik-beradik kau berapa orang?
Kemudian baru kau tanya mak bapak kau orang mana, tinggal kat mana.
Ikut daripada pengalaman aku, jawapan yang diberikan adalah sama. Adik-beradik ramai dan mak bapak jenis tak peduli dengan anak-anak. Bukan tak peduli tapi sebenarnya sampai tak terjaga anak-anak sendiri.
Sebab mak bapak sibuk mencari rezeki untuk menampung keperluan kehidupan mereka sekeluarga.
Ads
Macam ini ke, anak-anak ada rezeki mereka masing-masing?
Nak Hidup Pun Susah
Bagaimana mereka nak dapat rezeki mereka?
Anak-anak kau belum besar lagi rezeki dah tersekat. Bagaimana tak tersekat, makan minum mereka pun kau tak mampu nak urus. Seluar baju setahun sekali nak bertukar beli baru pun susah. Siap nak bergolok gadai dan meminjam daripada orang lain.
Kau sebagai mak bapak, tak terasa malu ke? Buat anak ramai-ramai pandai tapi ke laut menjaganya. Belum cukup besar anak-anak sudah koyak rabak emosi dan mental mereka sebab mak bapak gagal bertanggungjawab dengan anak-anak mereka.
Kemudian kau cuba yakinkan pada orang lain dengan bagi contoh macam ini.
“Kau tengok anak-anak Haji Kahar, semua anak-anak dia 30 orang, semua berjaya. Semua jadi orang berguna. Syukur Alhamdulillah..”
Dan diulang tayang setiap tahun.
Kau sudah lupa ke Haji Kahar hidup dalam tahun berapa? Semua benda boleh di cari dibelakang rumah. Nak ubi kayu, nak buah kelapa, nak ikan haruan, nak buah mangga, semua main ambil begitu sahaja.
Hari ini kau boleh buat macam itu?
Rumah kau rumah sewa. Motor pun hutang. Gaji cukup-cukup. Kau baju sendiri pun jenis akhir sekali dibeli 15 tahun yang lepas!
Ads
Tapi ada hati nak nasihatkan aku buat anak ramai-ramai, hak tuiii.
Nak Anak Ramai Tiada Masalah
Jika kau mampu tanggung mereka. Kau boleh berlaku adil pada mereka. Kau tidak terasa terbeban untuk membesarkan mereka.
Senang cakap kau pandai buat dan kau pandai bela. Bukan selepas buat kau berserah pada nasib. Janji dapat hidup dan membesar, nak jadi apa itu terpulang pada nasib mereka.
Kalau daripada awal lagi otak kau sudah berfikir cara ini, kau agak-agak rezeki yang bakal anak-anak kau terima agaknya macam mana?
Mereka akan berubah jadi orang yang lebih baik daripada mak bapak mereka atau mereka akan sambung cara mak bapak mereka membesarkan mereka?
Ia sudah jadi satu tradisi budaya turun temurun keturunan kau!
Buat anak ramai-ramai tapi tak jadi apa. Jadi penyambung kau punya legasi entah apa-apa ntah. Itu yang kau nak banggakan?
Cuba Kau Lihat Bangsa Lain
Ekonomi negara ini mereka yang kawal. Cuba kau kira, anak-anak mereka ada berapa orang?
Walaupun sebenarnya mereka mampu ada lebih banyak daripada itu tetapi mereka tidak buat, kau pergi tanya mereka. Kenapa?
Biasanya jawapan yang diberikan cukup simple. Anak ramai kalau tak boleh jaga, nak buat apa?
Ini pandangan aku. Kau tak perlu nak setuju sangat. Ini apa yang aku nampak. Kalau kau nampak yang lain, itu hak kau. Tiada siapa nak mempersoalkannya, hak masing-masing. Anak kau bukan anak aku.
Buat apa aku nak peduli.
Atau kau memang buat anak ramai-ramai untuk cuba nasib, mana tahu dalam ramai-ramai anak kau itu, seorang akan jadi macam Najib Razak atau seorang lagi jadi macam Tun Mahathir?
Aku main teka jer. Aku rasa macam itu lah. Kau rasa macam mana pulak?
Perintah Kawalan pergerakan selama 14 hari bermula hari ini. Semua rumah ibadat, premis perniagaan, taska, sekolah malah pusat pengajian tinggi perlu ditutup. Dan rakyat Malaysia perlu melalui tempoh menghadkan pergerakan di luar rumah selama 14 hari.
Dalam kata mudahnya, duduk saja di rumah. Namun, dalam tempoh itu masih dibenarkan untuk keluar membeli barangan keperluan, mendapatkan rawatan di klinik malah bekerja bagi mereka yang tak terlibat dalam arahan Perintah Kawalan Pergerakan.
Sekiranya perlu berbuat demikian, cuba bertenang dan amalkan zikir yang diajar Rasulullah SAW. Ini yang dikongsikan Ustaz Khairul Anuar Basriakan panduannya.
Terpaksa Keluar Dari Kuarantin 14 Hari, Amal Zikir Ini
Ini zikir WAJIB yang sangat powerful. Ringkas, padat dan menyeluruh.
Tambah-tambah dalam fasa kawalan pergerakan asbab Covid-19 sekarang ni.
Zikir ni saya dapat dari hadith Rasulullah SAW riwayat Tirmizi. Zikir ini juga ada disebut dalam kumpulan doa-doa Al-Ma’tsurat.
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم
“Bismillāhilazī lā yadhurru ma’asmihī syai un fil ardhi walā fissamā’ wa huwassamī’ul ‘alīm”.
“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat sesuatu apa pun yang di langit dan di bumi, dan Dialah yang maha mendengar lagi maha mengetahui”.
Amalkan zikir ini 3 kali di waktu pagi dan 3 kali di waktu petang. InsyaAllah, kita akan terhindar daripada :
Bahaya dan malapetaka.
Keracunan makanan.
Sihir dan santau.
Gangguan makhluk halus.
Wabak dan virus.
Orang-orang yang selalu berurusan dengan orang lain, elok sangat la amalkan. Especially orang yang berniaga dan sebagainya.
Atau kalau kita kena keluar rumah dalam masa 2 minggu ni. Amalkan baca setiap kali nak melangkah keluar dari rumah.
So, itu saja yang saya nak kongsikan ini. Semoga bermanfaat. #KAB
– semuanya dengan izin Allah, kepada Allah kita kembalikan segala urusan –
MW :Penuhi waktu 14 hari ini untuk luang masa berkualiti dengan anak-anak dan isteri, dengan amalan-amalan yang sebelum ini tak dapat kita lakukan.
Setiap adik beradik, hanya kita yang kenal hati budi masing-masing. Ada yang rajin buat kerja rumah, tukang masak, basuh pinggan dan tak kurang juga yang jadi ‘mandur’. Masing-masing ada cara tersendiri.
Selalunya kalau dah berkumpul setiap adik beradik, mesti ada juga ‘bunyi-bunyi’ di belakang. Mengata dan mengutuk. Bukan setakat adik beradik tapi ipar duai yang memang dah kenal hati budi masing-masing.
Lebih teruk, saban tahun ada saja perkara yang dibangkitkan bila setiap adik beradik berkumpul, nak-nak bila masa raya. Ini belum lagi keluarga ramai yang sanggup tidur di hotel, malas ke dapur dan sebagainya.
Sebenarnya, tak perlulah nak mengutuk atau mengata, semuanya ada function. Buatlah dengan ikhlas. Inilah teguran dari Khairul Hakimin Muhammad yang boleh ‘makan dalam’. Kita jadilah orang yang rajin.
Setiap Adik Beradik, Kenal Hati Buding Masing-masing
Kalau kita rajin, kita takkan pertikai orang malas. Kita takkan nampak pun kemalasan orang sebab kita sibuk buat kerja.
Emak kita semua macam itu. Dia tak tahu pun siapa rajin siapa malas. Dia tahu semua anak dia sama je sebab emak kita sibuk.
Ini sibuklah pertikai kenapa yang itu tidur hotel. Yang ini datang lambat tak tolong emak.
Yang itu tahu melangok je depan tv. Yang ipar ini adik itu dudklah ama-lama dalam bilik. Ha yang suka tengok inilah yang terpaling Yahudi.
Orang rajin, dia diam. Orang rajin, dia tenang. Orang rajin, dia relaks. Orang rajin, dia banyak mengalah.
Sebab dia rajin, dia laju itu ini, dia ini akan sentiasa dirindui. Apabila dia tak ada, habislah huru hara. Apabila dia ada, selesai semua.
Mana yang up mengata ke keluarga dia, ke ipar dia ke adik beradik dia, mengutuk macam dialah terpaling rajin penat sana penat sini, yang itulah kena hati-hati.
Keluarga saya simple sahaja. Kami yakin semua adik beradik dan ipar duai saya ada kelebihan masing-masing. Ada yang bantu duit, ada yang bantu rumah, ada yang bayarkan itu ini di rumah emak. Ada juga yang memang power memasak, ada yang suka kemas rumah, ada yang sentiasa jadi imam bagai. Semua ada function.
Jadi, tak ada yang teringin nak tulis story sindir ada anak derhaka ke apa ke. Semua ok alhamdulillah.
Orang Rajin, Dia Baik
Ingat,
Orang rajin, dia baik.
Sama ada dia rasa diri dia dipergunakan ke apa ke, itu hati masing-masing.
Orang baik, dia tahu ganjaran dia di sisi Allah nanti. Jadi dia rajin sahaja walau penat ya amat sampai melepek bantu emak ayah dia di rumah tersebut. Dia tahu pahalanya banyak, rezekinya akan melimpah ruah, jadi dia teruskan buat tanpa merungut sikit pun.
Dia tahu yang Allah tahu hati dia, ikhlasnya dia. Jadi dia terus je buat. Dia tak sempat nak fikir siapa tak buat.
Begitulah.
Mingguan Wanita : Dalam adik beradik mesti ada salah seorang macam ni kan. Paling rajin. Ada dia tak risau dah, kita pun tolonglah mana yang patut, bukan ambil kesempatan.
Pengasas Jamu Ratu Malaya, Bonda Rozita Ibrahim berkongsi sekeping gambar penuh nostalgia. Kenangan itu tentunya akan sentiasa terpahat dalam ingatannya. Gambar lama tiga orang anak daripada 5 orang anak-anaknya ketika mereka duduk di rumah sewa.
Inilah yang dicatatkan ibu Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, yang baru saja selesai melunaskan ibadahnya di tanah suci Makkah bersama salah seorang anaknya, Ajim. “Madinah Al Munawarrah hari tua meniti senja bonda raikan diri saya sendiri ziarah mendekati makam Rasulullah SAW.
“Membisikkan doa saya di Raudhah. Antara doa saya jadikan hati saya jangan sekali suka kepada dunia dan isinya. Dan matikan saya dalam husnul khatimah.”
Beliau menjelaskan gambar lama itu adalah gambar anak-anaknya. Ketika itu, beliau berumur 30 tahun dan mereka menetap di rumah sewa.
“Saya jual ikan, sayur. Subuh-subuh jam 4 pagi sampai jam 9 pagi. Jam 9 pagi kerja ke ofis dan balik ofis saya kisar herba-herba Sendayu di belakang rumah. Lepas maghrib saya jual produk ST atau belajar dengan doktor pakar ayurveda siddha yunani.
“Kadang-kadang saya balik jam 11 malam atau 2 pagi (di kliniknya ada family doktor dan stafnya ramai. Sejam RM111 ke 300 lebih. Azab saya cari duit modal belajar).
Biasalah jiran-jiran negatif pasal saya. Saya kebal fitnah tapi saya tahu apa saya buat ini jalan betul. Tak perlu takut dengan fitnah manusia sebab janji Allah orang baik akan nampak nanti kebenarannya.
Guni-guni herba di ruang tamu saya beli dari Perlis dan Pahang. Duit barang dapur ikan, sayur, budget saya RM300 sebulan. Cukup atau tak tu lah makan kami.
Dulu anak-anak ni kecik-kecik umur 10 tahun. Ajim masih baby lagi. Mereka bersama melihat dan bersama saya lalui kesusahan saya mencari 2 destinasi ** ekonomi dan family**.
Kemiskinan dan konflik perkahwinan. Jiwa saya sakit tak terkata cari kekuatan dan semangat. Bonda tak pandai berkawan atau berseronok. Selalu dengan anak-anak dan kerja.
Kerja .. belajar.. masak. Anak-anak bagi saya tu hiburan dan sampailah sekarang macam tu sikap saya. Tak ada yang kurang atau tak ada yang saya lebihkan “Bukan saya sombong. Walhal saya ni sangat peramah.”
Kata Bonda Rozita Ibrahim, 40-an Adalah Usia Yang Suram
Saya sangat bersiap sedia dengan masa depan usia 40-an. Itu adalah usia yang suram. Siapkan minda, ekonomi, spiritual dan ilmu penting.
Kalau tak kerana kuat berwawasan untuk famili, anak-anak, saya tak pergi sejauh ini. Saya tak kejar nak kaya pun! saya cuma nak lihat potensi ilmu dan diri saya yang kekampungan ni boleh sampai mana.
Kepercayaan pada kata-kata hikmah, kuasa pertolongan Allah saya sangat percaya. Allah janjikan ulat dalam batu pun hidup. Inikan pula kita manusia.
Kesakitan jiwa dalam perkahwinan tu saya rawat larikan perhatian minda saya kepada ekonomi. Saya terhibur sendiri dengan bentuk rezeki yang lain.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...