Panggilan Keramat Seorang MAK, Memey Suhaiza Berdesup Balik Kampung Sambut Puasa Pertama Dengan Keluarga!

Share

Bulan puasa pastinya meninggalkan seribu satu kenangan dan nostalgia buat setiap mak ayah pada anak-anak tersayang.Bila anak-anak semakin membesar dan mempunyai kehidupan sendiri, kenangan inilah yang paling dirindui dan menggamit memori mak ayah dikampung.Ramai mak ayah sebenarnya mengharapkan kepulangan anak-anak ke kampung agar dapat menyambut permulaan Ramadan sekaligus meluangkan masa berbuka puasa bersama-sama.

Semalam, pelakon dan pemilik Butik Melyana,Suhaiza Suhaimi atau lebih dikenali Memey Suhaiza,30 ada memuat naik video serta rakaman suara maknya didalam grup whataps keluarganya. Luahan mak Memey, mengharapkan kepulangan anak-anak agar dapat menyambut ramadan pertama bersama-sama mengundang sebak.

Tidak tertahan mendengan luahan tersebut,sebagai seorang anak, Memey membuat keputusan untuk pulang ke kampungnya bertemu mak ayah di Kota Tinggi bersama suami Norman Hakim,42 dan anak-anak dengan segera. Ia sebagai kejutan buat mak ayahnya meskipun tiada dalam perancangan awal, demi menggembirakan dan menunaikan impian mak dan ayahnya. So sweet!

Berikut antara kapsyen yang dikongsikan dalam posting tersebut;

“Ni namanya panggilan keramat seorang MAK 
Tak boleh tahannn.Walaupun jauh perjalanan lebih 300 km.
Demi mak tercinta.Berdesup balik.memang takde dalam perancangan sebab tengah banyak kerja,anak pulak tak cuti.
Tapi bayangkan mak cakap macam tu tak tertahan lagi rasanya.
Kalau ikutkan baru berkumpul adik beradik semua baru ni,
Tapi masuk puasa ni mungkin mak rindu kenangan riuh anak-anak berebut makan.”

Mujurlah dapat suami yang sangat memahami,baik dan rajin melayan. Tq Love❤ dalam tak cukup rehat ,dia yang suggest “Sayang kita balik buka puasa dengan mak abah jap,lepastu kita balik KL semula”
Subhanallah, dalam sedih dan teruja.Terima kasih suami.
Doakan perjalanan kami sekeluarga selamat.

Kejutan untuk mak abah.
Adik-adik dah tau,mak abah je belum. Tak sabar nak jumpa mak abah, adik beradik semua. Shhhhh… jangan bocorkan rahsia ni tau.
Harap mak tak tengok ig.

Sementara itu dalam posting terbaru, Memey ada menyatakan telah selamat sampai ke kampung halaman di Tenggaroh,Kota Tinggi Johor setelah menempuh 6 jam perjalanan.Memey juga memberi pesanan sebagai anak selagi berpeluang hargai dan gembirkanlah hati kedua ibu bapa.

Berdesup ke kampung.Alhamdulillah 6 jam perjalanan.Terima kasih ramai yang balas macam-macam versi.Terima kasih doakan yang baik-baik untuk kami sekeluarga. Niat saya semoga yang baik kita jadikan ingatan bersama.Selagi boleh selagi ada peluang hargai lah kedua ibu bapa kita.

Walapun jauh balik untuk berbuka sekejap dengan keluarga tersayang adalah sebuah nilai yang sgt indah❤
Syukur untuk peluang ini, mak abah happy sangat.
Tapi mak takleh nampk dalam video ni sebab tak bersiap.
Tq suami tolong drive jauh-jauh.
I leviuuu.

Tahniah buat Memey meskipun sedang sarat mengandung, sanggup balik ke kampung dan menempuh perjalanan yang jauh demi membahagiakan hati dan menunaikan imppian mak dan ayah. Semoga kita juga dapat terus berbakti dan menggembirakan hati orang tua. Jika berkesempatan, pulanglah dan luangkan masa bersama mereka pada bulan puasa ini.

Sumber: Instagram Memey Suhaiza

Published by
Suhaidah Abd Wahab