Panggil ayah di kubur, reaksi anak kecil luahkan rasa rindu buat ramai menangis. Rindu yang paling sakit. Rindu yang paling sakit adalah rindu pada orang yang telah pergi buat selama-lamanya dan tak dapat kita sentuh dengan jari. Rindu untuk bercerita segala kepenatan yang kita lalui namun apakan daya, takdir telah memisahkan alam.

Panggil Ayah Di Kubur, Reaksi Anak Kecil Luahkan Rindu Buat Ramai Menangis

Tangkap layar seorang kanak-kanak, Noah Liyyan memanggil “ayah” di tepi batu nesan meraih perhatian ramai bila mana ramai berasa sebak dengan reaksinya. Mungkin dirinya mahu bercerita sesuatu dengan sosok bergelar bapa namun semua itu hanyalah satu impian yang tak akan tertunai.

Reaksi Noah yang mencuci nesan arwah bapanya turut meruntun jiwa dan videonya @bynoahhakim telah ditonton lebih dari 2.6 juta pengguna media sosial.

@bynoahakim ‘Ayahhhh’ 🥹 It’s been 3 years since you left us, Sayang. You left a hole in my heart, no one else can fill. Even though my mind knows you’re gone, your light shines on in the countless lives you touched, reminding us to embrace each day with love and purpose. We miss you so much, Sayang ♥️ #NoahLiyyan #AkimKecil #AnakAyah ♬ original sound – byNoahAkim

Rindu Paling Sakit

JHelas ibu Noah, walau sudah tiga tahun pemergian suaminya namun rasa rindu itu tidak pernah hilang dan tiada siapa mampu mengisinya. Walau akal mengakui akan takdir yang tertulis namun setiap hari kasih sayang itu tetap dirasai.

Ads

Ternyata reaksi Noah yang memanggil “ayah” membuatkan ramai sebak dan ramai mendoakan agar anak kecil ini terus kuat menghadapi ujian dilaluinya.

“Ya allah sebaknya tngok..🥺kuatnya dia .da trbayang bila kat rumah nnti pnggil ayah2.tpi ayah da tk de😌

“Die pgil ayah berkali kali acik yg nges dikkk 😭😭😭😭 semoga awk jd ank yg baik soleh n berjaya dunia akhirat tauuu.

Ads

“Ayah perkataan paling MAHAL kerana ayah manusia paling MAHAL utk airmata..semoga dikau mmbesar wahai anak dlm harapan & doa ayahmu dr SANA amiin.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :“Ayah Meninggal Ketika Sedang Solat, Kopiah Masih Di Kepala. Mudah Sangat Allah Jemput Dia” Datin Shahida

Cara Bapa Muda Bedung Anak Kecil Bikin Ramai Terhibur, “Ingat Ketayap Atau Vietnam Roll Ke…

Ads

Jangan Panik, Kalut, Lakukan Perkara Ini Apabila Mak Ayah Meninggal Dunia

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI