Selama ini sejauh mana mak-mak yakin yang caranya bayi makan sebaik umur 6 bulan dan ke atas adalah betul. Ini yang dialami sendiri oleh Puan Nurmaizawati Ab Ghani (Nurmaiza Ab Ghani) tentang penyediaan menu makanan yang tepat untuk anaknya.
Akui beliau, “Saya ingat 6 bulan tu dah mulakan dengan puri buah dulu. Kemudian baru bubur nasi.” Ternyata apa yang difikirkan selama ini adalah salah.
Ketika menghadiri presentation daripada doktor mengenai penyediaan makanan bayi mengikut umur beliau mendapat jawapan yang tepat berkenaan menu makanan bayi yang sepatutnya.
“Sebenarnya, kena start dengan bubur nasi kosong dahulu tanpa perisa. Kerana bayi belum ada deria rasa. Barulah selepas itu perkenalkan rasa rasa yang lain seperti buah, ikan, ayam dan bayam
.”“Masuk 9 bulan kena ada minyak dalam menu. Contohnya sesudu kecil minyak zaitun kerana mereka perlukan sedikit lemak. Umur setahun mohon jangan kisar makanan lagi. Kasihan anak. Perkenalkan family food seawal setahun.”
Katanya lagi, menu bayi yang dikongsikan ini telah disediakan oleh pelajar Kolej Pikom di Klinik Kesihatan Gombak.
Dalam posting ini Nurmaiza menegaskan, “jika terdapat sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila rujuk buku panduan pemakanan bayi atau hubungi pegawai pemakanan klinik masing-masing. Perkongsian ini adalah bertujuan untuk rujukan peribadi.”
Untuk minggu pertama hanya perkenalkan bubur nasi sahaja tanpa perisa. Gambar atas bowl kiri bubur putih cair. Bukan puri buah ya. Bubur nasi kosong yang dikisar. Cair saja teksturnya.
Minggu kedua. Hari pertama kenalkan dengan sayur/protein seperti bayam/sawi/carrot/ayam/ikan. Satu hari satu jenis makanan. Untuk 3/4 hari. Kemudian hari ke-5 cuba campurkan nasi + sayur + protein.
Minggu ke-3 dan seterusnya. Campur nasi + sayur + protein. Seperti dalam gambar bubur warna hijau tu.
Sebagai snek boleh kisar halus pisang/betik/ spt dalam gambar di atas.
Teruskan sehingga 8 bulan.
Nota : sawi/bayam ambil daun sahaja. Kisar.
Makanan yang sama tapi tekstur dia berbeza. Smash/Lenyek, boleh kisar tapi jangan terlalu halus. Biarkan gusi/gigi bayi belajar mengunyah makanan.
Sebagai snek boleh diberi buah.
Nota : Pihak klinik kesihatan Gombak Setia (KKGS) telah menghubungi saya pada 11/4 mengenai kesilapan minum petang iaitu menu biskut dan air milo. Pihak KKGS menegaskan bahawa mereka tidak menggalakkan menu biskut dan air milo diberi kepada baby di bawah 1 tahun. Serta menegaskan bahawa pihak yang memberi presentation adalah dari pelajar kolej swasta dan bukan kkia.
Dah boleh perkenalkan family food. Portion nasi ialah 4 senduk sehari. Latih anak minum air suam bukan air manis/air sejuk.
Ikan kembung sebelah. Betik. Sup sayur. Pelbagaikan family food.
Sumber/Foto : Nurmaiza Ab Ghani