Jika ingin bertukang di rumah, memperbaiki pelbagai benda kena ada asas dan ilmunya.Panggil kontraktor atau tukang buat rumah memang memudahkan kerja, namun perlu bajet yang besar. Padahal yang ingin diperbaiki sedikit sahaja. Ada ilmu, teknik dan skil boleh buat sendiri je.
Masuk air dulu diikuti dengan simen kemudian pasir kasar dan batu 3/4 jika buat konkrit.
2. JIKA pasir basah (lepas hujan) JANGAN masukkan air mengikut sukatan, sebaliknya masukkan air sikit-sikit dulu.
3. Sukatan 1:4
RULE OF MIXING – sukatan dalam unit ukuran berat.
Contoh 1kg simen + 4kg pasir kasar untuk ikat bata.
TAPI agak je ikut 1 skop simen + 4 skop pasir kasar.
4. Guna Pasir Kasar Untuk Ikat Bata & Konkrit
Kerja-kerja ikat bata termasuk konkrit semua guna pasar kasar. PASIR halus hanya untuk kemasan plaster sahaja. Dari segi pegangan (grip) mortar (acuan simen + pasir) pasir halus kurang grip berbanding dengan pasar kasar. Begitu juga dengan ketahananya untuk long term.
5. Bancuh Simen Dalam Kereta Sorong
ELAKKAN bancuh simen di bawah (ground mixing) sebab sukar untuk mengawal air dan gaulan. Bancuh dalam kereta sorong lebih mudah dan tidak memerlukan kuderat yang banyak untuk membancuhnya.
Bancuh dalam kereta sorong lain dengan bancuh dalam mixer dari segi susun atur nya. Masuk pasir kemundian simen dan gaul sama rata, baru masukan air.
Jika guna batu 3/4 masukkan sekali SETELAH campuran simen + pasir + air SUDAH digaul. Lebihkan air dalam bancuran itu untuk menerima batu 3/4.
Ads
6. Lebihkan Air
LEBIH AIR iya. Mortar yang baik adalah mortar yang agak cair berbanding likat atau kurang air. Jangan risau air tidak menjejaskan kelekatan simen sebab air akan hilang semasa pengerasan mortar/konkrit melalui proses pengeluwapan.
Tukang tak suka bancuh macam ni sebab dia buat nak cepat kering dan cepat siap.Semakin lambat dia mengeras semakin bagus konkrit tersebut.
INFO TAMBAHAN
Nisbah Bancuhan Konkrit
Asas kepada bancuhan konkrit adalah pelbagai.Tetapi jarang yang ambil tahu mengenai kepentingan bancuhan ini.Sedangkan ianya mampu mempengaruhi kekuatan galas konkrit itu sendiri.
Ads
Asas kepada bancuhan konkrit yang biasa digunakan adalah G20 atau 1:2:4 yang bermaksud :
1 = Simen
2 = Pasir
4 = Batu
Untuk membancuh gred G20 bersamaan 1 kg simen : 2kg pasir : 4 kg batu.
Jadi untuk 1 beg simen 50kg : 100 kg pasir : 200kg batu
Jumlah air simen yang sesuai untuk 1 beg simen OPC atau ordinary portland cement ialah antara 25 liter hingga 28 liter.
Untuk lebih jelas, 1kg simen mewakili 0.55 liter air. 1 beg simen : 50kg =50kg x 0.55 = 27.5 Liter air
Ads
Campuran konkrit akan digredkan dengan gred- gred berikut : a) G15 (1:3:6) b) G20 (1:2:4) c) G25 (1:1.5:3) d) G30 (1:1:2)
Walau bagaimanapun untuk penambahan “safety factor” dalam pembinaan, pihak JKR menyarankan untuk menggunakan gred G25 untuk kekuatan galas yang lebih baik.
MW:Semoga perkongsian ilmu mengenai panduan bancuh simen untuk ikat bata, plaster, render dan konkrit ini bermanfaat. Jika nak cuba bertukang dan bancuh simen di rumah boleh ikut panduan yang dikongsikan ini.
Bila usia semakin meningkat mesti ‘terkehel’ sana, ‘terkehel’ sini. Sakit urat dan kebas badan mu dah mula terasa. Sebab itu, bila sakit jangan dibiarkan dan perlu buat sesuatu.
Sakit urat atau kebas anggota badan tidak hanya sembuh dengan mengurut tapi boleh juga amalkan minuman yang berkhasiat atau air rebusan yang memang sudah tahu mujarabnya.
Salah satu cara untuk hilangkan sakit urat dan kebas adalah dengan mengambil minuman dari serai, halia dan halba. Inilah yang dikongsikan oleh Ida Shahida tentang petua untuk hilangkan masalah ini.
Petua untuk kebas dan sakit urat saraf tangan atau mana mana anggota badan.
Rebus serai, halia dan halba. Minum 3 kali sehari. (boleh campur daun pandan).
MESTI DIAMALKAN SETIAP HARI UNTUK HASIL YANG MEMUASKAN.
Caranya:
6 batang serai – diketuk
2 helai daun pandan – dikoyak
½ tapak tangan halia besar
2 sudu besar halba
1 ½ a mineral besar atau 6 gelas air (biarkan didih sampai tinggal 3 gelas air rebusan).
1 sudu besar/kecil madu lebah asli
(Masukkan dalam gelas minuman dan pastikan air rebusan dah sejuk atau suam suam kuku baru masukkan madu.
Semua bahan disatukan dan rebus dengan api yang perlahan sampai mendidih lama.
Sejukkan atau suamkan.
Apabila air rebusan dah sejuk atau suam suam kuku, baru boleh campur madu lebah asli 1/2-1 sudu besar ke dalamnya.
Minum 3 gelas sehari.
Setiap air rebusan mestilah menjadi separuh dari paras air yang biasa. Baru jadi ubat dan berkhasiat.
Jadi mesti direbus lama.
Jika nak direbus lagi perlukah dibuang semua bahan atau sekadar menambah saja bahan?
tambah sedikit bahan yang baru setiap kali merebus dan bila dah 3 kali rebusan ganti baru kesemuanya sebab sudang hilang pati.kekalkan kualiti dan power.
Mingguan Wanita : Moga ia membantu untuk anda yng mengalami masalah ini. Boleh cuba nanti.
Kalau tiba musim hujan, payah nak sidai baju anak-anak di luar rumah. Jika pandai bertukang boleh buat sendiri penyidai baju bertingkat macam ni. Sesuai untuk baju anak-anak yang ringan, stokin, kain buruk dan sebagainya.Jimat ruang, boleh sidai dalam rumah dah kos pun tak banyak. Malah lebih kukuh, bila buat sendiri. Guna Paip PVC je sebagai batang penyidai.
Boleh ceduk idea yang dikongsikan oleh Mohd Erwanini sebagai panduan;
Alhamdulillah, sebelum ni dah beli yang di Shopee, tapi penyidainya tak berapa tahan lama. Jadi kita beli penyidai mahal sikit harap-harap tahan lama. Kita DIY balik, alhamdulillah inilah hasilnya.
Beli penyidai tu kan aslnya ada batang di tengah. Buang batang tu, masukkan penyidai dalam paip 3 suku. Sebelum masukkan penyidai tu kena letak penyambung paip dulu, lepas letak socket penyambung. Masukkan paip dekat penyambung tu lepas tu masukkan penyidai. Siap!
Info Ekstra!
Semua guna Paip PVC 3suku. Penyidai ni untuk kegunaan baju budak-budak kecil ok la.
Soket yang bawah guna socket 5way. Selepas tu sambung elbow 45 beli dekat Shopee.
Yang penting kaki (tapak) kena kukuh. Sambung batang yang besar sikit dalam isi pasir/simen, agar lebih kukuh.
Membeli barang basah dengan makanan dalam tin memang banyak bezanya. Bezanya, makanan dalam tin hanya perlu panaskan, kalau nak sedap makmak boleh tambah bahan perencah lain. Kalau makanan basah, kena bersihkan dan sediakan bahan-bahan yang ingin dijadikan hidangan pula.
Dalam keadaan sekarang ini, pilihan makanan dalam tin, mungkin jadi keutamaan mak-mak. Lebih-lebih lagi, bila perlu kejar masa, mak-mak main capai je apa yang ada di depan mata tanpa melihat dengan teliti makanan dalam tin yang diambil.
Balik ke rumah, barulah perasan, barang yang dibeli ada kemek sedikit, tarik luput yang tak jelas dan sebagainya.
Mahu tukar balik, macam buang masa sahaja. nak tak nak pakai ajelah. Bagi mak-mak yang begitu teliti dan prihatin tentang kesihatan, jalan terbaik, buang. Inikan dah satu lagi kerugian.
Ada beberapa perkara atau tip yang boleh mak-mak perhatikan betul-betul tentang makanan dalam tin. Bukan sahaja melihat ketelitian keadaan barangan ini tetapi kena teliti daripada semua aspek.
Semasa membeli, mak-mak kena perhatikan label pada pembungkus makanan. Walaupun kadang-kadang mak-mak hanya melihat senarai yang sudah siap ditulis dari rumah tetapi ada juga nafsu keinginan untuk mencuba produk lain. Sudahnya, mak-mak kena lihat dulu mutu barangan tersebut dan tarikh akhir yang tertera.
Roti, susu, coklat, minyak masak adalah makanan yang wajib ada. Jadi, semasa membeli ada beberapa panduan yang mak-mak kena tahu.
*Baca bahan yang terkandung dalam pembungkus makanan untuk memastikan tahap kolesterol, karbohidrat, lemak, gula dan garam.
Elakkan membeli makanan dalam tin yang berkarak, kemek atau menggelembung.
Pastikan makanan yang mak-mak beli dalam keadaan baik dan belum tarikh akhir yang ditertera.
Jangan sesekali membeli makanan yang tamat tempoh walaupun dijual pada harga yang lebih murah. Bimbang makanan itu sudah rosak dan boleh membahayakan kesihatan keluarga.
Akhir sekali, baca dengan teliti arahan cara menyimpan yang telah tertera pada label. Ini untuk mengelakkan makanan jadi rosak sebelum tamat tarikh akhir.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...