13 Hari Merasa Menu Berpantang Air Tangan Suami, Wanita Ini Akhirnya Bongkar Cara Pukau Encik Abang Sayang Jadi Rajin Ke Dapur

Bertuahnya wanita ini, sepanjang 13 hari berpantang, air tangan suami yang menyediakan menu berpantangnya. Terpukau sungguh Mingguan Wanita melihat menu berpantang yang disediakan suami ringan tulang ini.

Ketika artikel ini ditulis, wanita ini baru menjalani rutin berpantang untuk 13 hari. Dan sepanjang melalui tempoh 44 hari berpantang, suami wanita ini Tuan Azhar Tuan Yacob, 35 tak jemu turun ke dapur. Bagi menyiapkan lauk berpantang untuk isterinya, Puan Rohani Mat Nor, 34. Jadi, mudahlah isterinya menjalani tempoh 44 hari berpantang dengan mudah.

Bagi saya, tip ini berguna untuk isteri membimbing dan memberi kesedaran kepada suami agar membantu isteri ketika dalam pantang. Itupun sebahagian daripada tanggungjawab suami.”

6 Cara Buat Suami Jadi Rajin Ke Dapur Masa Isteri Berpantang

1. Jangan Beri Suami Tekanan

Pada peringkat awal biar suami buat kerja-kerja remeh dan yang mudah dulu. Jangan beri tekanan pada suami untuk belajar. Walaupun remeh dan dipandang ringan, tapi sebenarnya sangat membantu isteri ketika dalam pantang.

2. Isteri Sentiasa Bersama

Ketika suami membuat kerja isteri hendaklah ada bersama suami. Sebagai tanda sokongan kepada suami agar sentiasa lebih bersemangat menyiapkan juadah isteri berpantang dengan air tangan suami.

3. Senaraikan Barang Dapur, Jangan Lupa Tunjuk Gambar Sekali

Isteri perlu membuat persedian pada peringkat awal. Senaraikan barang-barang yang diperlukan. Jika perlu sertakan sekali gambar agar memudahkan kerja suami. Tidaklah suami tersalah membeli.

4. Ajar Suami Guna Peralatan Dapur

Jika perlu tunjuk ajar suami apa kegunaan barang atau peralatan di dapur jika suami tidak kenal atau jarang turun ke dapur.

5. Menu Isteri Sedia Siap-siap

Sediakan menu-menu sebagai panduan untuk suami senang memasak. Ha.. nanti senanglah nak rasa air tangan suami ni.

6. Panduan Pantang Larang Kena Ada

Senaraikan apa yang boleh dan tidak boleh dimakan ketika dalam pantang untuk panduan suami. Jadi tidaklah suami memasakkan lauk pauk berpantang yang kurang sesuai dengan menu berpantang isteri.

Rutin 44 Hari Penjagaan Berpantang Isteri

Ibu kepada 4 orang anak, Tuan Adriana, 10, Tuan Arissa, 7, Tuan Ariq Ulwan, 2 tahun 8 bulan dan Tuan Ayra Dalili, sebulan ketika ini menjalankan perniagaan atas talian sepenuh masa di rumah dalam bidang bakery dan western.

Buat masa sekarang kami memang bekerja sepenuh masa di rumah. Jadi suami banyak masa bersama keluarga.

7-8 pagi siapkan anak-anak, sediakan sarapan dan hantar anak ke sekolah.

10 pagi sediakan air mandian untuk isteri dan bayi dan mandikan bayi

Ads

11-12 tengah hari masak

1 tengah hari siap masak dan sediakan nasi untuk isteri

2-6 petang siapkan jualan dan hantar pesanan kepada pelanggan

5-6 petang ambil anak balik sekolah @ kelas mengaji (Masa ni saya kat rumah dan saya akan uruskan bayi sendiri termasuk mandikan bayi)

7-8 malam sediakan makan malam

Alah Bisa Tegal Biasa

Asalnya tidak mahir tetapi selalu belajar dan melihat saya memasak. Tambahan pula sejak 3 tahun lalu kami membuat perniagaan makanan jadi suami banyak belajar tentang masakan.”

Jadi senanglah untuk dia memasak ketika saya di dalam pantang. Mungkin dalam sejam tu dia boleh sediakan dua menu lauk selain memasak nasi.” Cerita Rohani lagi, ketika anak pertama dan kedua dia berpantang dengan ibu mentua. Waktu itu suami terikat dengan jadual kerja yang terlalu sibuk.

Anak ketiga dan keempat inilah suami mula mengambil alih tugas menjaganya semasa dalam pantang. Lagipun, suami tak lagi terikat dengan kerja luar dan sama-sama bekerja dari rumah.

Ads

13 Hari Menu Berpantang Air Tangan Encik Abang Sayang Rohani

Siakap Stim, sawi stim, oren sunkist, crunchy garlic
Sawi celur, ikan selar bakar, ikan selar singgang, crunchy garlic
Epal merah dan corn flakes+fresh milk
Siakap singgang, sawi celur, crunchy garlic dan sambal halia lada hitam
Cron flakes+kurma, fresh milk.
Tenggiri bakar, sawi celur dan jus anggur
Lempeng gandum+gula

13 Hari Merasa Menu Berpantang Air Tangan Suami, Wanita Ini Akhirnya Bongkar Cara Pukau Encik Abang Sayang Jadi Rajin Ke Dapur

Dinner dengan dessert malam ni. Puding roti tanpa telur dengan minum nestum oat.

Resepi Puding Roti Tanpa Telur

  • 1 cawan fresh milk
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar gandum
  • 1 sudu kecil butter
  • Kismis@kurma
  • Choc Rice

Caranya:

  1. Satukan susu, gula, butter dan gandum. Kacau sebati.
  2. Carikkan roti. Masukkan ke dalam bekas sesuai dan tuang adunan susu tadi.
  3. Tabur kismis. Bakar suhu 180c. Selama 30minit.

 

13 Hari Merasa Menu Berpantang Air Tangan Suami, Wanita Ini Akhirnya Bongkar Cara Pukau Encik Abang Sayang Jadi Rajin Ke Dapur
Selar bakar+sawi celur

 

Ads
13 Hari Merasa Menu Berpantang Air Tangan Suami, Wanita Ini Akhirnya Bongkar Cara Pukau Encik Abang Sayang Jadi Rajin Ke Dapur
Laddu. Makanan orang berpantang juga. Pedas lada hitam dan manis rasanya. Import dari kelate ni.

 

13 Hari Merasa Menu Berpantang Air Tangan Suami, Wanita Ini Akhirnya Bongkar Cara Pukau Encik Abang Sayang Jadi Rajin Ke Dapur

Resepi Kerabu pegaga

Daun pegaga secukupnya (hiris kasar)
.

Isi ikan selar bakar

Seulas bawang merah

Seulas bawang putih

Sedikit lada hitam

Garam

* Tumbuk semua bahan kecuali daun pegaga sehingga lumat. 
Gaul bahan tumbuk bersama daun pegaga. Siap!

Sumber/Foto : Tuan Adriana Arissa

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI