Panduan Mudah Menabung, Sesuai Buat Anda Yang Susah Nak Menyimpan, Pasti Jadi!

Share

Menabung, satu perkara yang mungkin memerlukan kita cekal hati untuk ketepikan sedikit wang gaji sebagai simpanan untuk masa-masa terdesak. Malah, ada pelbagai cara yang digunakan supaya dapat menyimpan,walaupun tak banyak.

Mungkin ada daripada kita yang sekarang ini gigih mengumpul duit bernilai RM1, RM5 mahupun RM50, mengikut warna duit kertas. Sampai masanya, akan dikira bila sudah samai tempoh-tempoh tertentu.

Menariknya, ada daripada kita bermula pada awal tahun dan pengiraan akan dibuat pada tahun baru seterusnya. Genap setahun. Inilah saja cara yang boleh membantu seseorang itu menabung.

Tapi, tak semua boleh kuat semangat, bimbang separuh jalan akan ‘dikorek’ duit tersebut untuk kegunaan lain. Inilah susahnya bila pendirian tak tetap. Kadang-kadang kita kena pejam mata untuk menabung.

Inilah antara panduan dan cara mudah untuk kita menabung, lebih-lebih lagi kita yang susah sangat untuk menyimpan. Ada saja rduit nak digunakan untuk perkara-perkara tertentu. Ikuti 5 cara menyimpan ini, moga ia membantu kita.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: 5 Sebab Kenapa Wanita Perlu Menyimpan Setiap Bulan

Berkat Beri RM5 Duit Terakhir Diberi Rezeki Berlipat Kali Ganda, Itulah Kuasa Sedekah

Info Lebih Menarik Lagi DI SINI

Menabung, Ini Ilmu Yang Perlu Tahu

5 ilmu menyimpan daripada pakar kewangan. Ilmu ini adalah gabungan teknik menyimpan oleh individu yang terkenal dalam pengurusan kewangan seperti Shamsuddin Kadir, penulis buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang, Arkad, orang terkaya di Babylon dan Abang Abu, pengasas Mekanik Wang.

1. Simpan Si Hijau

Tiap kali pulang ke rumah, apabila ada Si Hijau (RM5) dalam dompet, simpan ia ke dalam tabung. Dapatkan sebuah balang dan khaskan penyimpanan RM5.

2. Simpan Si Oren

Andai berkemampuan dan mampu menebaskan nafsu, tiap kali membawa pulang Si Oren (RM20), masukkan ke dalam balang yang dikhaskan untuk penyimpanan RM20.

3. Simpan Duit Syiling

Ini adalah taraf paling rendah bagi mereka yang dalam proses mampu menyimpan Si Hijau (rujuk tip 1). Masukkan semua duit syiling dalam dompet ke dalam balang khas untuk duit syiling.

4. Simpan 10% Duit Gaji

Bagi mereka yang bekerja makan gaji, kita sudah memerah keringat selama 30 hari. Perkara pertama yang patut dilakukan, apabila mendapat gaji adalah membayar diri sendiri pada nilai 10% daripada gaji.

90 % daripadanya, kita boleh habiskan jika mahu. Ada beza antara orang yang ada simpanan RM100 dengan RM10,000. Pemikiran, perasaan dan keyakinan kita akan berubah apabila kita ada simpanan RM10,000. Yang akan memudahkan kita menjadi magnet wang yang menarik lebih banyak wang.

5. Mulakan Menyimpan Setiap Hari (Walau 10 sen!)

“Aliran wang orang kaya – dapat duit, simpan dan baru belanja.
Aliran wang orang miskin – dapat duit, belanja.”- Abang Abu, Mekanik Kewangan

Apabila kita tetapkan niat simpan setiap hari, secara tidak langsung kita sedang membuat satu aliran terhadap status kewangan kita. Ibarat kita sedang membuka empangan untuk mengalirkan air masuk. Mulakan dengan serendah 10 sen tiap hari.

“Semakin kita lakukan, semakin lancar empangan, semakin banyak air masuk.”

Insya Allah lama kelamaan, duit akan mudah datang dan masuk dalam tabung. Jangan percaya. Praktikkan dan rasa sendiri. Minima 30 hari dan kongsikan hasilnya.

Mingguan Wanita : Inilah cara mudah untuk kita nak menabung. Tapi janglah menyimpan sampai diri sendiri ‘kebuluran’, bahaya pula.

Sumber: Akak Pesan

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

 

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora